♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Amir Patah Gigi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amir Patah Gigi. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Oktober 2014

Gigi Terkorban Sebelum Raya Korban



Assalamualaikummmm ... waaaa.. macam nak menangis di buatnya, tinggalkan opis hampir 2 minggu banyak kerja tertunggak, itu pun pagi² sebelum pergi kursus salunya masuk opis jugak .. iyalah agaknya dengar lama sangat kursus .. adalah kerja yang dia orang tak tinggalkan kat meja, dia orang tunggu aku datang baru bagi .. hambikkkk ko tak cukup meja nak letak .. pasrah sangat tau ... 

Ni kisah khamis semalam ... balik² jer daripada kursus amir bagi tau ibu gigi amir dah tercabut, iye ke camna boleh tercabut.. kan semalam goyang jer.. sakit tak?? cikgu cabutkan.. what??? cikgu cabutkan .. what???? cam nak tumbang ibu dia ni yang balik² kursus dengan penat drive tak hilang lagi .. dengar amir cakap camtu tau ...

Bila saya tanya napa cikgu cabutkan, biarlah gigi tu tercabut sendiri .. tak sakit ker?? cian amir mesti berdarah .. taklah ibu tak sakit pun.. takda darah.. cikgu kata dah goyang sangat elok cikgu cabut .. amirkan kuat pfttttttttt (iyelah tu .. ce ibu yang buat.. baru usik sikit dah kata jangannnnnnn)




Kali ni gigi sebelah kanan bawah pulak.. haihhh bilalh gigi yang atas tu nak tercabut agaknya .. dah goyang pun.. rupa gigi tu burokk nooo kalau amir senyum tau.




Tak puashati .. soh amikkan gamboo lagi .. soh wassup kat abang sepupu dia.. hamboi kemain semua orang nak dikabokannya yer...




Semalam mak mertua dah bagi tau petang semalam dah gerak untuk wukuf kat arafah .. dan akan bermalam di mina ... kami sekeluarga mendoakan semoga semuanya dipermudahkan kat sana .. baru ni mak mertua tak sihat demam katanya .. sebab cuaca panas sangat² .... moga mak dengan bapak mendapat haji yang mabrur... aminnnn .....

Salam aidiladha semua .. kami kali ni penuh agenda tau .. rumah mertua ada gotong royong nak betulkan bilik air, kat rumah buyut pulak ada kenduri arwah .. pandai²lah kami suami isteri bahagikan masa huhuhuhu ... yang pasti aku kena pergi rumah buyut.





Bicara Hati : Yang rasa nak pitam, tetiba dapat surat kena kursus kat perlis ... adehhh .... kan baru je tinggalkan opis 2 minggu .. kalau pergi lagi 3 hari 2 malam .. mau ada yang meroyan .. bos bagilah orang lain pergi     >_____<










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...