♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Sabtu, 31 Ogos 2013

Merdeka Di hati Kanak - Kanak




Merdeka .. Merdeka .... Merdeka ......

Semalam ada sambutan hari kemerdekaan kat tadika amir, suka betul dia .. asyiklah menyanyi² lagu sudirman dalam kereta .. dan mujurlah pagi tu dia ingatkan kene beli bendera.. kot dah sampai sekolah baru ingat .. memang ibu bagi sedas lah kan.. kat peha tu .. asyik ingat main .. tak ingat pesanan cikgu.


Ni muka semangat ker?? muka tak suka di amik gambar ni kikikikikiki ... sorry auntie² mata kuyu pulak.



Semoga negara kita aman dan damai.. hargailah mereka yang bersusah payah memerdekakan negara masa dulu .. takut rasanya meliha negara lain berperang .. bercelaru ... moga negara kita sentiasa aman damai....

Sekarang susah nak dengar lagu merdeka yang menusuk hati .. rasanya kalau saya dengar lagu merdeka cuma ada 3 jer.. yang melekat dihati dan jiwa ini.. tanggal 31, warisan dan bahtera merdeka .. berkali² dengar pun masih menusuk hati .. tau ... berbanding lagu² baru sempena merdeka.



Bicara Hati : Tuan tanah bz penuhi jemputan .. selamat bercuti semua.. entry autopublish sahaja....





 

Kelebihan Dan Khasiat Serai



Serai kerap di gunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak wangi namun tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita?


Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian.


Mari lihat 10 manfaat serai untuk kesihatan. 


Memutihkan gigi
Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.


Mengatasi masalah perut
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.


Serai sebagai 'Pain Killer'
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.


Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.


Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang.


Ajen pencegah kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.



Bicara Hati : Serai wajib masukkan dalam masakkan saya tak kira sup, tom yam, ayam masak kicap pun saya letak kadang ....





Jumaat, 30 Ogos 2013

Resepi Sos Carbonara Sedap Dan Mudah


Sorry pada kawan² yang tertunggu²kan entry ni .. yang sedang menantikan entry ni ... roti bakar mentega bersama sos carbonara yang sangat sedappp hahahahaa ... perasan .. pingsan kejap, tajukkk tak nak kalah ....

Sebenarnya bila dah publish gambar tu baru termalu pulak nak kongsikan resepi ni, tapi kalau malu kesian lah pulak pada yang teringin nak mencuba... sebab cara buat sos yang saya buat ni simple dan mudah dengan erti kata lain mudah, murah dan sedapp sebab bajet pun tak sampai RM 10.00 kalau di kira² tau ... lagi² kalau korang pakai sup cambells cendawan yang dalam peket tu ... yang dalam kotak tu lah.. dalam tu ada 3 paket selalunya.

Okkk.. jom kita tengok bahan² yang digunakan serta cara memasaknya.....


Bahan² :-

Sos Prego
Sos Campbells Ayam
Cendawan butang dalam tin
Serbuk Lada Hitam / Lada hitam Tumbuk Kasa pun boleh.


 Bahan² penting ... Sos Prego Carbonara (kalau nak jimat beli yang dalam tin selalunya RM 3.90 dan sos campbells ayam (kalau nak perisa lain boleh boleh ikut suka) (kalau nak jimat tak buat banyak beli dalam peket)


okkk sediakan periuk masukkan air dalam satu cawan kemudian masukkan ½ tin sos campbells .. panaskan sampai mendidih kemudian baru masukkan sos carbonara pregoo pulak dalam 3 sudu besar.





Cendawan dalam tin yang saya dah rendamkan dengan air panas dan dihiris ... selepas step yang kat atas .. bila dah masukkan sos prego .. barulah masukkan cendawan .. dan tunggu sampai mendidih dengan api perlahan ... masukkan 1 sudu besar serbuk lada hitam, tapi saya gunakan lada hitam yang dah tumbukk lagi umpphhhh .... saya agak² ikut kepedasan yang saya nak ... dah agak² mendidih lama .. barulah matikan api .. senang jerkan .. seyes saya tak masukkan gula atau garam sebab rasanya semua dah cukup lengkap herba dalam tu. Sos campbells tu dia dah masin.



