♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 19 Mac 2014

Selamat Pengantin Baru Sepupuku


Hujung minggu baru hebohhh dok takda air, dengan jerebunya yang tak berapa nak hilang ... tetiba takdir allah petang sabtu tu hujan lebat .. ributtttt tau kat area selangor ni.. termasuklah kat rumah sepupu saya yang buat majlis kawin.. dengan jemputan yang tengah ramai kat khemah.. memang memasing lintang pukanglah larikkkkk ....

Sepupu saya ni kira belah abahlah.. adik beradik dengan abah satu mak satu bapak, almaklumlah abah ada adik beradik tiri jugak... dan ni kali pertama sepupu kawin.. kira anak sulung mak cik saya ... terasalah kemeriahannya sikit sebab sedara mara abah semua daripada perak datang ... tak cukup kaki tangan kooo nak buat kerja nasib baiklah mak cik upah orang ala² water mengemas huhuhuhu .. kat kampungkan ... rewang hanya untuk masak² sahaja .. bab kemas² kat khemah mak cik upahkan orang.. kami?? sepupu² ni tolong apa yang patut jer ... saya bab makan² kat meja pengantin kikikiki .. mujur tak perlu berhias bagai, lepas masak .. masuk pinggan sahaja dan balut plastik.



Tahniah sepupu hihihihi .. yang lelaki tu sepupu saya, bila kenduri baru ni semua kata muka amir macam sepupu saya kecik² tak tahulah tang mana samanya.. tang muka bulatt tu kot hihihihi ... kemain merah menyala² baju pengantin.




Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, dan yang penting doakan moga jodoh mereka berkekalan di dunia dan akhirat ... amin .... 


Kami sekeluarga yang tak sengaja tersama tema huhuhuhu .. lupa nak tanya tema pengantin, bawak je baju yang ada.. tak sangkalah pulak sama tema dengan baju kami 3 beranak, gambar² amir tak sempat snap pun.. kalau ada pun gambar dengan pengantin kat kamera pengantin huhuhuhuhu .... jadi tak dapatlah nak abadikan kat sini.

Sila abaikan tuan tanah yang tak sedar diri tu.. kemain lagi dagu dah berlapis² ish .. ishhh.. ishhh..... saja nak tayang shawl tu.. omeyy tak.. omeyyy tak... pestime buat shawl sendiri .. glitter² lagi tau.. >____< ada orang kata nak tempah .. malunya.. saya mak budak baru belajar ;p




Bicara Hati : Rumah mak tinggal 2 bujang jer, tak tahulah bila zamannya adik² saya tu nak nikah ... ada sesapa nak isi borang?? hahaha.. meh sini meh.. 





















Ole-ole Beli Di Petrosains

  


Sebab hari ni ww, meh nak tayang ole² sikit hihihihihi ... nanti kita cerita lagi panjang yer... 





FM Petrosains dan Baju Warna Ceria 















Isnin, 17 Mac 2014

Tiada istilah cuti untuk diri sendiri



Alhamdulillahhhhhhhh hujan membasahi bumi selangor, jerebu dihari jumaat ..... Hari ini dan semalam hujan sudah.... Tak pastilah hujan semulajadi atau hujan pembentukkan awann... Yang pasti jerebu hilang yahooooooo.....

Kunun2 cuti hari ni nak selesaikanlah apa yang patut... Ermmmm ... Memang kita merancang allah jua yang menentukan.... Jadi ikut je lahhhh kalau dah itu ketentuannya, lain yang dirancang lain yang jadi kikikikiki...... yang pasti amir hari ni kesekolah macam biasa... Seronok betul dia ibu hantar ke tadika... Siap cakap kalau ibu hantar selalu kan best hihihihihi....

Hujung minggu sibuk kenduri kawin adik sepupu .... Tadi kerumah mertua dapat perkabaran bapak mertua tak sihat.... Ya allah dugaan kami agaknya ada hikmah juga ibu cuti... Hari ni, esok amir ikut ayah pergi rombangan sekolah.... Harap hari rabu bapak mertua dah sihat bolehlah hantar amir macam biasa.... Doakan yer moga bapak mertua saya cepat sembuh.

