Apa yang korang pikirkan bila ada orang sebut 'bendang' kalau nak tahu lebih lanjut google eh.. tapi bendang ni lebih kurang sawah padi gitu... bila mertua ajak beraya ke sekincan salunya kami akan ke darat, macam pelikkan ... nak beraya kat bendang lepas tu panggil darat.. aku?? lagilah confuse nak menerangkan... bukan ke bendang tu dah tentu sawah padi.. dah tentulah berair .. dah kenapa panggil darat.... tapi salunya orang sekincan, kuala selangor, sabak bernam semua tahulah panggilan ni... orang² dulu² yang bagi gelaran macam ni.
Dua hari berturut² kami ke hala ke sungai besar sana raya ketiga dan keempat, mujurlah gerak raya ketiga.. jadinya dah kuranglah jem ... raya ketiga aku join mertua dengan ipar duai dan biras².. macam biasalah 4 kereta kena gerak. Tahun ni kan tak beraya luar negeri selangor.. jadinya semua pakat dok pulun raya sama² kat sini.. abang ipar yang sulong je tak dapat join dah kena kerja.. yang lain adik beradik hubby semua ikut, ni gambar kat rumah sedara hubby.. korang jangan tak tau bumbung rumah dia siap ada warna bendera malaysia tau.. dengan tulisan merdeka bawahnya.. ala gambar kat tab takda.. jadi tak bolehlah nak kongsikan.
Dapatlah 7 rumah kot kami pergi .. alhamdulillah sempat maghrib kat rumah akak ipar.. lepas tu memasing balik buat haluan sendiri.... penat jangan cakaplah .. esoknya sambung lagi pergi dengan mak abah pulak.
Sempat lagi possing dekat belakang rumah embah buyut amir, sekarang dah musim menuai.. jadi takdalah gambar² sawah padi.. yang ada hanya lapang jer... angin jangan cakaplah... kuat kemahin.. syoknya.... lepas makan tengahari sempatlah kami possing² anak beranak semua.
Dulu masa kecik² adalah jugak kami akan tidur rumah embah, tapi sejak dah besar² ni jarang sekali.. abah pun lagi selesa balik hari cuma kami akan lama sikitlah duduk rumah embah bagi puas² borak, sebab jarang jumpakan... kalau ada kesempatan memang kami akan balik rumah embah salunya... dan bawak bekal siap² makan kat tepi rumah embah dengan angin yang bertiup .. bestnya...
Ni masa raya keempat dengan mak abah dan adik beradik aku pulak, Kami gerak 3 kereta jer aku, adik dengan sepupu² .. meriahlah kejap dekat rumah embah tu... amir dengan iqy jer budak² yang adanya pun... sebab sepupu baru lagi kawin jadi belum ada baby... adalah pergi 4 rumah tapi rumah embah paling lama lepak hihihi ...
Jumaat kami rehat kejap, bagi relaks perut, relakskan otot².. itu pun sebab ada orang nak datang rumah mertua, tak rehat mana pun.. masak² kat rumah mertua pulak... berkumpul lagi dengan adik beradik hubby kikikiki .. itulah jadual padat kami ... rumah tu dah macam persinggahan untuk tidur jer.. lebih aktiviti kat luar rumah hahahaha ... kejap rumah mak, kejap rumah mertua.. tapi dah duduk dekat ni takdalah berkisah sangat.
Hari sabtu terakhir sebelum isnin kerja, sempatlah beraya kat KL pulak hihihi.. tak KL mana pun kami ke cheras, damansara dan shah alam.. bawak mak dengan abah.. pergi 3 kereta jugak aku, adik dan sepupu.. pergi beraya rumah adik beradik embah aku, kami siap² beli lemang makan kat sana... hihihihi .. itu biasa bila kami beraya rumah orang tua... lepas tu makan sama².. dah siap kemas.. borak².. barulah balik.. pfftttt ahad berehat kat rumah.... kunun jelah nak berehat .. tapi kawan baik masa sekolah nak datang rumah baru katanya... lepas tu kami beraya jugak kikikiki .. takda maknanya nak berehat, amirlah untung sakan penuh sampul duit raya hihihihihi ....
Bicara Hati : Tak pernah merasa kemeriahan beraya negeri orang lain, tapi rasa bersyukur sangat².. allah pertemukan dengan jodoh satu negeri satu kampung .. alhamdulillah sentiasa sepakat kemana hala nak beraya, bijak² kami sendirilah nak urus masa nak pergi beraya bersama keluarga... moga berkekalan hingga akhir hayat. Amin.