♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 23 Julai 2013

Akhirnya Aku Tertewas


Akhirnya terhidang jugaklah juadah baazar, seyeslah memang tak larat mata nak bukak masa sakit mata tu hari .. silap² lama berdiri dah macam nak pitam dibuatnya... Jadinya hubby kata beli jerlah .. okk.. pasrah .. itu yang terus berehat tu.. sampailah buka ... saya betul² masak nasi dengan bancuh air jer... sampaikan tempeh kegemaran amir pun hubby beli .. punya tak larat nak mengoreng.

Hubby beli sup campur kat kedai kut 2 bungkus, sebungkus untuk sahur ... sebungkus kami makan masa buka, merabak dan cucur serta tempeh goreng. Kita dah pesan awal² jangan beli banyak² atau macam² nanti membazir ...kang tak memasal semua buang ke tong ... mujurlah hubby beli tak banyak.

Nampak tak tangan si bam bam amir tu hihihihi .. dia makan nasi dengan sup ... cian dia lapar yer...




Bicara Hati : Bungkus jer pun semua .. setakat ni belum berkesempatan berbuka makan kat kedai luar lagi .. tak tahulah hujung minggu ni .. sebab cadang nak beli barang amir.







Hati Ini Milik Allah



Photo: INSYA ALLAH.. :)

by : Safiyah Layyinul Harir






Alhamdulillah 14 hari ramadhan hampir berlalu .. esok dah 15 ramadhan.... (^___^)
Lagu raya elah mula berkumandang, hadoilah ... hargailah ramadhan kali ni .. sayang semua pembaca setia blog masya ... saya mungkin tak boleh nak puaskan hati semua pembaca ... tapi saya ikhlas menulis dari hati hanya mengenai kisah hati saya sahaja .. maaf jika ada yang terasa.















En Li / Puan Li yang mengeramkan



Puting botol susu amir di kerjakan oleh En. Li


Sabtu baru² ni, masa badan baru nak sihat tu .. amir mintak susu .. saya pun dengan konfidennya amiklah botol susu amir dalam kabinet, sekali .. oic .. apa kehalnya dengan puting botol ni grrrrrrrr ...... 

Yang amir pulak terjerit² ibu .. ibu .. kat kaki ibu ada binatang jalan besar ... dia tak tahu nak sebut nama binatang tu, yang saya pulak dah terkejut .. mujurlah tak meloncat atas kabinet tu kikikikiki ... rupanya lipas yang lalu .. bapak besar punya lipas lalu tau .. adehhhh .. gelinya tengok terkedek². Memang mengeramkan hati betul dengan En. Li / Pn. Li ni tau .... grrrrrrrr

Tak boleh jadinya.. terus operasi bawah kabinet yang kat bahagian singki tu .. oic sekali jumpa 3 ekor .. 3 ekor tau.. yang besar² huhuhu.. orang kata jangan bunuh lipas sebab dia ada virus apatah .. tapi yang tak eloklah.. saya pun alihkan semua barang² nak basuh balik, 3 ekor lipas tu berjaya .. ku flash dalam toilet huhuhuhuhu ... selamat sudah (bapa ekor semuanya ni .. baru jumpa 3 ekor besar² pulak tu)

Sana sini google info macam manalah nak hilangkan lipas ni kat dalam rumah huhuhuhuhu ... memang tak berkesan.. mak kata letak daun pandan .. ni tengah cuba .. harap berjayalah.... 

Kalau korang ada tips lain kongsikan yer... rasanya dah macam² cuba ni .. memang payang nak hilang, rasa macam pernah kongsikan kat blog jugak pasal lipas ni maklumlah rumahku mesra haiwan kan huhuhuhu ...



Bicara Hati : Sedang pujuk amir taknak bagi minum susu salam botol lagi, tapi susahnya lahaiii.... mesti nak jugak.







Isnin, 22 Julai 2013

Tulisan Jawi Pertama Amir Disekolah



Suke tengok perkembangan terbaru amir di tadika, sekarang ni dah mula belajar bahasa jawi sikit² .. menulis jawi .. tapi itulah banyaknya perubahan ejaan jawi sekarang yer.. sampaikan ejaan ini saya tengok cikgu amir tulia 'alif ya nun' saya asyik baca .. ayan, ain sampailah amir kata .. 'ini' lah ibu ... apa ke jauh nooo bezanya mir ejaan ni .. betulke??? kalau 'alif ya nun ya' boleh lagi ibu terima ini ... macam² dah berubah .. hubby senyum simpul jer.. dengar amir terangkan balik kat ibu ... kebetulan ada kerja sekolah tulisan jawi masa tu.

