♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Legoland. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Legoland. Papar semua catatan

Rabu, 26 November 2014

Seharian Ke Theme Park Legoland




Assalamualaikum ... Bila cuti sekolah akan bermula , mesti semua orang dah terpikir² nak bercuti kemana².. dah google sana sini tempat nak bercuti ... iye tak?? samelah aku pun berangannnn je lebih nak pergi sana sini .. tapi sudahnya korang tau je lah .... tak kemana pun, simpan je lah duit dalam sampul , kumpul dan kumpul dengan tujuan khas untuk percutian .. dan tetiba ni hah!! kami sekeluarga sampai legoland dah wakakakakaka ... (gelak jahat). 


Ok sebelum aku mulakan entry panjang berjela perjalanan kami ni .. (penat karang 4 hari 4 malam) jadi korang yang memang mencari info bolehlah gunakan panduan ni ... tak banyak sikit pun harap membantu, jadi entry ni memang berjela .. sebab tak kosaaa nak buat banyak part (tapi tak tau lah kot tetiba ada entry tips dan bajet pulak) dah penat aku karang, dah jangan tetiba korang komen .. bape tiket masya ? masya tdo hotel legoland tak ?? masya seronok tak kat water park??? memang masya markkk korang komen gitu yer .. sebab tak baca entry mainnn komennnn sajokkk .... huhuhuhu .. kalau takmoo baca klik siap² X tau ... sebab entry ni penuh cerita dan gambar² , korang layankanlah gambo² kami 3 beranak ni hihihihi ...;p








Ok .. yang sebenarnya percutian kami ke theme park legoland ni tak di sengajakan, yupss .. kami hanya ke theme park sahaja .. itu pun dah seharian wehhh seyes besar sungguh legoland theme park ni .. memang berbaloi²lah dengan regenya yang kemain mahal tu .. kan ... tapi sebab kami melalui rombongan sekolah .. adalah pakej² khas yang ditawarkan, tapi untuk korang yang berminat bolehlah rujuk ke laman web legoland sendiri untuk tempahan. Macam yang pakej sekolah hubby ni 10 murid dapat sorang cikgu free (maknanya seorang cikgu tak perlu bayar, jadi kalau ada 80 murid pergi dalam 2 bas ada 8 guru tak perlu bayar) ... dalam kes tak disengajakan ni .. amir memang hubby nak bawak dah bayar siap² dengan pakej makan ... tetiba² last minit hubby kata bas masih kosong , tanya aku nak ikut ke tidak .. haihhh dah meroyan² tak dibawak .. haruslah aku nak join kikiki .. tapi aku tak tau hubby bayar berapa sebab aku ikut jer kuikuikuikui ... ;p yang pasti dalam pakej ni ada kupon makanan rm 15.00 sorang .. hubby dan amir dapat .. ibu tumpang 2 tangan kikikiki .... >__<













Berkumpul kat sekolah dalam pukul 3.00 pagi sepatutnya dah bertolak .. tapi sebab bas lambat pukul 4.30 barulah kami bertolak .. sampai legoland lebih kurang 10.15 pagi .... (jauh tak .. jauh tak.. korang kiralah bape jam eh) dengan 2 kali berhenti ... solat, mandi, sarapan dan ada anak² murid nak terkucil ...







Memasing tekun baca peta nak pergi mana dulu hihihihi .... walapun dalam peta tu nombor kecil sebelah kiri, tapi pada aku baik korang mula masuk dan terus kekanan .. lagi² kalau bawak budak² ... dan budak² ni kemahin teruja, amir korang jangan cakaplah .... dah macam hapa jer... tidur malam pun tak boleh tak sabar² nak sampai legoland tu hahaha.... 







Peraturan nak masuk legoland ni pada aku tak ketat sangat, maksud tak ketat tu dia takda nak selongkar beg sangat pun.. tak taulah sebab masuk ke theme park atau sebab bawak budak sekolah .. kalau setakat nak bawak beg isi botol air, baju² (sebab dalam theme park pun ada mainan yang ada air) , roti, nuget semua tu dia orang okeyy jer bagi masuk ... senang cite barang dalam beg dia tak selongkar pun.. tak taulah kot korang menjinjing beg plastik bawak bekal , dia tak bagi masuk ... so far yang aku tengok pelancong letak kat stroller makanan dengan air mineral okey jew... boleh masuk lepas scan tiket tu, lagi pun dia orang pun paham .. panas bakk hanggg wehh dalam legoland tu ... dah penat jalan mesti haus .. setakat makan roti ape de hal kan.