Tara inilah hasilnya .... nampak sos tu macam cairkan.. tapi sebenarnya likat melekat okkk .. nyum².. sedapppppp di makan dengan roti prancis yang dibakar dengan mentega bawang putih .. tapi sebab takda kat rumah .. makan dengan roti bakar dengan mentega pun sedapppppppp (^___^) Sos ni boleh guna untuk dimakan dengan spagetti jugak. Selamat mencuba ... 





Bicara Hati : Penuhnya jemputan hujung minggu ni huhuhuhu .. bermula dari malam ini sampai esok, esok malam, ahad ... fuhhh pening² nak bahagi² ... ahad tu pulak jiran depan rumah .. bebetul depan rumah buat open house.







Majlis Kesyukuran Dan AQIQAH Rizqi



Alhamdulillah Muhammad Azfar Rizqi dah masuk 3 bulan, bulan depan dah 4 bulan dah tembam ni .... rizqi anak buah saya merangkap anak adik saya .. jangan korang komen ucap tahniah baby dah besar kat saya sudah.. selamat berpantang ke.. kat saya pulak ... ni anak buah yer.... kikikikikiki ..
Sabtu baru ni buat majlis aqiqah dan kesyukuran sikit untuk rizqi .. kali ni majlis kat rumah mertua adik.. kat kelanang, jemputan pun banyak sedara mara sebelah suami adik .. sebab sebelah saya mejoriti tak dapat datang .. adalah sikit jer...



Matangkan muka dia .. kalau orang cakap 5 bulan pun percaya 3 bulan ni berat dia dah 6.3kg perrrggggghhh memang tak laratlah mak long nak dukung.



Majlis berlangsung dengan riang gembira, alhamdulillah dipermudahkan .. menu semuanya katering.... kat kawasan rumah adik ni takda nak merewang² macam kat kampung rumah saya tu .. sebab adik ipar dok kat tamankan... tapi terasa jugak kemeriahan dengan kehadiran merhaban dan tetamu. menu nasi, kari daging, sup tulang daging dan banyak lagilah ... hihihihihi .. gambar takda sebab mod nak makan membuak².. takda mood nak amik gambar hahahahaha ... ;p



Saya sempat buat jeli kelapa jer.. dah jemu warna putih .. kali ni saja buat warna hijau pulak.. kelapa di import daripada kampung hihihihihi ...




Kami sempat bergambar buat kenangan .. jadilah dari takda kan .. tak bersedia lagi ni .. nasib baiklah amir bagi kerjasama .. kat sana asyiklah melayankan tab adik ipar .. sampai anak akak sepupu datang barulah dia nak main .. dah macam anti sosial pulak .. sebenarnya dia bukan anti sosial .. dia pemalu sikit nak berkawan . kalau tak kenal orang.




Majlis merhaban mula 10.30 pagi, kalau ikutkan patutnya saya pergi dengan abah sekali .. dah kereta abah tetiba bocor kat rumah saya .. jadinya sayalah bawak kereta saya .. hubby kerja sabtu tu .. ada sekolah ganti. Takut jugak tau .. mujurlah selawat bebanyak okk jer drive.. saya tak pernah drive tanpa hubby ... ni kira kali pertamalah saya bawak mak, abah, buyut dan amir pergi kenduri tau .. tanpa hubby ...

Masa merhaban tu kemain kuat rizqi menangis .. terkeju agaknya nak kene cukur rambut dia ... huhuhuhuhu .. cian dia .. terkejut tengah lena tidur pun iyer jugak.




Bicara Hati : Dah 2 orang cucu lelaki mak .. hihihihihi .... 




Khamis, 29 Ogos 2013

Suprise Pagi Hari - Selamat Hari Lahir Hubby & Ayah Amir


Jarang² berlaku ada suprise pagi hari, sebab pagi hari selalunya kelang kelibut nak pergi kerja hahahahahaa ..... sarapan kalau goreng nugget, bakar roti pun masuk plastik .. jer .. makan dalam kereta hihihihihi .. sempat minum air kat rumah pun dah cukup baik.

