Cara Masak :
Basuhkan beras sampai bersih dan masukkan santan, bawang yang telah dihiris dan halia yang telah dihiris macam dalam gambar ni .. agak² yer.. santan dengan beras .. sebab saya gunakan santan kotak .. jadi haruslah saya letakkan sikit air .. supa dia cair sikit .. kalau santan pekat sangat kang mahulah tidur tak bangun sampai ke petang makan nasi lemak ni kan.. kan.. lemak habis. Masukkan sedikit garam² agak² hujung² sudu besar tu jer... lepas tu sesudu minyak (minyak ni saya masukkan supaya nasi lemak tu cantik jer.. terurai tidak melekat .. melekit) Kalau nak masukkan minyak masa nasi dah nak masak pun okkk... janji gaul²kan nasi tu sebatikan dia.. jangan nasi dah masak sudah... masa nasi tu dah ala² macam nak kering tu takpa lagi .. tau.. tau....
Dan inilah hasilnya ..... bukan sahaja cantik terurai tak melekat².. walllahhhh dan sedapp dimakan jugak tau ... nyum²... amir makan pagi, petang dan malam .. setiap kali makan .. dia kata sedapppnya ... sedappnya ibu.
Sebab nak kongsikan tips nasi lemak jadi takdalah tunjukkan lauk² yang saya masak hari tu hahahahaha ..... kalau korang ada tips masak nasi lemak yang lagi bagus kongsikan lah kat ruangan komen yer...
Bicara Hati : Tengah bayangkan macam manalah kalau warna hijau, ishh lah amir ni kan .. boleh pulak mintak nak warna hijau, nasib baik yang ni dia makan jugak.