♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label GA Wall Makeover. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GA Wall Makeover. Papar semua catatan

Khamis, 18 Julai 2013

Wall Makeover By Na With Nadiafarahida Secara Percuma



Wah makeover percuma???? apa.. percuma???? biar betul .... owhh gosok² mata lagi .. bagaikan disorongkan bantal dibuatnya melihatkan keadaan rumahku yang tidak pernah berdeko itu ... walaupun sudah 6 tahun didiami... korang bayangkanlah lapang sahaja .. hanya bercat dalam tempoh 6 tahun ni, ada takda pun kalau bosan kami tukar cat itu jerlah dalam hati memang selalulah berangan nak wall yang ada deko² macam kat fb wall makeover by na cantiknya.. cantiknya .. itu jerlah yang keluar daripada mulut ni kalau tengok.

Bila Nadia dilantik sebagai OFFICIAL BLOGGER MANAGER oleh Wall Makeover By Na dan mahu mencari 3 buah rumah sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Lembah klang .. untuk memenagi makeover yang setiap satunya bernilai RM500 .... rasa woii terujanya nak join... Terujanya .. Terujanya .... dan syarat² pun tidaklah susah ... apa salahnya mencuba manalah tahu ada rezeki, hadoilah baru join dan terlebih terujanya belum menang lagi.

Bismillahirahmanirahim .... 





1. Like facebook fanpage Wall makeover by Na - Sudah


2. Like facebook fanpage nadiafarahida - Sudah.





Saya pilih design yang macam ni .. sesuai sangatlah dengan rumah teres setingkat saya tu .. maklumlah rumah tak luas mana ... tapi cukuplah buat kami 3 beranak ni kan.... kalau boleh nak warna biru .. lepas tu ... gambar² tu yang corak besar warna putih, yang corak kecik² warna kelabu .. bayangkan ... cantikknya ... cantiknya.... owhh berangan lagi ....






Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk dimakeover oleh Wall makeover by Na dengan design pilihan saya ini 


Kerana saya tahu sentuhan deko nadia mesti cantik, saya percaya sebab saya sendiri dah tengok dalam Majalah Anjung Seri betapa cantiknya rumah nadia ... betapa citarasa nadia sangatlah luar biasa cantiknya .. saya tahu bakat nadia yang luar biasa itu mampu menghasilkan sesuatu yang luarbiasa juga indahnya dirumah saya pulak dan mampu merialisasikan impian saya pulak kan nadia kan.. kan.... 


Kerana saya mahukan kelainan pada hari raya kali ini, maklumlah adik beradik hubby, sedara mara, jiran-jiran dan rakan-rakan selalu datang beraya dalam suasana ramai-ramai macam baraan tapi suasana rumah masih sama jer.. takda yang berubah jadi besarrrrrrrrnya harapan saya sangat² pada nadia pilih rumah akak untuk deko² ni.... dengan harapan kelainan ini nanti bolehlah saya ceritakan dengan ipar duai dan rakan-rakan .. owhh deko wall ni nadia yang buat.. cantikkan .... seponsor daripada Wall Makeover by Na. Nadia ni dia pun pembaca dan follower blog saya jugak .... owhh perasan² tahap berangannya nak menang ni ..... padahal ipar duai dan jiran-jiran tak tahupun kewujudan blog saya ni kikikikiki ....

Kerana saya sendiri pun sudah jemu dan bosan ruang dinding kosong.. balik kerja penat² ... dinding rumah kosong jer walaupun bercat.. macam tak menarikkan ... kan best kalau masuk² rumah wahhh... cantiknya dinding rumah ada corak macam ni, terasa pasang econ pun mendamaikan gitu .. macam tak nak keluar rumah lah ... bestnya .. bestnya .... duduk pun nak rapat² jer dengan hubby kat sofa ... walaupun tahu amir mesti jeles cepat² nak menyelit kat tengah² tu ..... jom beli sofa baru hubby .. eh² tetiba pulak kikikikikiki ... ;p

Kerana antara yang utama deko² ini bernilai RM 500.00 hinggit sapa yang tak nakkan .. nak harapkan sendiri buat dan bayar deko wall dinding macam ni tak mampu ... ntah bilelah agaknya berpeluang ada duit seguni kan.. boleh deko macam² kat rumah... memang kekangan kewanganlah kalau nak dekoo rumah cantik² ni.... idea dan berangan jerlah lebih sambil tongkat dagu dengan 2 tangan.

Oiccc banyaknya kerana kooooo ni masya, memang tahap berangan nak menang di luar kawalan ni .. hadoilah .... harap sangat nadia sudi pilih blog akak, nanti akak gorengkan ubi goreng cicah cili kicap .. nadia suka kan.. kan... kita buka puasa sama² yer.. nak sampai rumah akak ni kan.. ada banyak kedai jual ubi .. banyak tau .. susah nak jumpe ubi sekarang kikikikiki ... (nadia cair tak.. cair tak .. sambil buat muka manja senyum²) ini bukan bodek yer. dah ubi jer yang akak mampu ... kalau akak ada rezeki lebih bolehlah belanja lebihkan ..;p orang kata ada ubi ada batas .. orang dah berbudi kenelah balas ... (^___^)v

Kalau ada kawan² yang berminat nak join jugak .. jomlah .. join sebelum terlambat hari ni 18 Julai bersamaan 9 Ramadhan dah hari terakhir tau ... jom cepat² klik sini kalau nak join atau klik kat gambar tu pun saya bagi link.



Bicara Hati : Nak deko bilik amir jugak hikhikhikhik .. tapi katil takda lagi ... so skiplah dulu ... 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...