♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Dugaan Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dugaan Ramadhan. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Julai 2014

Cabaran Ramadhan Hari Ke 5



Assalamualaikum..... pftttt memang cabaran sungguh, memang dugaan sungguh dibuatnya semalam .... grrrrrrrr .... ya allah sudahlah hari sebelum tu tetiba tab buat hal, semalam mood kat opis pun tak menentu hala .... gara² nak cepat gaji siap, nak bayar bonuskan .. gitulah ... sudahnya hari ni jugak tutup grrrr ... suka buat kerja orang kelang kelibut tau.

Itu baru opis, sekali petang sebelum balik sempatlah bukak fb pulak, erkkk dah kenapa sana sini meroyan ... jalan nak balik rumah jem teruk (jem teruk nak masuk kg saya) , hohohohoiiiiii jangan cari pasal ramadhan ni nak masak kat rumah, tak masak meriah mana pun .. simple² jer.. janji ada makanan ..... takmoo beli kat bazaarrrrr salu mengecewakan.




Ingatkan duduk kampung ni aman damailah boleh elakkan jem, takda maknanya korang tau .. kalah jem nak balik rumah lama tu .. rasanya bandar klang pun tak macam ni tau ... grrrr sesangat dalam kereta, mujur dah tau awal² baca kat fb (bagus jugak ada info macam ni) balik memang kul 5 terus berdesuppp, adik pun dah siap² balik sekolah terus tunggu kat opis ... senang terus balik ... tahun ni tak amik kul 4.30 salunya amik kunun boleh je balik kul 5 semapt.. errrkkk sekali jadi macam ni punya teruk pukul 6.50 petang baru sampai rumah apa halnya ..... huwaaaaaaaaaaaaa ... hentak² tangan kat streng tau. Ni pemandangan daripada atas jambatan, kami atas jambatan .. tu gambar yang kat bawah daripada laluan kesas... tak tahulah sampai mana... sampai kampung sebelah agaknya.







Memang berzikir je lah kat dalam kereta tu tau ... dan mujur jugaklah ada adik sekali .. ni gambar² semuanya dia yang tolong snapkan... sebab tab dah hidup yeahhhhh ..... hihihihi ... sebenarnya adik pun bohsan dalam kereta tu, yang aku ni dah ketaq lutut kanan kiri lori dok himpit .. adehhh.. korang tau tak ... naik jambatan nak turun jambatan tu jer dekat 1 jam hokey ... iyer satu jam .... itu gerammm tau .... dan kalau tahu punca jem ni lagi sakit jiwa dibuatnya..... memang sakit jiwa .. sabar je lah masya .. sabar yer ... memang rasa macam nak jerit² dekat bos ... bossssssss napa suruh dia orang ni pasang traffic light masuk kampung saya ni .. adehhhh naya kami nak balik rumah .. bukannya lagi menyenangkan tau.... lagi lambat balik rumah adalah... memang tak sempat masak semalam buka menu bazar 100% termasuklah air .. pasrah².







Kereta aku bebetul belakang lori ni .... korang nampak tak kanan kiri lori himpit tu.. hohohoii .. kalau tergesel memang naya betul tau ... ni bukan gambar saya amik, adik yang snap .. aku tengah fokus masa ni.. adik aku lagi kemahin fokus sana sini dia snap .. kalah wartawan metro. Dah menyumpah², berzikir² dan istigfar dalam kereta tu tau ... dibuatnya, kat fb lagi ramai yang menyumpah ... hahaha... siap sebelum balik ada yang marah² call opis, kawan aku ler kata .. hari ni baru tau .. elok pagi ni lampu isyarat tu tak menyala dah .. takut kot hamukan orang kampung jer ... 







Korang bayangkan 3 lorong dan menjadi satu lorong macam ni.. dan depan tu ada traffic light ... kat simpang 4 tu, menaya kami betul yang nak masuk ke kampung ni tau ... orang yang nak keluar tak jadi masalah... barulah nak lega selepas satu jam terkandas dalam jem, hubby sms pulak .. rumah blackout yang, what???? wahattt??? mujur sms tau .. kalau hubby call agaknya mau tertekan brek... terus bagi tau hubby beli jelah apa² kat baazar ... aku memang tak menyempatlah nak singgah mana ... kot singgah mau sampai rumah azan maghrib dah.



Petang tu sebab rumah dah gelap gelita, balik pulak dah penat².. memang tak jerang air pun .. mandi² kemas² makanan masukkan dalam pinggan ... terus bawak kerumah mertua... buka puasa kat rumah mertua dalam gelap kami berlilin .. gamboo takda.. kosa gelap² nak amik gambar kikikiki .... cabaran betul ramadhan semalam saya tau... gelihati pun ada dibuatnya .. hikmah jugak dapat buka rumah mertua.. nasib baiklah sebelah rumah jer ... tu hubby kata buka sana.. siap lauk pauk angkat dengan pinggan nak cari dulang tak nampak dah.

Dah pukul 9.30 malam baru ada letrik, amir dah ketiduran kat rumah mertua .. jenuh tangan omak eh ni .. kipas guna surat kabar tau... elektrik hidup hubby datang amik kita orang, sebab lepas buka dan solat lepak² memasing kepanasa duduk luar rumah .. aku dengan mak mertua kat dalam, amir dah ngantuk memula bising jugak dia kepanasan lepas tu .. kipaskan terus tidur.








Bicara Hati : Harap ramadhan kali ini membawa beribu keberkatan dalam hidup kami sekeluarga.















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...