♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 7 Jun 2013

Jangan Biarkan Hati Hitam



Jangan di biarkan hati hitam, kerana setitik hitam telah wujud makanya ... payah untuk mendapat sinaran semula ....

Jadi sinarilah hati² kita semua dengan ilmu rohani .. ilmu rohani tu lebih pada ilmu dalaman .. dari situlah kita membersihkan jiwa kita.. bukan ilmu batin yer.. piattt kang korang .. kalau dok ingat ilmu batin pulak.

Jadi jomlah di pagi jumaat ini kita ringankan mulut dengan berzikir insyaallah kesan zikir kepada otak manusia ni sangatlah baik ... (^___^)

Hati kita jugak akan tenang kalau selalu mendengarkan alunan² zikir ni .... 











Susu iLHAM untuk amir


Sejak akhir² ni amir dah kurang menyusu, sebab dah semakin membesar agaknya ataupun mungkin amir dah muak, jadinya saya dengan hubby memilih alternatif lain untuk beri amir minum susu.. sebab kalau boleh kami nak bagi amir minum susu sampai umur dia 8 tahun sekurang²nya, walaupun menyusu botol memang payah nak dipisahkan.. tapi kita orang tengah berusaha kearah itu.

Bukan saya tak bagi minum susu yang sebelum ni, saya bagi untuk bekalan ke taska jugak .. tapi susu ilham ni saya bagi amir minum memang kat rumah sahaja, lebih terjamin keselamatannya.. sebab saya takut kalau ke taska ada yang terlangkah pulak susu ni.

Dah lama saya serve susu ni, saya ada 2 pilihan sebenarnya.. tapi hati saya kata kuat suruh mencuba yang ini walaupun mahal sikit berbanding susu yang satu lagi tu ... kalau baik saya akan teruskan...

Saya cuba belikan sekotak 
alhamdulillah .. amir macam suka ...


Saya mungkin tak bagi minum susu ni sekerap mungkin, tapi saya akan pastikan amir minum susu ni setiap pagi sebelum kesekolah... atau bangun tidur sahaja waktu pagi bila amir mintak susu.. saya akan buatkan susu ini, susu baik untuk kanak² .. saya ambil yang 4 tahun keatas harga rm 48.00 yang ini saya beli kat aeon big bukit rimau, sebab susu ni memang tak jual kat pasaran secara meluas hanya pasaraya² tertentu sahaja.

Ok.. susu ni tak boleh dilangkah yer.. sebab dia di bacakan dengan baca surah² tertentu, saya berniat baik untuk menukar susu ni pada anak saya bukan apa .. sejak ketaska ni .. perkembangan pembesaran dia boleh tahan jugak diluar pengawalan saya .. terlalu banyak yang didengari apatah lagi dipelajari sampai adakalanya menguji tahap kesabaran diri ibu .. alhamdulillah hampir sebulan amir minum susu ni .. ada sedikit perubahan, seperti mudah mendengar kata dan arahan saya .. jarang memberontak. Dan yang paling saya suka baru² ni bila rumah mak mertua buat kenduri .. amir rajin menolong sepupu² mengangkat cawan ... kalau dulu .. haihh asyiklah nak berkepit dengan saya dan nak main jer...



Bicara Hati : Kalau anak 2 tahun kebawah bagilah minum susu ibu yer.. yang seelok²nya... Klik kat gambar kalau nak tahu info susu ilham lebih lanjut.








Khamis, 6 Jun 2013

Lauk Kenduri - Sambal Goreng Jawa





Lain orang .. lain citarasanya kalau pergi ke tempat kenduri, tapi .. satil aku ni.. dengan hubby dah memang tekak jawa kan.. kalau korang nak bagi nasi minyak ke.. nasi hujan panas ker.. nasi beryani gam ker??? .. tekak kita ni tak berapa nak suka sangatlah .. kalau takda pun takpa.. sebab lebih suka nasi putih.