Dan sebelum tu .. amir ada bawak balik tulisan khat guna warna air .. amboi .. patutlah teruja benar yer.. nak gunakan 'water colour' ni.. lagi² lepas balik daripada kompleks kraft tempoh hari .. memang dia asyiklah dok mintak 'water colour' rupanya ada belajar kat tadika, tapi saya belikan yang kecik jer.. 5 warna hihihihi.. nak amik hati dia...

Jom layankan gambar² tulisn khat amir


Alif


Ba



Ta




Teruja sangat tengok tulisan amir ni, tapi kalau tengok dia bua kerja rumah kat buku.. tulisan jawi dia tak kemas lagi ... suka dengar dia mengeja jawi ' alif ya ba wau' - ibu ' alif ya ha' - ayah ... alahai² .. di ulang² baca ... lepas tu dia eja 'alif wau lam ro' - ular ... siap soh saya eja .. balik.. amboi kemain mengajuk² cikgu tu soh dia eja .. dia soh ibu pulak mengeja.



Bicara Hati : Dah pandai jugak tulis nama sendiri .. itulah suka sangat tulis amir hazim jer.. muhammad dia tak masukkan, panjang katanya.... sukati jer.. 




Seperti Yang Dijangka


Susulan entry aturan Allah adalah yang terbaik baru MC sehari dah macam bercuti seminggu jer meja ni ermmmmmm, camne nak cuti panjang kalau macam ni .. kerja sendiri jerlah masya boleh sukati² nak kerja, cuti kan... orang kata kerja sampai bila² pun tak habis ... yang utama adalah kesihatan, jadinya .. saya buat perlahan² lah yer... hihihihihi .. ni cukup baiklah nak datang kerja .. kalau tak memang nak pergi klinik lagi .. amik MC sebab mata masa merah dan gatal² huhuhuhu ... bukan apa kesian kan kat amik lagi pun minggu ni sekolah 4 hari jerkan.. nanti jumaat dah cuti, takut amir ketinggalan pelajaran pulak.

Masa cuti tu.. jenuh jugaklah melayankan dia buat origami, yang lucunya saya ingatkan dia kata nak menari giyomi kikikiki ... sorry ibu demam dan sakit mata ni .. telinga pun macam demam jugak tak bapa nak dengar hahahahaha .... 

Gigihlah google sana sini origami ikan paus, burung, zirafah dan macam² lagilah .. tapi amir teruja buat origami ikan paus jer.. maaf yer.. gambar ibu tak kosaaa lah nak amik tak larat sangat .. jumaat masa MC tu saya banyak tidur ... sebab mata payah sangat nak bukak, mujur jugak hubby ajak pergi klinik malam tu.. kalau prgi sendiri awal pagi memang takkk larat rasanya nak drive, kejap² terjaga kalau amir panggil nak susu, nak makan .. dan selebihnya dia layan tv lepas tu .. dia buat origami .. balik rumah ... hubby geleng kepala.. kertas penuh satu rumah.....


 Sejak akhir² ni dah mula menunjukkan minat dengan art ... sekadar minat biasa mungkin seiring pembelajaran di sekolah.





Oklah dan seperti yang dijangka bila dah cuti, bila MC memang takkan adanya lah orang yang buat kerja saya ni .... pasrah lah nak sambung buat kerja ni ... perlahan² janji dapat siapkan sebelum 4.30 petang .. yahooo.. tak sabar nak balik ... sambung rehat, ibu kenelah kuatkan demi anak ... kene jadi contoh yang baik .. kalau ibu takda mood nak kerja.. nanti amir pun takda mood nak ke sekolah.

Terima kasih sangat² pada kawan² yang mendoakan kesihatan saya agak cepat sembuh.. sayang korang semua...




Bicara Hati : Akhirnya saya tertewas ... minggu lepas dah selamat juadah menu PARAM, hari ni .. tak tahulah lagi .. achaner...








