- Dengarkan lagu² A,B,C sampai Z ... rasanya lagu ABC ni memang popular ada satu versi jer.. oleh ajar dengar lagu ni dengan kerap dari umur setahun lagi.
- Bila anak dah mula dan biasa dengar huruf mesti dia lebih teruja kalau korang belikan gambar²,dan huruf².. lepas tu korang tampal kat dinding ... bagi dia cam huruf² tu... sambil menyanyi dan sambil tunjuk.
- Lepas dah pandai 2 langkah kat atas ni... mulakan pulak dengan kertas kosong dan pensil, ajar dia menulis.... anak akan menyanyi sambil menulis.
- Janganlah buat sekali sahaja.... harap anak nak berjaya yer... buat setiap hari, kalau tak boleh setiap hari .. buat bila ada masa terluang .. janji buat .... insyaallah berkesan.
- Alhamdulillah memang berkesan kaedah menyanyi sambil menulis tu .. kalau anak saya boleh.. anak korang pun mesti boleh .. sebab anak korang lebih bijak, nak korang pun mesti lebih banyak masa dengan anak²kan.....
Sekadar berkongsi pengalaman saya sahaja, insyaallah.. usaha tangga kejayaan.. jadi jangan sedih² kalau anak tak kenal huruf lagi, kita sebagai ibu kene usaha cari cara penyelesaiannya..... biar lambat .. janji dia tahu .. janji lepas ni dia lebih rajin kan.
Terima kasih cikgu ain, sebab mengajar amir kenal huruf ....
Sekarang dalam usaha unuk mengajar amir belajar membaca dengan lancar, amir kalau setakat 2 suku kata dia ok.. contoh saya, buku, bola, mata, satu, tiga semua pun dia alhamdulillah dah ok... tapi bila masuk part kene jadikan dam, jam, pam, bot, tong, ting, yang dia confius nak sebut bunyi m dan t kat belakang tu... apatah lagi bunyi tong, ting dan yang tu huhuhuhu .....
Bicara Hati : Moga diterangilah hati amir untuk mudah menerima ilmu .. amin...