♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 8 Ogos 2013

Suasana Beraya Di Kampung Saya



Sinonim bila beraya kat kampung jer mesti terasa sangat-sangat kemeriahannya, lagi-lagi kat kampung mak saya ni hihihihihihi... kalau hari raya pertama jer mesti ada baraan keluarga.

Malam raya?? malam raya selalunya saya kat rumah mertua.. tapi.. tahun ni tak dapat join .. sebab kene tolong mak masak kat rumah, mak buat menu special tahun ni.. rendang ayam, rendang kerang, mee jawa... terbaikkkk amir kata. (Sorry gambar nanti saya upload eh.. sebab ni taip entry kat kampung tak kosaa nak upload .. cari kabel)

Alhamdulillah... seharian tadi dah kepenatan baraan, malam ni malam jumaat .. kita berehat.... fuhhh lega rasanya kalau boleh sekarang nak baring jer.. kuak letang kikikikiki.... macam-macam dah makan tadi ... sebuuu pulak perut ni.

Oklah.... nanti sambung lagi, buntu pulak nak teruskan menaip ni .... penat.. penat ... lagipun macam tak best jer... nak publish entry tanpa gambar.



Bicara Hati : Esok sambung beraya lagi ... hihihihi.... 

Rabu, 7 Ogos 2013

Terima Kasih Semua




Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin daripada kami sekeluarga, saya mohon maaf sikaranya ada terkasar bahasa semasa komen di blog kawan²..

Semoga hari raya kali ini dan ramadhan tahun ini memberi keberkatan buat kita semua ... amin, masa bercuti jangan lupa jaga kesihatan, jaga makan minum .. jangan lupa diri hihihihi ....

(^_____^)v











Selasa, 6 Ogos 2013

Air Minuman Yang Boleh Membuang Toksin Dalam Badan


4 AIR ISTIMEWA YANG SIHAT & BAGUS UNTUK BULAN PUASA !

Air masak yang di campur dengan buah-buahan di bawah dapat membantu mengekalkan kesihatan kerana membantu membuang toksin dalam badan. Air yang di campur buah-buahan ini perlu dibiarkan dahulu 20 minit sebelum minum. Jom buat sendiri:

1) Teh hijau, pudina, limau nipis
Untuk mengurangkan lemak, pencernaan, sakit kepala, pernafasan

2) Strawberri, kiwi
Melindungi sistem imun, pencernaan, kesihatan kardiovaskular,
menyeimbangkan gula dalam darah

3) Timun, limau nipis, lemon
Mengatasi muntah, loya, hidrasi, mengawal selera makan, pencernaan

4) Lemon, limau nipis, oren
Untuk vitamin C badan, sistem imunisasi, pedih ulu hati

Minuman di atas hendaklah di minum pada suhu bilik untuk tempoh 48 jam. Selepas 48 jam, perlu buat air yang baru.



Bicara Hati : Tengah berusaha merajinkan diri jugak, tapi kalau setakat lemon dengan air suam jer yang selalu nak cuba. yang lain belum lagi.




Sampul Duit Raya Kami Tahun 2013



Tahun ni tak sempat nak kumpul koleksi sampul duit raya sangat, mana yang ada jerlah ... pergi avon beli barang tapi lupa amik sampul duit raya avon adehhhhh ..... takda rezeki. Pergi belanja sana.. belanja sini dapat jugak sampul, lupa snap ... jadi kita layan sampul yang ada jer yer ...

Am Bank (sebab renew roadtaxkan haruslah dapat .. dan paling banyak sampul am bank kikikikikiki ), bank islam, dan proton.



Beli barang dengan shaklee dapat jugak hihihihihi ...



Saya suka sampul duit raya yang berbeza untuk di isi duit memudahkan nak beri pada saudara mara atau pun kenalan, yang pasti tahun ni bagi untuk 2 orang adik sahaja dan seorang ahli baru .. anak buah saya hihihihihi .... walaupun rizki akan beraya rumah wan dia dulu .. takpa.. petang kita jumpa yer..



Bicara Hati : Dulu takda sampul duit raya, ingat lagi pergi raya .. selamba jer orang dulu² bagi 0.50 sen apa dehal .. itu pun dah cukup gembira, belum lagi yang bagi duit raya balut dnegan tisu jer.. dalam rm1.00 emas dulu² yang syilling tu .. sekarang kooo buat camtu ... apalah reaksi budak² .. mahu dikatanya kita ni kedekut.





Ayam Percik Chef Ismail


Bila dapat peluang pelepasan, bila dapat peluang gantung kuali setingginya .... bila dapat peluang berjalan² diluar... rasa keseronokkan tu mengalahkan dapat pergi berjalan² ke luar negara hahahahaha ...

Memang pantang sungguhkan kalau dapat peluang yang sesekali itu, sebab biasanya hujung ramadhan dah mula mood kelaut nak memasak ... idea buntu.. idea buntu .. (^____^)v walaupun sebenarnya lagi selesa kalau dapat makan kat rumah.

