♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 17 April 2013

Isu Panas

Sejak akhir-akhir ni banyak sangat orang google cari maklumat ni.. tak kurang jugak komen daripada cik annon pasal bende... saya kongsikan bukan sebab politik yer.. saya kongsikan sekadar apa yang saya tahu sahaja... dan kebetulan amir dapat baucer untuk berbelanja tu... jadi saya kongsikan sahaja di blog untuk makluman saya akan datang juga.





Selasa, 16 April 2013

Kepak Ayam Sedap Lagi Ajaib



Tajuk tak nak kalah hihihihihi ... bukanlah ajaib mana pun resepinya biasa² sahaja, cuma di panggang dengan pemangang ajaib yang baru saya beli daripada langkawi tu sahaja hihihihi... kira merasmikanlah gitu.

Ini Kisah cuti hujung minggu baru² ni.... lepas siap mengemas rumah, tak tahu nak masak apa... jemulah asyik makan nasi sahaja.. lagipun pagi² sarapan hubby dah beli nasi lemak, mujur ada lebih.. makanya amir makan bersuap nasi lemak yang berlebih 3 bungkus ayah beli kunun makan untuk sorang satu... tapi saya kongsi dengan amir sahaja...

Sekadar menghabiskan stok yang mak beri sebenarnya, walaupun saya tahu kepak ayam ni tak elok di amalkan ... sesekali bolehlah kot kan.. kan... lebihan masa buat kenduri hari tu.. boleh tahan banyak jugaklah stok tu bagi kami 3 beranak ni... ;p jenuh jugak nak menghabiskan. Kali pertama masak ayam lada hitam itu pun selepas hampir seminggu ayam dalam peti sejuk, kalau dibiarkan lama takut tak sedaplah pulak rasa ayam tu.


 Kepak ayam yang telah siap di pangang sedapp lagi ajaibb oooooo .. sekejap jer masaknya... nyum²
Resepi biasalah koboi jer.. apa yang ada di dapur
Bawang merah
Bawang putih 
saya tumbuk sahaja kedua dan campurkan kiub ayam bersama sedikit garam, halia habis.. jadi tak letak
Sos tiram
Sos lada hitam
Madu
Lad hitam tumbuk kasar
Saya gaul semuanya sampai sebati dan perapkan... Lepas 2 Jam baru saya panggang



 Sos pulak saya guna yang ini sahaja, tapi sup krim cendawan jenama maggie ni agak masin berbanding cambells yang pernah saya cuba, tapi layan jugaklah dah itu sahaja yang ada.. saya panaskan dan campur sikit sos lada hitam.

Hasilnya super duper....
seperti gambar dibawah ....
pada yang tak sanggup tengok cepat² klik X kat atas sebelah kanan
kikikikiki ... (^___^)v

v




v



v



v




v




v




v
Ada banyak jugaklah saya masak.. siap pulangkan pinggan mek kikikikiki ...





Bicara Hati : Sesekali hujung minggu dapat masak.. semua nak dicubanya, sekadar menghabiskan stok jer pun... 







Keriuhan di Hari Sabtu



Cerita hujung minggu baru² ni, mengambil kesempatan hubby kesekolah dan kami pula tidak balik ke kampung, kepenatan habis mengemas rumah terutama bilik kedua... bilik tetamu, lepas ni bilik tu secara rasminya akan menjadi bilik kegemaran amir.. apa jua aktiviti amir akan lakukan disitu termasuklah barang² permainan pun terletak kat situ lebih memudahkan ibu mengemas.

Oleh kerana bilik tetamu jarang digunakan kami pilih untuk ubah suai, ialah tetamu datang pun jarang².. rasa macam membazir sahaja ada katil king disitu.. amir pun tak mahu tidur kat situ sorang... kalau tak berteman, sudahnya bilik itu hanya akan menjadi bilik hamparan baju bajan lepas diangkat dari ampaian.


 Batal yang sudah lama tidak berjemur.... 
Mahu hilangkan hama ...



Fuhhh lap peluh jugaklah... semua nak dipunggahkan, itu baru kemas bilik dan  mengemas sikit baju² amir yang sudah tidak sesuai, belum lagi baju bilik ibu yang 3 pintu tu ... gegegege.. belum lagi bukak kabinet dapurr.. yang sejak akhir² sudah dikunjungi lipas² huhuhuhuhu .. mujur lipas sahaja, kalau tikus.. pitam ooooo ....

Sedang elok mahu merehatkan badan, kedengaran kekekekekan diluar.. seperti ada yang mengelikan hati.. rupanya mesyuarat tingkap birai yer.. amir dengan cucu² mek sebelah.... penat ibu tak hilang lagi.. amir suarakan hasrat.. ibu lama atif tak datang rumah kitakan.. dia dengan kakak nak main kat rumah ibu.. bolehh lah.. bolehh lah..... penat ibu tak hilang lagi anak oiii... tapi saya bagilah kebenaran juga... cuma sebelum tu siap pesan awal² jangan buat sepah sangat.. janji awal memang lah semuanya ok.. sekali masuk 4 beradik dah tak hinggat dah pesanan ibu.


