♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Bertafakur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bertafakur. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Ogos 2014

Istilah Bertafakur


Assalamualaikum .... istilah bertafakur muhasabah diri, berdoa, berdiam diri seketika dan menghormati yang telah pergi. Bermula daripada pagi tadi terasa sayuuuu sangat² dihati .. sehinggalah entry ini ku karang dan beberapa kali ku taip ku padam .... ku taip ku padam dengan iringan air mata. Sungguh kepulangan jenazah mh17 walaupun tiada sedara mara yang terlibat tapi terasa kesedihannya dihati ... apatah lagi ahli keluarga sendiri yang meratapi pemergian mereka dengan cara begitu.

Satu yang aku belajar daripada apa yang berlaku ... maut tidak kira di mana pun kita berada, berapa pun usia kita ... sejauh mana kita mengelak.. semuanya allah dah tentukan ... jadi hargailah insan² yang masih berada di sekeliling kita.

Rancangan tv pun banyak mengaji, radio² kedengaran lagu² kerohanian.. terasa sangat ketenangannya di situ ... cuaca mendung di kawasan klang ni... 

Kat opis ni kami rata² pakai warna hitam memang berkabung, kami sama² menonton live di tv3, mula² rasa okey.. lama² air mata mula mengalir .. dah sorang² tanpa sedar kesat air mata yang mengalir ... kat fb, kat blog pun rata² update perkembangan terkini ... antara gambar² yang menyentuh hati penerimaan ahli keluarga kepulangan mereka ... dan kereta² yang berhenti di tepi jalan yang menghormati serta bertafakur seketika .... 

Moga roh mereka semua tenang bersemadi di sana ... al-fatihah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...