Setiap tahun pun pilihan berbuka kat luar mesti kat chicken rise shop, ntah pelikkan .. kalau tak puasa tu takdalah nak makan kat situ pun .... tahun lepas pun sama, sebab kat chicken rice shop ni versi 'home style' kot hihihihihihi ...


Menu pilihan ayam percik kelantan chef ismail memang sedappp ... tak tahu tekak orang lain pada saya memang sedapp (orang tak reti buat ayam percik gitu ler..)



2 Ketul, kenyang sampai ke sahur tau ..



Hubby dah pesan awal² jangan amik banyak atau macam² nanti tak habis .. ini pun jenuh nak menghabiskan ayam 2 ketul tau ... opss.. sup tak sampai lagi.



Air sirap selasih letak serai.. ada rasa macam air gas sikit .. sedapp memang sedappp.. amir macam pelik .. sekali hambikkk esok pagi bangun 3 beranak hilang suara huhuhuhuhu .. ;p



Kalau korang berminat nak berbuka kat sini masih sempat lagi, maklumlah shopping kat luar tu bolehlah singgah sini chicken rice shop makan kan.... kami pilih Set A sahaja, tahun lepas pilih Set B ... banyak sangat.




Bicara Hati : Tuan tanah dah mula bercuti entry ini dan seterusnya kalau ada entry auto publish hihihihihi... insyaallah cuti sampai isnin depan, selasa kalau takda aral datanglah kerja.. kalau sempat bw daripada rumah sahaja masa cuti ni.





Isnin, 5 Ogos 2013

Cara Buat Biskut Cornflakes Madu Tanpa ' Buttercup '

Ni kira resepi turun temurun, kita orang kalau buat biskut corflakes ni memang pesen tak kosaaa nak meleceh² caikan buttercup kat kuali, kita orang buat versi yang sempoii jer .. tapi sedapp itu yang penting hihihihihihi ....

Tak tahulah kene tak pada tekak korang, tapi tekak saya okk jer... hihihihihihi ... jom cuba kalau tak percaya, senang, mudah dan sedapppp ... 
Cornflakes
Madu
Susu Manis
Kacang Gajus (potong dua dan sangaikan dia tanpa minyak kat kuali)/ Boleh jugak gunakan kacang lain seperti kacang tanah lagi jimat ... jangan kacang hijau sudahlah itu nak buat rempeyek bolehlah.
Coklat Rice/ Gula Manik
Mangkuk kertas


Dah siap gajus tu disangaikan, meh masukkan cornflakes .. ramaskan² dia tau .. bagi hancur kecik² sikit.



Lepastu masukkan susu manis, saya selalu kalau sekotak ni .. dalam 10 sudu besar, letak sikit jer pun takpa ikut citarasa masing² .. macam saya ni takmmooo banyak sangat sebab nanti manis dan cornflakes tu jadi tak sedapp... bila di bakar bila terlebih susu.



Lepastu masukkan madu .. madu lebih takpa.. sebab nak bagi cornflakes tu likat ... dengan erti kata lain .. korang kene sebatikan masa nak gaul tu... jangan banyak sangat kang keras pulak cornflakes tu .. dah korang salahkan kita pulak.



Gaulkan dia sampai sebati kesemuanya, dan masukkan dalam cup (sorry lupa pulak nak amik gambar) dan taburkan coklat urai tu ... kan senang.. lepas tu bakarkan dia... dalam 15@20 minit agak².. jangan sampai hanggit yer...



Dan inilah hasilnya.. taraaaaa ... alhamdulilah .. siap jugak atas permintaan amir hihihiihi .. tak masuk balang dah dihadapnya... takpalah sapa lagi nak habiskan kalau bukan amirkan.




Bicara Hati : Nampaknya ini jerlah biskut yang wajib dibuat setiap tahun atas permintaan ramai, bukan amir jer suka adik² saya pun suka.... memang tak bagi orang jamu pun.










Gelombang Mood Raya Sana Sini



Ramai dah mula bercuti, kat opis ni yang duduk kat kampung jauh² semuanya ramai dah cuti awal²... aku yang kampung dekat ni esok baru mula cuti .. itu pun ada dok perli .. haihh dekat pun nak cuti awal. eh² kemain lagi mulut eh.. bukannya selalu cuti pun .. ni pun cuti 3 hari jer.. taska amir pulak mula cuti esok sampailah selasa depan.. mujurlah tadika cuti ikut jadual sekolah .. jadinya amir ada pilihan nak ketaska atau dirumah dengan ayah.


Sana sini lagu raya sakan berkumandang, kita kat dunia ni memanglah terasa dah kemeriahannya .. tapi yang kat alam lain tu .. masa ni lah paling ditakuti.. moga bila dalam kita bergembira ingatlah insan yang dah tiada ...


