Patutnya entry ni saya publish pada 01 Oktober hari tu .. atas sebab² tertentu ... tak sempat nak publish kikikikiki ... bizi lah kunun.. kunun kan... tak sempat nak mengarang.
Alhamdulillah rasa bersyukur sangat² bila dikurniakan ahli keluarga yang ramai baik sebelah mak mahu pun sebelah abah .. walaupun hakikat sebenarnya adik beradik mak seibu sebapa cuma 3 orang .. begitu jugak abah yang seibu sebapa pun 3 orang sahaja. Tapi mak dengan abah punya adik beradik tiri yang sangat² baik dan erat.. sampaikan.. rasa kadang² tak macam adik beradik tiri pun hihihihi....
Inilah satu² adik mak yang tinggal seibu sebapa .... ni gambar raya hari tu ... eh² tak nampak mak macam kakak pun.. macam sebaya hihihihihi ..;p mak ada 3 beradik .. mak nombor 2.. akak mak meninggaldunia 5 tahun yang lepas .. masalah kesihatan .. al-fatihah buat arwah moga rohnya tenang disana.
Selamat hari lahir buat adik mak saya .. kami panggil bik atin hihihihihihi ... semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki ... diberi kesihatan yang baik.. dan cepat² dapat menantu.. untung² jadi nenek awal boleh main dengan cucu (^___^)v
Gambar kredit fb adik sepupu hihihihihi ...
Bicara Hati : Baru seminggu tak balik kampung dah rasa macam lama .... tak tahulah minggu ni dapat balik tak. huhuhuhuhu ...;p