Jumaat, 19 Julai 2013

Aturan Allah adalah yang terbaik



Semalam balik kerja terkejut hubby tengok mata saya, bengkak dah macam kene tumbuk huhuhuhuhu.... seyeslah ini rasanya pertama kali saya kene sakit mata bila dah kawin ni ... saya pun tak hinggat saya pernah sakit mata ke tidak.

Aturan allah memanglah aturan yang terbaik.... minggu lepas masa amir tak sihat, saya ingatkan nak cuti... tapi mengenangkan kerja urgent yang perlu disiapkan .. saya tak jadi cuti... saya siapkan jugak datang kerja, sudahnya saya sakit belakang asyik duduk mengadap pc, kemudian sakit pulak pedih ulu hati .. ya aallah dugaan betul. 

Sudahnya semalam mata saya gatal, merah dan bengkak .. malam tadi pergi klinik doktor kata ada kuman atau habuk ni kat mata.... jadi hari ni saya MC/ CUTI SAKIT. 


Sehari jer pun ni kira MC pertama tahun ni.. esok dan ahad kan dah cuti .. harap sangat isnin dah baik ...
Uat alahan, ubat gatal dan ubat titis serta MC Rm 30.00 huhuhuhuhu






Sorry bos.. saya tahu boss cuti minggu depan kene siapkan kerja hari ni .. tp kuasa allah saya tak boleh menidakkan .. saya bukan suka-suka mc...


Amir hari ni kat rumah, ibu tak larat nak hantar pergi tadika.. dengan mata ibu yang seksi macam ni .. ni melayankan dia buat origami... semalam dia baru belajar agaknya .... sudah habis kertas ayah dia gunanya nak buat origami .. sudahlah ibu ni tak pandai sangat.. layankan jerlah......








Bicara Hati : Allah duga bila kita sakit, moga menghargai nikmat yang diberikan.....





Khamis, 18 Julai 2013

Tiba - Tiba Sahaja



Berat mata nak bukak pagi, hubby dok lah kejut² .. dah pukul 5 katanya .. dah siap rebuskan air ... isteri beruah ni tak bangun² jugak lagi huhuhuhu .....

Seyeslah kenapa mata susah nak bukak sebelah kiri ni adeh .... semacam jer.. panas... sekali ya allahh dah berjangkit pulak panas dalam daripada amir ker??? amir dah sihat dah .. cuma kadang masih moody.. keluar tahi mata banyak kat mata kiri tu .. payah nak bukak ... basuh² muka .. gigih jugaklah nak bersihkan .. mata pun dah merah ....

Sekarang ni .. nak tengok pc pun payah nak buat kerja kejap² mata berair, kejap² gatal nak gosok ... mata pun dah mula merah,  seyeslah tak selesa .. nak bw korang apatah lagi kan.. huhuhuhuhu ...

Sms hubby punya panjang, dia jawab okk sahaja .. hadoilah .. saboo jerlah isteri ni kan ... dan tetiba pedih ulu hati pulak ... ya allah memang dugaan beul ramadhan kali ni .. moga terhapuslah hendaknya dosa² kecilku .. di duga begini.



Bicara Hati : Nak tidur pejam mata pun tak selesa .. asik meleh jer air mata...






Wall Makeover By Na With Nadiafarahida Secara Percuma



Wah makeover percuma???? apa.. percuma???? biar betul .... owhh gosok² mata lagi .. bagaikan disorongkan bantal dibuatnya melihatkan keadaan rumahku yang tidak pernah berdeko itu ... walaupun sudah 6 tahun didiami... korang bayangkanlah lapang sahaja .. hanya bercat dalam tempoh 6 tahun ni, ada takda pun kalau bosan kami tukar cat itu jerlah dalam hati memang selalulah berangan nak wall yang ada deko² macam kat fb wall makeover by na cantiknya.. cantiknya .. itu jerlah yang keluar daripada mulut ni kalau tengok.

Bila Nadia dilantik sebagai OFFICIAL BLOGGER MANAGER oleh Wall Makeover By Na dan mahu mencari 3 buah rumah sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Lembah klang .. untuk memenagi makeover yang setiap satunya bernilai RM500 .... rasa woii terujanya nak join... Terujanya .. Terujanya .... dan syarat² pun tidaklah susah ... apa salahnya mencuba manalah tahu ada rezeki, hadoilah baru join dan terlebih terujanya belum menang lagi.

