♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 31 Julai 2013

10 Yang Bertuah Di Blog Masya



Bismillahirahmannirahimmmmm ...... allahuakbar dah 1 hari berlalu ramadhan kita yer, moga kawan² semua diberi kesihatan yang baik sehingga petang untuk berpuasa ... sehingga ke 30 Ramadhan. Entry ni sepatutnya saya publish semalam.. dah semalam tak sempat pagi ni jerlah baru publish.

Oklah saya dah niat dah dengan kawan² blog yang baik hati .. yang rajin datang, yang rajin komen, yang rajin singgah sini ... dibulan yang baik ini saya nak ucapkan terima kasih sangat².. kerana korang semuanya sudi sokong blog masya ni, maklumlah masya ni kan sukati jer nak menulis.. kadang tu mesti ada yang rasa oberrrr...... itu pun ko nak cerita masya, eh².. tempat ni pergi pun nak bagi tahu .. kan oberrrr namanya tu hahahahaha ...... lepas tu menaip kelangkelibut dah berteraburrr dibuatnya (haihhhh.. yang ni mmg bantai gelak kalau bukak blog baca tetiba taip tak betul hahaha)


10 Blogger yang bertuah yang rajin komen di blog masya sepanjang ½ tahun 2013, saya dah print screen siap² masa 1 julai tu .. saya amik yang komen sampai 30 jun 2013 sahaja.. jadi inilah antara yang bertuah itu.







Okkk dah nampak, sila bukak mata besar².. nama korang masuk senarai tak??? Harap semuanya sudi melaporkan diri pada saya secepat mungkin, hantarkan alamat pada email saya nowzyana@yahoo.com atau tinggalkan alamat kat ruangan komen .. saya takkan publishkan .. cepat² yer.. 






Hadiah Kerongsang rama² Buat Qaseh Rania & Izan Mama Mia






Hadiah Keronsang ni kawan saya buat, bukan saya buat tau.. saya pun takda koleksi macam ni.. saya beli khas untuk kawan² blog yang rajin komen buat Kak Tihara, Fiza, Nafira, Nad MamaZN, Eita, Kak Eija & Nora Karim








Mereka² yang suka komen ini jugak akan dapat sekeping kad raya daripada saya, haruslah saya buat sendiri hihihihi.... kreatif tak kreatif kalau dah sampai kang korang tengoklah sendiri suprise hahahahaha ..... ok hadiah untuk Puan Kutu a.k.a Murni tak sempat snap gambar, tapi rasa dah snap ntah mana hilangnya gambar tu dalam kamera takda.. sehelai shawl tribal harap Murni sudi terima.



Ini jerlah yang saya mampu bagi, kalau boleh nak bagi ramai lagi tapi takda bajet ... pada yang tak tersenarai jangan kecik hati yer.. insyaallah ada rezeki korang dekat blog masya ni lain kali ok.. tau.. tau.. jangan majuk².... ehemmmmm ... insyaallah ada suprise jugak buat blogger² yang rajin intai² blog ni tapi jarang komen .. saya nampak kamu .. hihihihihihi .... (^_____^)








Bicara Hati : Moga dipermudahkan segala urusan dan niat baik saya ni, amin....





P/s : Ni entry melekat hingga semua orang beri alamat ... entry baru scroll bawah yer... 









GM Klang Sesaknya Hujung Minggu



Ini jerlah gambar yang saya sempat amik, dalam tu ya allah ramainya orang .... sakan shopping .. fuhhh ... berlaga² ketiak dibuatnya, bukan berlaga handbeg dengan bontot jer huk .. huk .. huk...

Motif pergi sini nak mencari barang sikit, sekali tu hubby kata belilah baju raya sekali .. sebab saya kan tak beli baju raya lagi .. amir dengan hubby dah beli masa balik daripada beli kerepek hari tu .. kami terus singgah The Store pekan banting, tapi bukan beli kat The Store pun beli baju kat kedai² bawah tu .. harga bolehlah .. banyak jugak pilihan. Tapi saya tak sempat pilih .. nak balik cepatkan hari jumaat .. tu yang cari kat sini pulak ...

Kat GM Klang ni memanglah banyak pilihan, dan banyak kedai, tapi bukan takat kedai baju, kedai tudung, kedai gadjet, kedai karpet macam² lagilah .. tapi macam mabuk dibuatnya hadoilah pusing²... sana sini ... Sampai kami sesat barat tak jumpa pintu keluar.

