♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Cinta Pertama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta Pertama. Papar semua catatan

Khamis, 3 April 2014

Cinta Pertama Sukar Di Lupakan



Ramai kata cinta pandang pertama sukar dilupakan, cinta pertama itu umpama nyawa .. maklumlah itulah bermulanya detik dan bibit² mengenal erti cinta betul tak??? betul tak??? masa ni barulah tahu istilah rindu ... terngiang² apa yang diperkatakan.


Amir?? yups amir... cintanya pada sekolah lamanya memang sukar dilupakan... dah macam cinta pertamalah kiranya, 3 bulan perkembangan disekolah baru ni .. mulutnya masih tak lepas mengukapkan.. ibu ... ibu ingat tak kawan amir nama dia rahman ... ibu ingat tak torek... habis semua nama kawan² disekolah lama akan disebut. Bulan pertama di sekolah baru.. hampir setiap hari dia protes.. ada jer yang tak kena .. ada jer yang di adukan di telinga ini .. sampailah saya dapat tahu dia dilantik menjadi ketua kelas .. yupsss.. ketua .. korang bayangkan sikap dia yang manja tu .. tetiba kena jadi ketua... nak suruh kawan buat itu ini .. jangan bising, jangan gaduh.. sedangkan hatinya juga melonjak² mahu buat perkara yang sama.




Anak yang manja, yang suka makan nasi goreng ayam dan yee mee sizzling kalau makan kat luar ...



Orang kata cinta pertama memang sukar dilupakan.. sekarang saya percaya, cinta amir pada tadika lamanya.. pada kawan² lamanya.. suasana di sekolah .. persekitaran seharian di sekolah memang banyak membantu perkembangan dia.. itu aku tak nafikan... yupsss.. memang aku akui sangat²... hati dan jiwanya .. kerana kat situlah dia mula bijak bersosial, kat situlah dia mula kenal erti tidur berkelompok.. berkongsi permainan dan buku² bacaan, kat situlah dia tahu batas² aurat.. lelaki dan perempuan tidak boleh idur bersama (dan selalu dia pertikai kenapa ayah boleh tidur sebelah ibu)

Lepas cuti sekolah ni dah jarang dengar amir merungut atau mengadu tak suka kesekolah... sebab amir bagi tahu sekarang pagi² ada belajar baca doa solat dhuha, baca nama² allah ... pakai baju sukan ada cara amik air sembahyang .... nanti cikgu bagi tahu nak belajar solat, sebenarnya itulah jiwa amir .. sebab setahun kat tadika lama dulu dia dah terbiasa pagi² ada baca zikir².. dia macam pelik bila kat tadika baru ni takda tu semua. Allahhuakbar ... terharu ibu dibuatnya .. walaupun kadangkala suuh solat ada je alasan ciptaan nak melambat²kannya.

Satu je harapan ibu, ibu buat yang terbaik buat amir ... ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak ibu .. moga suatu hari nanti menjadi insan yang berguna.

Mesti ada yang ingat saya nak kongsikan cinta pertama saya .. ishh.. issshhhh .. kisah lama jangan dikenang² kat blog ni bahaya .. bahaya .. cari nahas namanya .... cerita yang sekarang sahaja sudah baik (bajet kooo pernah bercinta ke dulu masya ooooiiii jeng .. jeng.. jeng.... )



Bicara Hati : Hari ni meeting kat luar, yahoooo keluar opis ... lihatlah dunia luar..









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...