♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Hospital. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hospital. Papar semua catatan

Isnin, 18 Mac 2013

Doa Buat Kandungan Adik Saya



Alhamdulillah mak akan tambah sorang lagi cucu hujung bulan 5 ni, kandungan adik dah nak masuk 7 bulan, tapi tak kala kandungan nak masuk 7 bulan ni diduga pulak... bukan apa² cuma ada masalah kesihatan sikit.. yang lain okk saja...

Mendengarkan luahannya semalam sewaktu menziarahi syahdu rasaya.. itulah dugaan mahu menjadi seorang ibu.. bersusah payah.. kehulur kehilir.. diduga sedikit oleh Allah untuk memantangkan dan pengalaman diri... supaya dapat membesarkan anak bila lahir nanti...

Melihatkan kesayuan muka... hati yang mula tak merasa apa.. sebak seketika tak kala.. kehadiran disambut dengan senyuman...

Kata² semangat ini buat adik kedua saya (walaupun saya tahu dia tak baca blog ni) yang sedang di hospital ditahan kerana masuk kandungan 7 bulan doktor sahkan ada kencing manis pulak.. mungkin pembawakan agaknya... ataupun genetik maklumlah mertua adik memang ada kencing manis (boleh ke.. genetik)

Masuk hari ni dah 4 hari dia dihospital, suntikan insulin juga sudah mula dilakukan.. kerana ujian darah asyik tak menyebelahi diri dan baby.. paling tinggi 13 selepas minum air gula.



Gigih semalam mengenangkan adik dihospital, gorengkan peria katak dengan tepung untuk dimakan buat kudapan... mak pulak buatkan air peria+epal hijau, siap pesan kat adik.. minum jerlah anggap macam minum jus tembikai yang banyak ais... mesti sedapp.... Hari ni baru lepas sms dia alhamdulillah makin berkurangan ujian darah menunjukkan 4, hari ni mak bekalkan air mengkudu pulak.....


Kalau kawan² ada petua untuk mengurangkan kencing manis kongsikanlah dengan saya yer.. boleh saya berikan pada adik saya, maklumlah dulu saya tak mengalaminya... dan doakan supaya adik saya cepat keluar daripada hospital yer... Terima Kasih semua (^___^)v
Bicara Hati : Semalam anniversary adik, sambut kat sepital jer.. katanya sambil buat muka sedih.. tahun lepas.. masa nak nikah kene demam panas.. saboo lah yer.. yang.. insyaallah adalah hikmahnya tu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...