Tapi kira oklah lagi selesa daripada yang lama sebab kat sini ada econ, ini kali pertama saya pergi kat bangunan baru ni .. dulu tahun lepas pergi yang kat bangunan lama ... nak raya jer baru pergi GM Klang ni ... itu pun kalau ada keperluan, kalau tidak .. memang malast .. jauh parking tau sebab ramai orang pergi hujung minggu tu.



Bicara Hati : Walaupun ramai orang, tapi tak serik .. nak pergi lagi hihihihi ....










Doa Saya Buat Adik Blogger ina a.k.a IntaNBerliaN



Sejak akhir² ni bila saya bw daripada opis, ada blog yang saya boleh buka baca sahaja, tak boleh komen sebab ruangan komen tu lambat loadingnya, ada tu pulak keluar header jer.. 5 minit barulah keluar entrynya saya baca.. itu kalau nasib baik .. kalau nasib tak baik.. jangan kata ruangan komen tak keluar .. nak masuk pun header terpusing² globe kat atas tu ... memang tahap kelembapan internet kat opis sukar disangkal lagi sekarang .. huhuhuhu ... sudahnya kalau takda kerja tider (takda kerja lah sangat eh) ok ler tidur .. takkan nak pergi bergosip bulan² posa ni ...


Blog ina pun salah seorang blog yang saya boleh masuk baca jer .. sukar nak komen ruangan komen tu takkan keluar .. dia akan keluar macam gambar kat bawah ni sahaja. Sorry ina sebab tu saya jarang komen di blog ina sekarang .. saya cuma boleh baca jer... huhuhuhu ...



Sebak saya baca entry ni, tanpa sedar air mata bergenang .. dan hampir menitis ... moga adik ina kuat .. moga sembuh seperti sediakala .. moga ina sekeluarga jugak tabah ... menghadapi dugaan ini .... Pada yang mengikuti kisah adik ina di blognya mesti tahu apa yang dah terjadi, alhamdulillah adik ina dah sedar dan boleh pulang kerumah.

Semua entry² ina mengenai adiknya saya baca.. tapi saya tak boleh nak komen sebab asal masuk jer.. tu lah tunggu punya tunggu .. ruangan komen tak keluar .. sudahnya dapat baca jerlah .. itu pun dah memadaikan... saya tahu perkembangan adik ina.

Moga kawan² yang membaca entry ini pun mendoakan yang baik² buat adik ina agar kembali sembuh seperti sediakala ... 


Bicara Hati : Al-fatihah buat arwah adik saya .. moga rohnya tenang di sana .. nak raya ni terkenang arwah selalu dia lah yang lebih sibuk mengalahkan mak nak buat persiapan.




Botol Air Baru Amir




Semalam baru belikan, sebenarnya daripada bulan lepas amir dah mintak sebabnya botol air dia tutupnya dah putus .. ganas betul huhuhuhu ... biasalah satu botol ni kadang dia kongsi² bagi kawan dia minum.. murah hati sangatlah katakan .. kan.. nak buat achaner ... 

Selalu botol air amir memang saya bancuhkan air sirap, dia suka sangat dengan air sirap .. bagus jugaklah .. kalau amir suruh bancuh air bersusu risau jugak basi nanti sampai petang tak tahan.

Dah rasmikan pun botol ni pagi ni .. kemain teruja dia nak bawak botol air baru ni, amir kan tak puasa lagi .. jadi kalau dia haus ada botol air ni senanglah dia nak minum.








Penuh Juadah Berbuka Diluar



Hujung minggu baru ni Penuh Jadual Buka Kat Luar rumah, tapi .. masih lagi dalam rumah cuma bukan rumah kami hihihihihi .....


Jumaat Cuti Nuzul Quran 26/07/2013 - Buka rumah akak ipar, fuh.. penuh menu macam² ada ...



Sabtu Cuti jugak 27/07/2013 - Buka puasa rumah embah dengan adik beradik mak ... fuhhhh bukan penuh juadah jer.. penuh rumah embah.




