Alhamdulillahhhh sepanjang disember tu amir masuk kelas celik jawi, hihihi sempat ayah candid masa hari terakhir balik daripada kelas celik jawi .. tahun ni .. insyaallah kat sinilah amir akan belajar sekolah agama tahun 2015, sekolah KAFA .. dekat je dengan rumah .. memudahkan atuk nak hantar... amik sekolah petang ayah amik.
Rezeki orang memberi berbudi kita berbahasa... bila dah memberi sama²lah merasa.... ni kisah anak buah sambut ulang tahun kelahiran katanya pada 7 Disember, hubby dah niat dah nak belanja anak buah yang sorang ni sebab masa hubby kena jaga exam upsr hari tu tidur rumah akak ipar dan pinjam kereta anak buah ni ... tu yang dapat rezeki elaun tu hubby belanja makan steambot ni .. sedappp wehhhh kat the captain, jalan meru je pun... kalau tak sebab nak belanja anak buah ni ... takdalah kami makan steambot kat situ huhuhuhu .. kesiaaannnnn (^____^)v nanti ada masa kita review yer ....
Bulan disember hari tu haihh musim tengkujuh betul².. sana sini hujan, mujurlah tak banjir tau .... pagi petang siang malam hujan .. rasa cam nak berselubung jer.... baju² pun tak kering².. sudahnya belilah ampaian baru .... tidaklah besra mana tapi cukuplah untuk menambah tempat ampaian ..... nak pergi dobi yang siap kering terus lipat tu tak ngeti nak guna.. tak sempat² nak menyinggah pun iya jugak .... sudahnya hubby belikan ampaian ni.
Berzikir² mahukan ganjaran sebab berjaya dapat nombor 1 dalam tadika, mula ada keberanian bila di pentas ... mula pandai bergaul dengan kawan².. sudah pandai kamu yaaa mahukan ganjaran.. anak²... berkali² hubby berkira² ... berkali² jugaklah memujuk hati .. sudahnya tercapailah jugak impian amir itu .. mahukan basikal baru. Jangan tak tahu ayahnya satu klang pusing cari kedai basikal .. sampailah terjumpa kilang basikal di klang ... dengan harga mampu milik barulah ayahnya belikan .. sudahnya oleh kerana harga kilang .. bukan sahaja amir yang dapat basikal baru .. sekali dengan hubby terjebak beli basikal baru mueheheheheh ... (^_____^)v
Seminggu masuk kelas celik jawi, cikgu tadika buat reunion .. hamboi kemahin .. cikgu dah rindu anak² muridlah tu .. hihihihi .... cikgu janji nak belanja KFC Punya seronok budak² ni dapat berkumpul semula .. sampai ada yang tanya esok ada datang sekolah lagi ke cikgu makan KFC ... hihihihihi ...;p
25 Disember yessss....... setiap tahun kita orang akan peruntukkan masa untuk bbq dengan kengkawan geng suke² 83 hihihihihi .... masa ni lah nak gosip²... karok² tidak ler... sore tu kalau sedapp takpa .. ni setakat panggil hujan abaikan ... muehehehehe .... lagipun sesekali jumpa.. dah tentulah masa terhad yang ada tu digunakan sebaik mungkin untuk borak² hihihihi ....
Bulan disember baru ni .. ulang tahun kelahiran mak .. alhamdulillah mak dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik .... harap sangat moga mak sentiasa sihat hendaknya.. dan mengecapi nikmat bahagia dalam usia 50 tahun ni... aloh² awet muda sungguh mak kitew kan .... dah kenapa gambar kita orang kemahin halus mulus kulit tu.... bukan sebab 360 kamera perfect yer... (tab kt tak berapa nak cangih pun) teknik pencahayaan barangkali .....
Bicara Hati : Syukur amir tak meragam dah masuk darjah 1, nanti sambung stori pasal amir pulak.