Saja tahun ni buat kelainan sikit suprise pagi hari .. yang tak berapa nak suprise .. sebab amir nak dah terbocorkan rahsia huhuhuhu ... raikan bestday hubby pagi tadi ... potong kek jer pun .. sebab malam ni hubby ada bacaan yassin kat sekolah .. mujurlah hubby bagi tahukan .. jadi tu yang kene potong kek pepagi ni .. padahal hubby tak tahu pun nak potong kek bila .. tapi dia nampaklah saya tengah buat kek .. tak banyak tanya pun ... gigih ibu buat tau .. dan menunaikan hajat amir yang nak makan kek coklat .. siap topping ganache lagi tau .. munga².. bagaikan hati yang sedang berbunga.


Selamat Hari Lahir Hubby .. semoga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki ... Terima kasih untuk semua²nya dan terima saya seadanya ... moga berkekalan begini hendaknya dalam kehidupan kita .. sentiasa sederhana .... dalam segala segi. Dan terima kasih bagi hadiah.. hahahaa.. confuse jap besday sapa ni .. saya pulak yang dapat hadiah .. apapun tq suka sama² ada gadjet sama eh, macam sedondon.... tapi besar sangat .. ibu malu nak guna nak call orang tau .....saya sayangkan nokia c3 yang sebelum ni .. hubby jugak yang hadiahkan. (sendiri nak membeli tidaklah)

Oklah jomlah layan gambar².. kami raikan 3 beranak sahaja ..... jadilahkan sebagai kenangan meraikan bersama yang tersayang.. jadinya simbolik - misi malam tadi tu saya buat kek coklat ni lah, tu adunan baru pukul telur dengan gula hihihihihi .... tu nampak macam nak buat roti jala.



Kek cokla jer pun hihihihihi ... kek lain tak reti nak buat, sebab mixer xdekan.. hentak² kaki .. bilalh dapat beli mixer ni glupppp... nak buat kek karemel, nak buat kek red velvet haihhh.. berangan jerlah.




Tak berapa nak pandai sapu ganache tu .. dah menjejes .. nampak comot....




Selamat hari lahir ayah, tengoklah tu .. dia yang lebih teruja .. sanggup bangun awal pagi tau .. nak ayah potong kek pagi ni jugak.. siap bawak bekal nak bagi cikgu dia makan.


Okkkk habis dah suprise pagi tadi, saya tak sempat rasa lagi .. ntah apalah rasa kek tu .. hubby siap bawak ke sekolah, amir pun .. saya masih puasa lagi .. harap² sedapplah .. hubby kata ok .. tak manis sangat, pertama kali buat dengan resepi ni ... sebab nampak mudah saya cubalah .. ganache ni pun pertama kali buat .. alhamdulillah .. harap oklah..


Malam tadi pun sempatlah masak² sikit hihihihihi .. alang² nak berbukakan, masaklah sekali meraikan hubby .. tak special mana pun, hubby ajak keluar rasa macam .. emmm hujan² ni kosaaaa lah haihh nak keluar .. baik buka rumah, lepas buka solat .. boleh cuit² senggol² kat rumah .. lagi best. (^_____^)v


Menu berbuka merangkap meraikkan bestday hubby yang ke 37 tahun.
Kari ketam comel², sambal tempeh ikan bilis jawa, air logan cincau .......



Satay ayam eeemmm terbaikkkkk .. hubby beli banyak sampai pagi ni makan tak habis² kikikikiki ...



Oklah panjangnya entry kali ni yer... oklah tu .. entry specialkan .... bukan selalu pun .. harap korang pun doakan kebahagian kami dunia akhirat yer .. Amin.



Bicara Hati : Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan.






Simbolik - Misi Malam Tadi




Gigihnya seorang isteri, semangatnya seorang ibu .. menunaikan permintaan anak bujang .. hihihihi .. bagi intro dulu lah yer.. spontan khamis ni .. nanti sambung balik ..... 

Korang rasa saya buat apa?? hihihihi .. kalau rajin tekalah .. takda hadiah pun ...



Bicara Hati : Sejuknya pagi ni, mood hujan malam tadi sampai ke pagi ni di dalam opis.









Rabu, 28 Ogos 2013

Roti Bakar Dan Sos Carbonara





Sesekali layan sedapp tau .. baik makan masa sarapan pagi, minum petang atau makan malam .. bila malassss nak memasak hihihihihihi ...

Simple janji kenyang dan tekak boleh layan.

Cara nak buat pun senang jer .... esok saya kongsikan yer...



Senyum Sahaja







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...