Muka tak bersalah.. bila kawan² dah balik dia duduk dalam kotak tu, ibu.. suruh kemas.. kejap lagi.. kejap lagi katanya... melayan kan kartun dulu...



Seronok jugak dibuatnya walaupun penat, bila nak masak dengar suara budak² main kat ruang tamu dan bilik.. terasa keriuhan macam punya anak ramai pula.. hahahahaha .... Tapi bila mereka balik nak makan tengahari ... memang terasalah sunyinya balikkan.. tingal kami dua beranak jer.




Bicara Hati : Anak² jiran korang pernah tak datang rumah main??







Rezeki Di Luar Jangkaan



konfius kejap.. salah tengok kehapa ni, ni kes tengahari semalam masa bukak akaun nuffnang ada 2 cpuv tengah menari² kat blog ni.. yang lagi buat konfius sebab minggu lepas bukak nampak 05 April tu jer.. kan saya ada buat entry pertama kali dapat cpuv takda pulak yang 18 Mac ... tapi semalam bukak ada yang 18 Mac ni... 

Kalau memang rezeki saya alhamdulillah... terima kasih nuffnang sebab sudi bagi iklan Sunsilk Sleek .. tapi tu lah.. dah sebulan menari² ni baru tahu macam mana... 





Bicara Hati : Syukur Alhamdulilla... ada juga rezeki berblog.







Isnin, 15 April 2013

The Hottest Thing From Korea



Blurr rasanya hari ini.. tak tahulah kenapa, hormon tengah tak berapa stabil agaknya huk.. huk.. huk.... atau ini semua poyooooooo monday blues, masih terasa keseronokkan 2 hari bercuti dirumah dengan serupa macam tak bercuti sahaja mengemas rumah dan memasak kikikikiki ..;p

Apa yang 'hottest' sangat tu.. hahahaha... apa lagi, tengahari tadi... menu makan tengahari lain daripada yang lain.. kebetulan keluar nak beli barang sikit, lepas tu pulak kawan bagi tahu dia lapar sebab tak makan daripada pagi tadi.... saya pulak tidaklah lapar mana.. tapi kalau dah petang mungkin lah kot baru lapar .... sedang memikir² mahu makan apa.. kawan saya ajak makan KFC yang baru ni ... 'hot dari korea gitu' sesuailah dengan tuan tanah ni yang suka melayankan cerita korea.


KFC Perisa Baru


Korang dah makan ker??? Pada saya oklah.. biasa jer.. dia macam ayam pedas kfc yang biasa kita makan tu.. cuma bezanya atas ayam tu diletakkan sos macam dalam gambar kat bawah ni dan bijan sekali, rasa sos tu macam manis² gitu.. ayam tu.. dah memang pedaslah sebab 'spicy'kan. Saya ingatkan ayam tu tadi bersadurkan/bersalutkan rempah apalah sampai rasa macam pedas kat kora kikiki.. dah nampak depan mata baru paham.. dan yang penting dah rasa.... okklah boleh cuba lagi kalau ada yang belanja.. sebab yang ini pun kawan saya belanja kikikikiki (^___^)v

Sebenarnya dah jarang makan KFC sekarang sejak keluar ni amir suka sangat makan nasi ayam atau nasi goreng cina itulah makanya dah jarang makan KFC, Mc D atau lain².




Bicara Hati : Balik ni mahu buat meatball ala ikea hihihihihi ... 





Tanggungjawab



Ramai orang kata pilihanraya adalah tanggungjawab, tapi .. berapa ramai yang pikir menunaikan zakat dan cukai adalah tanggungjawab juga. (dah aya skema macam nak berkempen pulak)

Ini bukanlah entry nak bagi tahu saya dah mula kene bayar cukai ke hapa.. gaji setahun memang belum layak  pun kene cukai kikikikikiki .. jadi masih selamat lagi. Cuma dipaksa isi oleh hubby sebab hubby nak isi juga borang ni.. dan kami pilih taksiran berasingan bukan taksiran bersama, tak menahan di paksa isi ... eh² bukanlah ini tanggungjawab kan.. dah ada pendapatan kenelah isi .. suri rumah pun boleh isi kalau ada pendapatan.