Okkk .. hasil sana sini info sebelum pergi legoland (dah pandai dah google sekarang cari info cuti²) lepas scan tiket kalau nak pergi toilet .. boleh pergi dulu sebelah kiri .. tapi lepas tu korang mulakan perjalanan kesebelah kanan yer.. apa² pun belah kanan lagi elokkan kalau nak mulakan sesuatu .. (^___^)v  walaupun ikut dalam peta nombor kecil belah kiri. Sebab apa kena mula belah bermula belah kanan bila kita masuk .. kita akan jumpa tempat driving school .. tempat kering ... Tempat belah kiri main bot dalam air , nanti kalau dah basah² payahlah nak main .. mainan yang kering, kat sini kalau budak seusia amir memang sukalah nak drive.. siap amik gambar lagi tau nak buat lesen, lepas tu ada taklimat .. dah dengar taklimat barulah drive ... dia orang asing umur untuk budak² drive seawal 3 tahun pun boleh kat drive junior.















Banyak sangat tempat, tak tau nak mula daripada mana lepas tu .. amir dah teruja nak naik bot, nak naik keretapi .. yang aku gelihati tu.. anak murid hubby sudah bertempiaran .. tak terkawal.. mujo sempat bagi taklimat .. sebelum scan tiket .. lepas dapat kupon makanan semua hilang bayang bawak haluan masing²... jam menunjukkan 10.30 pagi .. sesi berkumpul semula jam 5.30 petang, pukul 6.00 petang theme park tutup. kooooo rasa cukup tak masa tu ... wehhhhh nampak macam lama.. sekali dah main .. itu ini .. begitu .. begini sedar² dah pukul 2 petang hahahaha ... ;p














Seorang ayah yang gayat, akan rasa tercabar dengan anaknya kalau tak sama² join aktiviti yang ada hahahaha ... gelihati aku sebab amir kemahin teruja semua nak main... semua nak naik .. sila percaya amir naik rollercoaster (pusing² bak hang .. pening, gayat .. 3 beranak jer .. dah macam kami sewa benda tu) .. kita orang pergi hari persekolahan 06.11.2014 .. kat legoland tak ramai orang pun.. nak main pun tak perlu beratur panjang ... tu yang seronok ... bila nak turun.. semua yang tunggu macam terkejut sebab kami 3 beranak je yang naik .. kikikiki ...;p .. menjerit² ibu sorang .. amir banyak pejam mata .. ayah cakap kuikuikui .. baru dia tau .. nak naik benda tu seram.. kalau tak asyiklah sibuk mengajak naik.. hubby pun memang penakut .. kat sini ada 3 jenis rollercoaster kalau tak silap .. tapi kita orang naik satu jer... itu pun yang sederhana panjang .. tapi mencabar. Sebab?? sebab kita orang tak jumpa jalan masuk yang rollercoaster pendek .. mungkin masuk daripada pintu padang pasir .. mungkin kami terlepas.. sebab ayah pergi toilet masa tu ... lagi satu yang dekat dengan kawasan bot air tu ... dia rollercoaster yang duduk berdua tu ... cam kereta kabel pun ada tapi pusing² menyeramkan wehhh.....















Dalam pukul 12 lebih, perut dah mula berkeroncong adehhhhh .. mujo dapat kupon rm 15.00 sorang, ibu takda.. amir dengan ayah jer dapat .. itu pun dah cukup sangat 2 kupon rm 30 hinggit, untuk memula makan .. kami beli set burger ni.. amik size dewasa.. kena tambah harga rm 15.00+7.00 = Rm22.00 tak termasuk cukai huhuhuhu .. tapi kenyang.. seyes berger tu kita makan separuh .. separuh lagi sambung makan kemudian .. sebab amir sibuk nak naik menara ala² taming sari .. pergilah 2 beranak tu .. ibu makan sorang² berger ni kuikuikui ..... amir sempat jugak ratah kentang dan minum air. Kat dalam legoland ni tak banyak tempat makanan dan tak banyak pilihan .. yang pertama kita orang jumpa lepas kawasan bomba .. belah kanan kat belakang ... dekat dengan toilet .. daripada situ sebelah korang boleh nampak orang main water park. Yang kedua area sebelum naik roller coaster .. yang ada banyak Halloween.