Persiapan raya kali ni tidaklah terlalu ghairah, serba serbi sederhana ... baju dah siap (suka² tetiba eh² baju pink, eh² yang ni pun ada bunga pink ... eh² ada peplum) hahaha.. hambikkk... hubby janganlah muncung eh .. nak buat camner... kenelah pasrah isteri ni jiwa muda walaupun dah 3 series .... supriseeeee.... tunggu gambar raya nanti yer... gambar sahaja di warnakan begitu kikikikiki .. ;p


3 pasang, 1 hubby belikan, 1 beli kain dengan kawan² opis kongsi² dan tempah, peplum beli dah siap ... bila amik gambar eh² semua pun ada unsur² warna lebih kurang kikikikiki .. tak rancang pun ...



Amir memang keperluan dia lebih utama, walaupun dia belum mula berpuasa lagi baju memang beli banyaklah lebih 4 helai ... semua pun t-shirt, kemeja dia tak suka .. baju berkolar ada 2 itu pun beli awal² hari tu .. kat klang prade... seluar sedia ada dah ada 2 pasang, baru belikan satu jer.. baju tidur .. 3 pasang semua pun dia pilih madagasca3, pororo dan baju tidur lengan pendek satu... (sakan².. mentang² anak baru sorangkan) .. yang sebenarnya dah jarang belikan amir baju ... selagi muat dan baju kegemaran dia.. dia suka pakai baju yang sama berulang²... cuma tinggal nak belikan dia selipar jer.. kasut dia kurang sikit.. x taulah kot kang dia pilih kasut pulak... jangan nanti menangis-nangis xnak pakai kasut sudah.


Sudah rasmikan baju pororo masa pergi tengok baby hari jumaat hari tu ... sekali berbuka puasa dengan kawan² ibu ...



Keadaan dalam rumah adalah jugak yang bertambah, adalah jugak yang berubah .. cuma langsir .. langsir tahun lepas sebab baru beli tahun lepaskan, tak kan nak tukar setiap tahun pingsan wehhh .... itu pun hubby yang pasangkan kuasa.. nak panjat tinggi² ... perabot??? hik hik hik ... ada berubah jugak .. nak tahu datanglah rumah .. kosa haihh nak tunjuk kat sini .. poyoo jer.... tapi yang paling teruja .. setiap tahun wajib tukar cadar hahahahaha ... senggal, mesti nak beli yang baru .. ntah habit .. tak kisah warna mesti ada unsur hijau sebab itu jer yang sesuai dengan car bilik .. kecuali tahun lepas saja tukar pada warna maroonnnn.... 


Wing .. wing ... tukar cadar jer pun, tilam tak mampu nak tukar .... mahal kemain vono .. emmmm bilalh dapat beli tilam baru .... opsss jangan tenung lelebih kang nak balik awal.



Kereta??? alahamdulillah dah renew roadtax, dah servis ... haruslahkan ... sebab tak pasti lagi jadual perayaan kami ni nak balik johor ke tidak, balik perak ke tidak ... jangan² bapak mertua ajak pergi pahang pulak hahahahaha ... kan .. baik sesiap servis ... tukar 'timing belt' jugak .. betul ngejanya tu .. ntah .. bising sangat kereta tu kalau kita tekan break nak berhenti .. nyaring wehh.. tu tukar ... semua pun bayaran servis hubby setel .. kita part renew roadtax .. sampai mimpi² ishh .. lah... takmmoo hinggat dah pasal mimpi tu.


Dapa sampul duit raya daripada pronton ... terbaikkkkk ...


Oklahh ... banyak lagi nak cerita, dah lengguh pulak nak menaip .. kongsikan itu jerlah cukup .. korang pun mesti penat bacakan ... bye .. tulun... tulun .. nak siapkan kerja, mood dah kelaut.



Bicara Hati : Semalam mak, adik beradikku, mak cik² datang rumah berbuka suprise ... uwarrr sebak kejap .. pandai mak berlakon kan.. kata tak dapat datang buka kat rumah tahun ni huhuhuhu ... ;p






Ahad, 4 Ogos 2013

Agar agar Santan Versi Hijau





Puasa ni macam biasalah mek sebelah, tak puasa pun dia bagi lauk pauk apatah lagi puasakan .. memang lagi meriahlah .. tapi menu² tu pun dah pernah tunjuk kat blog kan.. tak payah tunjuk lagilah .. kang kecur air liur...

Mek bagi agar² santan ni, ya allah memang masa mek bagi ni kebetulan rasa tekak ni macam nak makan sangat agar² macam ni .. mek terima kasih sangat² sebakk kejap.. camner citarasa saya mek boleh tahu ni huhuhuhuhuhu ....

Jangan tak tahu .. sepinggan mek bagi ni .. betul² tingal 2 ketul jer sampai ke sahur tak makan .. sebab dah kekenyangan kalau tak mahu saya habiskan.. (^____^)v

Hari ni mesti dah ramai balik kampungkan ... ke.. esok korang masih kerja (aku ler tu), hari ni ukur shopping kompleks kikikikiki ... ;p







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...