Ini kali kedua saya mengisinya, tahun lepas kali pertama.. memang meraban² kejaplah nak isi e filling.. feeeeelllliinnggggg ooooooo ..... silap isi kang lain jadinya... silap tafsir.. taksir lain jadinya kikikiki .... tapi terima kasih sangat dekat kawan opis yang banyak membantu... nasib baiklah laju, kalau lambat talian sesak sikit.. memang lembaplahkan sistem tu... kawan saya kata nak cepat pergi pejabat LHDN nanti ada pekerja membantu.


 Klik Gambar pada kawan² yang nak isi borang e filling


Macam² borang ada baca dulu yer.. itulah sebabnya saya kata meraban² jari ni nak pilih.. takut tersalah klik...



Bagi yang pertama kali kene dapatkan nombor pin dulu.. baca arahan 'Bagaimana mendapatkan No. Pin, saya dah buat tahun lepas.. nasib baik cepat.. tak lama dah dapat nombor pin tu.. tahun ni.... tak mintak nombor pin dah.. cuma.. terkulat² nak mengingatkan pasword... nasib baik betul tadi.. kalau silap kenelah klik 'Terlupa Kata Laluan' maklumlah setahun sekali jerkan.. banyak bende nak kene hinggat.



 Untuk taksiran kali kedua ni saya terus masuk kat e-BE tu... login dan ikut jer.. apa kehendaknya...



Ingat tarikh tutup kalau tak silap 30 April 2013, Tapi sebarang pindaan akan diberitahu kemudian.. 
Tapi.. kenapa print screen ni nampak 01 April 2013 gegegegege ...;p



Bicara Hati : Fuhhh lapp peluh kejap, dah selesai pun isi .. selamat duit tak bayar lagi... kikikiki ...  sebab bulan² dah tolak bayaran zakat siap²...







Kad imbasan mengira



Selamat pagi semua ... al kisah² hihihihihi.. hubby belikan amir kad imbasan nombor ni, sebenarnya sekali dengan beli barang lain .... tapi yang buat saya gelihati bila amir bisikkan sesuatu kat telinga saya.

Kad imbasan sayangku ni ada no 1-20, tapi no 1-10 tu depan nombor depan belakang gambar dan bilang ikut nombor yang tertera conohnya nombor 5, gambar belakang tu pun 5. tapi bila dah masuk nombor 11-20 depan belakang bernombor sahaja.. takda gambar² nak kira dah banyak sangat nanti...



 Kad imbasan 1 - 20



Gambar 10 cup cake, permintaan amir setiap kali tengok mesti mintak buatkan.. sampai sekarang tak terbuat².... huhuhuhuhu ..... 


Ok.. sambung balik, kenapa saya gelihati bila amir berbisik sesuatu kata saya.. korang nak tahu tak apa yang amir bisikkan... amir kata ..' kenapa ayah belikan sampai nombor 20 jer ibu... amir dah belajar sampai 100 kat sekolah' gegegegege..... saya nak gelak pun ada.. hubby pun satu hal jugak.. dah lupa hingatan agaknya anak ni dah 5 tahun... takkanlah asyik dok kenal nombor sampai 10-20 jer.... Bila saya cakap.. napa amir tak bagi tahu ayah tadi.. masa ayah bagi, pandai pulak dia buat muka.. takut ayahnya marah.. padahal hubby tu tak pernah pun nak marah² anak, tapi hubby memang tegaslah dengan anak kadang²... tu yang amir takut kot.


Sudahnya lepas amir cakap macam tu.. saya belikan lah amir buku tulis nombor yang baru, amir ni kalau nombor cepat sikit dia minta.. dengan erti kata lain... mudah belajar.. hubby ajar tambah dengan tolak pun dia dah paham.



inilah buku latihan matematik amir yang baru 1 - 100
suka betul dia...



Bicara Hati : Entry ni bukan nak menunjuk² pasal anak saya, saya cuma kongsikan kegembiraan hati saya sahaja.... jangan salah paham yer...







Sabtu, 13 April 2013

Peminat Tegar Coklat






Dah kenapa tengah-tengah malam macam ni tiba-tiba teringin nak makan desert mcm dalam gambar ni... haduh tekak-tekak.

Lagi haru amir mintak tolong ibu buatkan macam dalam gambar nombor dua tu hahahahaha.... tak menahan permintaannya tu....

Saya memang peminat tegar coklat, rasanya masa mengandungkan amir dulu lagi parah kot.. setiap hari nak makan coklat.. nasib baiklah takda kencing manis masa mengandungkan amir dulu... alhamdulillah.... dah tak mengandung ni kuranglah sikit rese-rese nak makan coklat... tapi... ni tiba-tiba pulak... dah kenapa huhuhuhhuhu.....




Bicara Hati: Kepenatan seharian mengemas rumah siang tadi, penat tak hilang... anak-anak jiran pulak datang main kat rumah... sudahnya ... amir kepenatan dah tidur.. mata ibu tak boleh tidur layan cite tv2 dgn ayah.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...