Tapi kalau pergi kenduri takda sambal goreng rasa macam haihhh tak sempurnanya makan kat majlis tu... lagi² kalau kenduri orang jawa, memang popular dengan lauk sambal goreng ni.... erkkk.. dah kenapa tetiba pulak teringatkan sambal goreng ni padahal baru jer makan hujung minggu baru ni.. tapi tulah... tak puas nak menikmati sebab kehulu kehilir .. menolong akak ipar.


inilah sambal goreng jawa yang palingggg.. saya dan hubby suka.
gambar ihsan google .. tak sempat nak amik gambar .. hari tu...






Bicara Hati : entry pasal kawin² jer... mengamit memorilah katakan..










Istimewanya pada tarikh 06062006



Dua tahun sebelum tahun 2006 pada tarikh yang sama adalah tarikh kami bertunang, dua tahun menempuh alam pertunangan, mungkin masa yang lama pada orang lain .. tapi pada diriku .. dua tahun adalah masa yang singkat ditambah lagi hubungan kami diperkenalkan oleh orang tua. Terlalu peribadi untuk di kongsikan tetapi kuasa Allah jangan sesekali menidakkan .. alhamdulillah .. berkat doa orang sekeliling sekarang 7 tahun kami bersama dan kenal 9 tahun (termasuk tempoh bertunang).


Di besarkan dalam gaya hidup yang berbeza, punya citarasa yang berbeza, punya minat yang berbeza, warna kesukaan ... memang tidak banyak persamaan kami ... tapi ... hobi kami suka menonton tv dan tak berminat berpeleseran itu sama.. buat kami serasi... hubby banyak membesar dan duduk di asrama sebab tu walaupun kami sekampung, rumah selang beberapa langkah, adik hubby kawan baik aku .. sumpahh... aku tak kenal hubby hahahaha .... percaya tak?? percaya tak??? ok... tak nak percaya sudah .. tapi itulah namanya jodoh ... 

Banyak yang kami dah tempuhi .. tapi banyak lagi yang kami perlu tempuhi ... hanya satu yang ku pinta agar diri ini dihargai, agar hubungan ini diberkati hingga hujung nafas yang terakhir dan agar bertemu disyurga nanti amin... berkat doa anak² yang soleh hendaknya.


 Impian hubby tahun ini .. moga dipermudahkan segalanya amin.


Banyak yang inginku coretkan dihari ulangtahun perkahwinan kali ini, tapi jariku kedu ... hanya terbuku dihati... mohon agar ada kekuatan diri .. mohon agar ada entry sambungan lagi ... hahahaha.. dah macam drama bersiri pulak kan... nak bersambungan bagai... tengoklah kalau ada mood... kita upload memori gambar 7 tahun lalu eh...

Bersyukur dalam tempoh 7 tahun ini dikurniakan seorang putera yang sangat bijak , pandai , baik hati dan mohon agar di besarkan dalam penuh kesempurnaan .. penuh kasih sayang ... penuh didikan. insyaallah... kerana dia adalah amanah dan harta dunia akhirat kami.



Bicara Hati : Tak mengharapkan hadiah yang besar² .. tapi mengingati tarikh ini bersama² sudah buat diri terharu dan dihargai.



Rabu, 5 Jun 2013

Kami yang jambu ² ...



inilah punca kesibukkan hujung minggu kami .. nanti² saya up story eh .. cari idea nak mengarang dari mana nak mula dulu hihihihihi .... pertama kali amir gayakan frame ni sampai terkeluar mukanya hahaha ...



Cup cake red velvet yang mengiurkan .... 
sebab orderkan cup cake ni lah saya orderkan untuk amir Red Velvet











Menu Udang BBQ Versi Pemangang Ajaib



Udang sedappnya, bagi pengemar seafoodkan .. rasanya macam tak lengkap kalau nak buat bbq hanya ayam semata².... tapi kalau ada sakit gouttt sila buang daripada menu list yer untuk bbq huhuhuhu ....

