♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 19 April 2013

Tortilla Buat Amir Merajuk




 Misi mencari tortilla akhirnya BERJAYA 




Amir merajuk?? apa sebabnya??? haihh anak²... ada² sahaja kamukan...


Korang rasa apa sebabnya?? cuba teka, tapi takda hadiah lah.... nanti saya up entry kemudian yer.. apa sebabnya.






Menang Giveaway Hadiah Buku Idaman Saya




Rezeki dalam berblog.. Alhamdulillahh .. tak sangka dengan kemenangan ni... buku idaman saya, memang saya mencari² koleksi buku ni haihh payahnya nak dapat cari kat popular dan MPH tak jumpa² tau...

Rupanya ada rezeki saya dan amir dapat percuma dengan kemengan GA di Blog dialoguda.blogspot.com, terima kasih sangat² pada nora.. buat GA macam ni.. tak sabar nak tunggu buku sampai kat rumah.


Bicara Hati : Kemenangan Ke - 2, selepas FM ABC (Gegegegege.. baru perasan entry ni duduk tepu dalam draft lupa nak publish)






Imej Baru Di Blog



Bosan dengan warna merah, mahukan sesuatu yang ceria.. maklumlah .. mata ni pagi² mesti nak bukak blog .. nak BW kawan² dulu.. walaupun sekejap.

Terjebak dalam dunia blog ni satu keseronokkan yang sukar nak digambarkan, berkenalan mereka yang sangat mesra ... membaca coretan mereka.. mereka satu medium baru yang menyeronokkan, setakat 2 tahun ni belum pernah lagi ada istilah jemu dalam menulis, cuma kadang² kebuntuan idea untuk menyusun ayat, maklumlah kita menulis umpama diari sendiri.. tapi.. bila ada yang sudi baca takut di salah tafsir pula.

Oklah berbalik pada tajuk 'imej baru di blog' cantik tak?? rata² bagi komen terkejut, rata² jugak bagi cantik.. hihihihi.... terima kasih sangat² buat kawan blogger yang sudi editkan blog saya ni.. dan menerima tempahan ni ... tak kesahlah walaupun lambat sikit siapnya, janji memenuhi kehendak saya ... nak harap saya buat sendiri memang takkan menjadilah secantik ini. 


::...KiSaH  HaTi...::
Pembukaan gambar satu²nya putera sulung saya buat masa ni .... sangat gojes anak ibu kan.. kalau suruh possing .... kalah model (sapa lagi nak puji kalau bukan ibu)



Tema ladybird masih dikekalkan .... tergedik² ladybird tu bergerak²kan.. alah lah comeynya.... 
Ladybird takpa .. jangan kumbang, kalau kumbang saya lari dulu kikikiki .. walaupun bukanlah penakut sangat dengan kumbang.. tapi.. tak suka.. tak suka.....



Ruang berborak dan meninggalkan pesan kawan².. silau tak.. kelas.. gitu.. silau mata memandang.



Tandatangan yang simple kan... untuk blog sahaja.... bukan diruang realiti, aja giler haihh ada gambar ladybird kalau alam realiti.. jenuh nak sign kang...



Penutup Tirai Gambar kami sekeluarga, muka² ceria.. dah macam iklan colgate jer dua beranak ni kan...
Asallah putih melepak sangat gambar kita eca edit ni.. realitinya tak putih gebuu macam tu pun hahahahaha ..... (^___^)v  



Watermark baru .. suka²... 


Terima kasih sangat² pada ecadwinkyasha kerana sudi mengubah suai blog saya ni, pertama kali saya order tau dengan eca ni melalui fb Cerita dari Hati sahaja, pung pang.. pung pang.. jugaklah nak edit sana sini kikikikiki ... nasib baiklah eca memahami.. daripada fb ke email, sudahnya fb lebih cepat dan pantas.. menjawab segala pertanyaan kikikikiki ..... 

Warna biru memang kegemaran saya, daripada sekolah rasanya lagi² biru lembut macam ni... kami 3 beranak memang punya citarasa berbeza... walaupun ibu bukanlah terlalu fanatik sangat dengan warna² gemilang atau pelangi... dan semua warna pun ibu suka ja.

Kalau kawan² berminat nak order atau ubah suai blog bolehlah berhubung terus dengan eca, insyaallah akan dilayan penuh mesra oleh eca, sebab ada macam² pakej yang ditawarkan.


Blog : http://www.ecadwinkyasha.com
FB : https://www.facebook.com/ecadwinkyasha


Bicara Hati : Ini kali kedua saya tukar templet kali pertama dulu percuma hihihihihi ....



Khamis, 18 April 2013

Medan Selera Cili Padi



Fuhhhh lap peluh kejap maraton gaya bebas pagi ni menghabiskan BW blog kawan², sementara tengah tak berapa nak sibuk sangat ni .... haruslah saya pergi ziarah kan lagi² yang selalu datang bertandang komen.. dan tak komen tapi saya nampak jejak kamu.... haruslah saya balas jejakkan.... kata mesra, tapi mesra kat maya jerlah.. saya pemalu kalau jumpa hahaha.. mau tak keluar ayat nak bercakap. (^____^)v


Okk pada yang biasa pergi care4 kat Bukit Rimau mesti tahu medan selera cili padi ni, macam tak biasalah nak panggil aeon big kan.. mesti nak panggil care4 jugak kikikikikiki... ;p
Pasaraya care4 ni ada 2 tingkat, yang kat atas tu lah hujung sekali sebelah kiri ada medan selera ni, depan medan selera pula ada Nagoya.. wohohohohoho... sila pejam mata masya wehhh jangan nak membeli baju sapa nak jahit kang, tukang jahit dah tutup kedai.