Bismillahirahmanirahim .... 





1. Like facebook fanpage Wall makeover by Na - Sudah


2. Like facebook fanpage nadiafarahida - Sudah.





Saya pilih design yang macam ni .. sesuai sangatlah dengan rumah teres setingkat saya tu .. maklumlah rumah tak luas mana ... tapi cukuplah buat kami 3 beranak ni kan.... kalau boleh nak warna biru .. lepas tu ... gambar² tu yang corak besar warna putih, yang corak kecik² warna kelabu .. bayangkan ... cantikknya ... cantiknya.... owhh berangan lagi ....






Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini 


Kerana saya tahu sentuhan deko nadia mesti cantik, saya percaya sebab saya sendiri dah tengok dalam Majalah Anjung Seri betapa cantiknya rumah nadia ... betapa citarasa nadia sangatlah luar biasa cantiknya .. saya tahu bakat nadia yang luar biasa itu mampu menghasilkan sesuatu yang luarbiasa juga indahnya dirumah saya pulak dan mampu merialisasikan impian saya pulak kan nadia kan.. kan.... 


Kerana saya mahukan kelainan pada hari raya kali ini, maklumlah adik beradik hubby, sedara mara, jiran-jiran dan rakan-rakan selalu datang beraya dalam suasana ramai-ramai macam baraan tapi suasana rumah masih sama jer.. takda yang berubah jadi besarrrrrrrrnya harapan saya sangat² pada nadia pilih rumah akak untuk deko² ni.... dengan harapan kelainan ini nanti bolehlah saya ceritakan dengan ipar duai dan rakan-rakan .. owhh deko wall ni nadia yang buat.. cantikkan .... seponsor daripada Wall Makeover by Na. Nadia ni dia pun pembaca dan follower blog saya jugak .... owhh perasan² tahap berangannya nak menang ni ..... padahal ipar duai dan jiran-jiran tak tahupun kewujudan blog saya ni kikikikiki ....

Kerana saya sendiri pun sudah jemu dan bosan ruang dinding kosong.. balik kerja penat² ... dinding rumah kosong jer walaupun bercat.. macam tak menarikkan ... kan best kalau masuk² rumah wahhh... cantiknya dinding rumah ada corak macam ni, terasa pasang econ pun mendamaikan gitu .. macam tak nak keluar rumah lah ... bestnya .. bestnya .... duduk pun nak rapat² jer dengan hubby kat sofa ... walaupun tahu amir mesti jeles cepat² nak menyelit kat tengah² tu ..... jom beli sofa baru hubby .. eh² tetiba pulak kikikikikiki ... ;p

Kerana antara yang utama deko² ini bernilai RM 500.00 hinggit sapa yang tak nakkan .. nak harapkan sendiri buat dan bayar deko wall dinding macam ni tak mampu ... ntah bilelah agaknya berpeluang ada duit seguni kan.. boleh deko macam² kat rumah... memang kekangan kewanganlah kalau nak dekoo rumah cantik² ni.... idea dan berangan jerlah lebih sambil tongkat dagu dengan 2 tangan.

Oiccc banyaknya kerana kooooo ni masya, memang tahap berangan nak menang di luar kawalan ni .. hadoilah .... harap sangat nadia sudi pilih blog akak, nanti akak gorengkan ubi goreng cicah cili kicap .. nadia suka kan.. kan... kita buka puasa sama² yer.. nak sampai rumah akak ni kan.. ada banyak kedai jual ubi .. banyak tau .. susah nak jumpe ubi sekarang kikikikiki ... (nadia cair tak.. cair tak .. sambil buat muka manja senyum²) ini bukan bodek yer. dah ubi jer yang akak mampu ... kalau akak ada rezeki lebih bolehlah belanja lebihkan ..;p orang kata ada ubi ada batas .. orang dah berbudi kenelah balas ... (^___^)v

Kalau ada kawan² yang berminat nak join jugak .. jomlah .. join sebelum terlambat hari ni 18 Julai bersamaan 9 Ramadhan dah hari terakhir tau ... jom cepat² klik sini kalau nak join atau klik kat gambar tu pun saya bagi link.



Bicara Hati : Nak deko bilik amir jugak hikhikhikhik .. tapi katil takda lagi ... so skiplah dulu ... 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...