Oklah... Cuti kerja jer, tapi blog tak bercuti hihihihihi..... Dah malam baru sempat buka bw kengkawan..... Moh layan gambar anak bujang saya yang kepenatan.




Esokkkkk????? Pastinya kerja mengunung sedang menanti sob .... Sob ... Sob cpu masuk hospital, kalau boleh mahu je cuti huhuhuhuhu.... Harap dah setellah kalau tak memang esok buat file lagilah jawabnya.





















Jumaat, 14 Mac 2014

Sesak Nafas Dibuatnya Bila IPU Tinggi Sangat



Kebizian melanda diri, pagi² cpu buat hal kat opis, memang nak kena hantar hospital lagilah jawabnya ... sudahlah ipu kat luar tinggi mendadak² .. nak pergi opis pagi ni memang teruk sangat² jerebu tau .. itu pun petang semalam ada orang bakar sampah.. haruu betullah.. kalau iye pun rajin sangat.. janganlah waktu² macam ni... tolonggg lah yer ...

Sekolah hubby dah tentu² cuti, amir pun cuti .. ibu amir?? ibu amir kerja.. huhuhuhu .... kalau ikutkan hati memang mau jugak cuti el tetiba malam tadi sakit belakang ... tapi bila hubby kata nak hantar oklah.. lagipun isnin nanti dah cuti.



Rujuk sini untk maklumat yang lebih lengkap bagi kawasan lain

Sekitar pemandangan pagi tadi.. sempatlah snap masa nak pergi kerja.. kalau ikutkan tak nampak jalan dah jerebunya.. tapi dalam gambar ni ... macam masih terangkan .. kalau korang bebtul kat area pelabuhan klang ni memang tak nampak apa.. nampak putihhh jer... sebab tu lah sekolah cuti.. tahap jerebu memang membimbangkan dengan ipunya cecah 300 .. sesak nafas, bau asap jangan cakaplah... dengan mata macam berdebu.. asyik nak gosok jer... memang bertutup mask je hidung ni kalau keluar.





Sebab amir tak ke sekolah, awal² pagi saya dah pesan.. jangan main kat luar.. duduk je dalam rumah... (dalam rumah pun jerebu masuk) kalau pening baring tidur ... saya bukan apa.. risau je dia.. baru nak sihatkan... dengan cuaca macam ni.. kalau tak pesan awal².. takut dia sukati jer.. takmoo dengar embah dia cakap.. lagi² anak² akak sepupu mak jaga.. mestilah tak sekolah... main je lah nanti....




Sempat snap petang semalam .. pakai mask nak pergi keluar kejap... dengan gaya rambut baru potong, kemain takut dia saya kata nak botakkan.. cepat² dia ajak ayah dia pergi gunting rambut kikikikiki .. baru saikoo sikit... itulah .. ada je akal, takmoo dengar cakap ibu .. bila ibu kata nak botakkan rambut tau.. takut.. takut kawan ejeklah tu >____<



Buat kawan² yang mengalami masalah jerebu ni, sama² lah kita berdoa moga cepatlah semuanya kembali seperti sedia kala.. ya allah moga kita di lindungi daripada anasir jahat .... moga kita semua diberi kesihatan yang baik... moga semua² yang berlaku sejak² akhir² ni punya hikmah tersendiri ....




Bicara Hati : Dengar kabar tiang hotel concord shah alam yang tengah renovate runtuh jatuh... ya allah .. macam² berlaku sejak akhir² ini.








Khamis, 13 Mac 2014

Mana Nak Order Quilling Art Yang Cantik









Simple tapi sangat² cantik dan kreatif .. itulah yang boleh ku gambarkan, aku?? nak buat .. ermmmm alamatnya terseliuhlah jari tangan nak ku quill kikikikiki .... ;p




Alasan² ... nak menjahit pun tak terjahit²... apatah lagi potong kain, ntah tak tahu mana hilangnya skill tu semua .. sejak asyik pegang kalkulator kot ... tu yang tetiba minat ni hilang ... hilang gitu jer ...... bukan tak minat, tapi tak di mulakan .. lepas tu pulak ... sibuk .. sibuk .. sibuk ... sudahnya .. langsung tak menjadi. Bila nak mulakan balik .. takda pulak yang nak bagi semangat .... tu kelauttt jer ... ehem.. ehem.. tapi baru ni dah potong kain buat shawl hik hik hik ... nanti story mory lain kali eh.