Sebenarnya setiap kali pergi care4 ni mesti makan kat medan selera cili padi ni, amir paling suka nasi ayam dia.. entah apa yang specialnya ayam tak banyak pun.. tapi kalau order untuk amir mesti ada telur mata... special kes itu pun RM 5.++ tau...


 Korang tengok tu ... bukan main berselera lagi amir makan ..... 
Lepas makan siap dah bagi tahu nak main game kat Garden depan tu... bukan besar mana pun.. tapi suka betul dia kat situ... layankan jerlah.. ayah pitam... hulur duit kikikikikiki .... ;p





Playground Garden





Apa yang menarik kat sini, takda menarik sangatlah.. biasa² sahaja pada saya macam pasaraya biasa juga, kalau hujung minggu ni boleh tahan ramai jugak oranglah.... so far semua kedai pun dah cuba menu mereka kecuali yang kedai mamk tu.. selalu kita orang order air jer.. teringin jugak nak makan mee goreng dia sesekali.. tapi masih tak berkesempatan.. 





Sizling Yee mee oklah letak telur, setakat ni pernah makan paling sedapp kat Klang Prade jer kot.. tempat lain macam biasa sahaja hihihihihi ... kalau dah lapar habis sahaja.





Bicara Hati : Tengah hari ni makan nasi lemak amir yang pagi tadi tak habis, mood tak berapa nak selera makan sejak akhir² ni.. tekak tak boleh nak terimalah sekarang cuaca pun panas semacam.










Semangat Kali Pertama

Keterujaan kali pertama lah katanya nak mengundikan.... jadi buat kawan² yang kali pertama macam saya ni dah tengok ke kat mana nak mengundi nanti.. jangan lupa semak dulu.. kalau yang jauh tu.. kat kampung, kenelah balik kampung yer... kalau tak salah Air Asia ada sediakan tambang murah untuk pengundi sabah dan sarawak yer.... bertuahnya kan... jadi janganlah bagi alasan takmoo balik mengundi.

Klik Gambar untuk menyemak juga.


Yeahh akhirnya tempat mengundi nanti .... 



Selamat mengundi semua, sabtu penamaan calonkan... pada kawan² yang akan mengudi pos awal.. selamat mengudi juga. (^___^)v




Bicara Hati : Dah macam nak berkempen pulak, malasnya nak tengok berita kat tv sekarang sana sini kempen politik.. sampai dah tak tahu isu semasa terkini.. semua asyik cerita politik jer...





Rabu, 17 April 2013

MeatBall Homemade Ala IKEA



Pagi² tadi dah kene pergi meeting sebenarnya.. entry² hari ni semuanya entry autopublish, lepas makan tengahari barulah masuk opis.... tersenyum² melihatkan imej baru blog.. comel tak?? comel tak??? warna kegemaranku hihihihihihi ... saya tukar imej sikit, bagi baju baru kat blog ni. Nanti saya up entry yer.. order dengan siapa.. tak bayar lagi ni hihihihihi ...

Korang makan apa malam ni, owhh sekarang malam makan dah tak boleh berat² sangat hubby kata.. okk kita followw jer.. jadual diet hubby tu.. sebab penat² masak takda orang nak makan pun tak bestkan, amir tak sudah² dengan nasi lemak telur mata, jadi balik sekolah siap² dah belikan. 


Meatball Homemade ala² IKEA hahahaha......
sempoiii .... kan... padahal tak pernah makan pun yang ikea jual tu jadi tak tahulah rasanya sama ke tidak.
Makan sambil pejam mata menikmatinya.


 
Ni menu makan malam semalam sebenarnya, ada yang terliur ker??? jangan mintak resepi .. saya bukan kedekut yer.. tapi ini meatball yang dah siap² jual tu saya beli goreng jer kikikikiki .. bukan betul² saya buat uli dan golek² pun, kentang pun goreng yang dah beli frozen punya.  Sos pulak saya guna resepi sos chicken chop mudah tu. Memang membantu... cepat lagi lazatkan.



Bicara Hati : Ngantuk, mahu tidur awal.
















Crazy Orange !!



Kisah jalan-jalan dipetang ahad, sekadar mahu membeli susu tepung amir yang ada offer di Carefour, banayk jugak dah berubah dalam carefour ni lepas di ambil alih Aeon Big, dan banyak jugak barang yang nak dihabiskan stok untuk masukkan stok baru kot sebab ada pembelian contoh antara kami beli pencuci serbaguna cif sebotol rm 5.20 kalau 2 botol rm 7.30.. kan jimat tu... memang jauh beza harganya.. betul² nak habiskan stok sedia ada ni. 


 Bertukar ..... oren, cantik jugak yer...



 Carefour kini lebih dikenali Aeon Big



Nak interframe jugak (walaupun malu sebenanya) masa jalan² tu, tuan tanah pakai shawl oren baru beli kat FB QphatHijabist




Bicara Hati : Berjaya jumpa tortilla akhirnya hahahahaha...... 



Jaga Hati Dan Jiwa








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...