Bicara Hati : Ahad buka kat rumah saya pulak hihihihi .. tapi adik beradik hubby jer datang (^__^)v






Selasa, 30 Julai 2013

Bubur Lambuk Percuma



Bubur lambuk ni sinonim bila bulan nak sambut hari asyura dan bulan ramadhan, saya paling suka sangat makan bubur lambuk yang banyak herba lepas tu ada isi ayam/daging, kacang tanah serta daun sup rasa macam umppphhh sangat kalau dapat makan... boleh makan berulang² kalau semua bahan² dia terasa... tapi kalau bubur lambuk jenis yang manis saya tak makan huhuhuhu ... tak reti .. sebab dah terbiasa makan yang macam ni daripada kecik.

Kat opis kalau bulan puasa mesti dapat sekurang²nya sekali .. alhamdulillah ada rezeki lagi dapat hari tu sebelum nak cuti nuzul quran memang langkah kananlah kan.. sebab macam teringin sangat² nak makan... lepas tu pulak bila dapat kat opis macam ni memang hadap soranglah ... tapi.. yang dalam mangkuk ni mek sebelah punya hihihihi .... sebab banyak sangat jadi saya bagilah mek sikit.. kalau nak harapkan kami 3 beranak jer makan .. manalah habis.



Bicara Hati : Sedapnya kalau dapat makan lagi .. ;p

Kad Raya Quilling Edisi Istimewa Daripada Ch@hijaucantik



Seorang yang sangat teliti, seorang yang sangat² kreatif .. punya kreativiti luar biasa biarpun punya 3 askar yang masih perlukan perhatian yang rapi .. tapi hobinya yang satu ini .. memang cukup suka saya melihat dan megkaguminya hasilnya, ini kali kedua mendapat kad raya quilling daripada cha .. terima kasih cha .. kad raya pertama yang tahun lepas tak tahulah sempat ke tidak nak balas ni .. raya pun dah nak dekat ni dik.


Sudah selamat ku abadikan di cpu opis, saja ku lekatkan fm itu disitu .. memang menjadi perhatian .. bila ada yang menegur .. dan paling tak menahan .. eh daripada blogger ker??? hahahaha.. korang hadooo.. sebab dia orang tak tahu pun saya ada blog tu pasal lah dia orang macam pelik jer tetiba dapat kad raya kan daripada blogger...



Terima kasih yer cha atas tanda ingatan ini, saya mintak maaf kalau ada salah silap sepanjang komen di blog cha, takmoo sedih² tau... dan jangan rasa rendah diri ... hasil quilling ni cantik sangat .. tahun depan bulehlah amik tempahan .. untung² ada rezeki untuk budak² tu kan.. kan... (^___^)v
Kalau korang belum berkenalan dengan cha .. jomlah singgah kat blog beliau memang peminat tegar hijau, tu pasallah nama blog pun hijau cantik.




Bicara Hati : Bilalah agaknya dapat bersua dengan kamu kan ... 







Dapat Duit Raya Arab Daripada Herba Tihara



Hadiah ni saya dapat sebelum ramadhan, tapi sebab asyik tertinggal kat kampung .. itu yang baru berkesempatan buat entry ni .. harap kak tiha tak kecik hati yer kak .. senyum sikit .. xmoo masam² nanti cepat tua hihihihihi ... ;p


Top komenter tahun 2012, hampir² lupa kemenangan ini hihihihihi ...





Terima kasih kak tiha susah² jer bagi duit raya dan key-chain ni .. suka sangat² .. paling mahal duit tulah .. nak pergi mekah belum tahu bila tahunnya lagi .. akak doakan saya nanti yer.. moga dipermudahkan suatu hari nanti akan dapat jejak kesana pulak.





Maaf sangat² pada kak tiha, sejak akhir² ni saya tak boleh bukak blog akak lambat sangat² loading kat opis, kadang² keluar header jer blog akak .. kalau untung boleh baca entry .. ruangan komen akak tak keluar .. tu sebab saya dah jarang komen .. kalau sempat bw daripada rumah ... saya komen daripada rumah (^_____^) Salam ramadhan kak, selamat berpuasa ... moga diberi kesihatan yang baik hingga 30 ramadhan ni .. salah silap saya mohon maaf yer.. sepanjang kita kenal ni .. 





Bicara Hati : Tengah mencari idea nak mengarang entry dapat hadiah dariapada GA dan kad raya quilling .. suke² .. suke²...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...