Cantikkan corak bunga ni, ni kawan saya buat .. dulu dia satu opis sekarang dah kerja tempat lain ... jujurnya saya minat sangat² quilling² macam ni ... sebab tu lah saya order super duper FM Comel² khas buat pembaca blog saya ... pada yang dah dapat tu tahniah yer... pada yang belum dapat lagi.. insyaallah adalah rezeki tu.. saya tempah khas memang untuk 2014 sahaja.











Alhamdulillah ini yang saya tempah .. khas untuk pembaca blog saya (cam ramai no yang baca blog suam² neslo ni), tapi saya order daripada rakan alam maya .... sebab rakan alam nyata saya tu bizi huhuhuhu .... takmoo layan ... cantik tak?? cantik tak???? ni semua khassss untuk pembaca blog saya.. sepanjang 2014 saya akan berikan.. setakat ni dah bagi 3 orang ... 




Mana saya order quilling fm yang cantik² ni?? hah!! korang mesti teruja kalau tengok blog art dia.. super duper cantik².. korang request lah nak macam mana pun.. mesti di layan punya .. tapi harga berbaloi²lah dengan apa yang korang nak kan.... tuan yang yang tangan kreatif punya 3 askar ni ialah cha si hijau cantik atau pun blog art dia orencantik.blogspot.com












Rabu, 12 Mac 2014

2ND BIRTHDAY BLOG CAHAYA HIDUPKU



Sebagai tanda sokongan saya nak join.. saya nak join.. macam best jer, macam menarik jer.... jomlah ramai² memeriahkan blog yatie ni .. yang rajin komen kat blog saya hihihihihi (^_____^)v


Kalau berminat klik pada bena yer .. jom lah join memeriahkan... sebelum tamat tempoh
5 Mac sehingga 12 Mac 2014

Saya taq 3 orang blogger ni dan semuaaaaaaa yang membaca entry ni hahahaha  :

Nad mamaZN
Cha Hijau Cantik
Fasya mama tembun qisya 


Nak tahu hadiah apa klik sini.. hadiah² menarik yang bakal dimenangi....



fuhhh yang lama dan jarang dah join GA 























 

5 Hari Berlalu Masih Tiada Perkembangan Terkini MH370

























Selasa, 11 Mac 2014

Amir Dah Dapat Baju Sukan



Secara rasminya semalam dah dapat baju sukan tadika kemas ni, dan secara rasminya hari ni dia pun pakai baju sukan secara rasminya ke tadika. Jadi tidaklah ibu kena bertabah asyik menjawab soalan² amir bila nak dapat baju sukan ni .. bila nak pakai baju sukan ni... hihihihihi ...

Punya semangat semalam dapat terus tunjuk kat ibu siap cakap, ibu .. cikgu pesan.. jahit nama kat baju .. ala ... nanti ibu jahit eh, jarum dengan benang kat rumah ... ibu malas nak cari jarum dengan benang nenek.


Sempat snap gambar amir tengah leka sarapan pagi tadi ... menyala² dan menyerlang sungguh warna bajunya merah kuning ... korang jangan tak tau baju amir tu size xxl hihihihihi .. kemain besarkan... tapi amir pakai ngam².. rasanya special order ni .. khasss untuk amir.. saya siap menyakat.. patutlah amir dapat baju lambat .. amir punya size special ... amir kata .. mana ada.. semua orang pun baru dapatlah ibu .. cikgu pesan jangan pakai baju lama (merujuk kawan² yang pernah tadika disitu tahun lepas) dan jangan pakai baju putih lagi (yang amir selalu pakai lah tu)





Muka budak merajuk pagi tadi .. nak pergi tadika nak ibu hantar, tapi bila ibu cakap.. tak boleh kena pergi dengan atukk.. dia buat muka .. sabar je lah.. walhal setiap hari pun atuk hantar hihihihi ... memang macam u lah dia ada jer ragamnya.. puji kata baju cantik tak elok merajuk pun tak jalan .. muncung kemain panjang hihihihihi ....

























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...