Sementara hubby pergi toilet sempatlah ibu dan amir possing² dengan unta ni ... unta pun penat dah duduk ... kuikuikuikui ..... belakang unta tu tempat roller coaster kot ... kita orang tak masuk dalam tu sebab penat sangat dah.. amir ajak duduk ... ibu dia pulak sawan amik gambar asyikklah nak bergambar .. dan nak amik gambar hahahaha ...;p












Kepochi sungguh tau amir nak naik tram ni .. eh² tram ke train .. belasahlah ... terkedek² dia berjalan .. tapi seronok jugak .. dapatlah rehatkan kaki sikit ... lepas naik bot kita orang naik tren ni ... almaklumlah dah google siap² sebelum pergi .. jadinya aku dah boleh bayangkan tempat ni .. tq blogger² yang bagi info berguna sangat² kat blog masing².







 





Lepas dah makan barulah aku sambung balik berjalan .. amir dan hubby dah selamat naik menara yang ala² taming sari tuh .. adoi anak² memang camtulah dia nya pun .. tak sabar nak teroka semua yang ada dalam legoland tu .... aku pun jalan je lah sorang sekali nampak zirafah tersepit besar ni hah!! kuikuikui .. sebelah zirafah ni ada surau ... aku call hubby .. hubby ajak masuk tgk filem pendek 3D ... gigih le aku cari panggung tu mujur sebelah bangunan zirafah ni jer ... sempatlah sama² join hubby dengan amir tengok movie... seyes koo cam real jer siap ada hujan ada salji bagai .. tang hujan tu tak menahan sebab air bebetul yang turunkan... ala² gerimis gitu.. tidaklah sampai basah kuyup.












Meh interframe sikit sebelum movie mula .. sebab nanti lampu dah padam tak boleh nak bergambooooo .... (^_____^)v cermin mata ni pinjam jer.. sebelum keluar letak balik kat dalam bakul yang disediakan sebelah pintu.












Kat dalam legoland ni ada satu tempat tu dia orang buat cam lego² tersusun bentuk bangunan, cantik sangat .. ada menara klcc, menara berkembar, masjid .. ada macam² lagilah bangunan kebangaan negara .. nampak real sangat tau ... senang cite berbaloilah dengan harga tiket yang korang bayar tu.. dengan luasnya .. dengan macam² aktivitinya memang seharian tu penuh aktiviti kat theme park ni... berhadapan dengan lego² ni bangunan star wars pulak ... terus masuk hujan dah nak turun .. sempatlah tengok wayang pendek sebelum jalan² dalam tu ...












Dalam banyak² part kat bot ni .. yang pusing² ni hubby dah serender terbaring kat kerusi kepenatan kuikuikui .. amir pulak dah mengalah bateri energizer tenaganya oiiiiii sudahnya aku ternampak anak² sekolah hubby mintak tolong dia orang layankan amir ... aku tengok dari luar sambil snap dan rakam gambar² masa main bot pusing² ni... depan bot ni ada satu lego sotong bapak besarrrr .. tapi sebab dah hujan lebat tak dapat nak amik gambar ... berkali² amir main bot ni .. sampai dah hujan barulah dia turun... mujolah anak² murid hubby rajin melayankan dia ...










Dan salah satu yang aku suka kemudahan dalam legoland ni toilet memang bersih.. mungkin sebab kita orang perg tak ramai orang .. surau pulak aku jumpa ada 2 satu masa kat pintu masuk sebelah kiri sebelah kedai makan ..... satu lagi dekat dengan lego zirafah tersepit tu ... dia kat tengah² kawasan.. kiranya kalau korang nak solat zohor dah tengah² berjalan tu takda masalah .. tempat pun bersih .. siap ada karpet boleh rehat .. telekung pun bersih dan tersusun.








Bicara Hati : Tak sangka sangat sampai legoland.. salunya tengok orang pergi .. sendiri dah pergi ... teruja dia lain macam.

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...