Kalau ada udang atau ikan memang sesuai sangatlah buat bbq, sebab kempunan nak di bawak bercuti melepak tepi pantai .. jadi kita masak kat rumah sudah ... lepas makan golek² depan tv tidur hahahaha ..... tak payah nak muncung sangat macam muncung udang tu ...

Hubby beli udang sekilo rm 20.00 hinggit .. memang mahalkan sekarang ni , bukan kata udang .. rasanya semua seafood tengah mahal, ni pun beli dengan kawan hubby yang suka menjala tu .. merangkap jirang selang beberapa rumah jadilah .. rezeki kami.



 Dah jemu masak sambal tumis petai udang, dah jemu masak lemak bendi udang, dah muak masak yang bertumis².. meh kita cuba versi bbq saya pulak .... super duper mudah yer... saya kalau masak susah² saya angkat tanggan dulu .. memang tak pandai ...


Resepi udang bbq mudah versi masya :

Udang ikut sukati nak banyak mana
bawang putih
bawang besar
Halia nak letak boleh tak nak takpa, saya tak letak
sos tiram
sos bbq
lada hitam tumbuk sdikit sahaja kalau nak pedas
air suku cawan
tepung gandum nak bagi pekat buat macam kuah .. jadi tak payah susah² buah sos
garam dan gula kalau nak letak bagi perasa supaya tak tawar

Cara²nya : 

saya blender bawang putih dan bawang merah semua pun seketul², lepas tu campurkan kat udang, masukkan sos tiram dan sos bbq, saya masukkan air suku cawan dengan tepung sesudu... tepung nak bagi kuah pekat ... sebab saya guna pemangang ajaib ... dan malas nak buat kuah asing.. nak cepat masak dan cepat makan hihihihihi .... letak gamram dan gula sikit buat perasa.


Hasilnya letak dalam pemangang ajaib tu.. kuah jadi banyak sebab udangkan ada air dia sendiri ... macam dalam gambar kat atas, masak agak² sampai udang masak dalam 20 minit macam tu ...





Siappppp .. mengiurkan kan.. kan... 
hubby makan jilat jari hahaha.... dia kata sedappp ...... malu saya, amir pun makan bertambah².... 
bila cuba² macam ni tak sangka pulak sedapp.. kalau masak beria² tu ... tak menjadi.




Bicara Hati : Selamat mencuba ... kalau dah cuba bagi tahu tau.. sdapp tak...










Keropok Lekor Paling sedappp saya pernah makan




Selalu beli keropok lekor, sebab amir sukaaaa sangat makan .... tapi kali ni lain ... yang ini bakal biras saya bagi ... daripada terengganu .. seyeslah sedaaaapppppnya .. patutlah kawan² saya cakap keropok terengganu ni isi ikan dia banyak memang tepung pun tak rasa sangat .. rasa ikan jer.. dan sedappnya sampaikan sepinggan ni.. makan berdua dengan amir tak perasan dah habis hihihihihi ....

Walaupun orang kata buat keropok ni senang jer bahan²nya.. tapi saya ni kategori malaaassssssss .. dan memang tak pernah buat langsung keropok ni huhuhuhu ...











Suprise Buat Amir



Riang ria ... sukahati dihari rabu tanpa mahu banyak berkata².. apatah lagi jari menaip entry... jomlah layankan suprise buat amir.. yang tak berapa nak suprise sangat pun...


 Kek Redvet idaman, belikan yang kecik jer.. lebih pada nak merasa sebenarnya .....





 Budak baik.. yang teruja nak potong kek sangat, ibu belikan kecik jer pun..
kira macam sambut pre bestdaylah ni hahahaha ...;p





Bersungguh².. dia nak makan cepat .. melopong sepupu sebelah tak dikisahnya.



Bicara Hati : Amir dah bagi tahu .. nak sambut bestday dengan kawan² kat sekolah, amir nak kek superman .. erkkkkk .... nanti ibu pikir mana nak order yer.. sayang... ayah sediakan duit .. nanti ibu bagi resit hahahaha ... ;p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...