♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Mydin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mydin. Papar semua catatan

Selasa, 3 Disember 2013

Pendamping Dalam Kereta



Ade yang seram ke baca entry semalam tu?? .. okk kita simpan dulu eh entry sambungan... (ade sambungan ker??? gegegege... ) korang yang baca pun seram.. saya yang kat darussyifa tu lagi seram hokeyyyyy ... serius.. entry tu takda sambungan pun.. nanti saya amik gambar pokok garuda tu.. nanti saya kongsikan ceritanya.. tapi kalau koranggg tak sabar gugel sahaja kelebihannya.

Banyakkan zikir.. masuk situ.. maklumlah ramai orang berubatkan.. dan macam² penyakit ada.. bukan badi mayat jer.. badi haiwan pun ada (itulah yang amir terkena) kita kene kuat tau.. tau.. (walaupun saya tak kuat jugak) iyerlah kuat semangat ni maksudnya.. bende² macam ni dia nak singgah kita tak tahu... sejujurnya kadang kita rasa dah buat pendinding diri.. tapi dia nak datang dekat jugakkan.. maknanya kita lagi kene dekatkan diri dengan Allah s.w.t.


Oklah ini bukan nak cerita pendamping malam dalam kereta, atau pendamping makhluk halus... tajuk jer.. macam gempakkan entry ni.. sebenarnya nak cerita pendamping saya dalam kereta sepanjang tahun 2013.. siapa lagiiii sibujang emas sayalah .. anak saya tu.. rindunya dia... bermula semalam dah tak hantar tadika dah... rasa sunyi sangat² bawak kereta sorang² takda sape membebel².. sampaikan .. saya terlupa dah tak hantar dia.. lepas punch baru perasan.. eh².. nak kemana pulak keluar opis balik ni hahahaha ... terus lah beli sarapan bungkus, takkan nak patah balik lalu jalan sehala tu...;p





Gambar takda kaitan, jangan korang komen.. tanya kat sini ada pendamping ker?? hahaha .. haru.. baca bebetul entry yer... Hujung minggu baru ni pergi mydin kunun2 nak cari barang untuk amir, nanti dia dengan ayah kat rumah adelah aktiviti takdelah buhsan... Cuma beli pensil warna jer selebihnya kami tengok2 harga... Harga sekarang tak jauh bezanya dah tak murah mana pun... Tapi kalau beli banyak murahlah kat tingkat atas sekali....




Paling lama singgah kat ruangan buku ni... Sudahnya satu buku pun tak amik hahahaha..... belek sana belek sini... baca sana .. baca sini.. hubby amik barang² keperluan sekolah, saya?? sila percaya saya tak membeli pun... tengok² sahaja... opsss.. ada beli krim muka (^___^)v



Okkk.. sambung balik cerita... tadi saja selitkan gambar hihihihi .... seyes cakap.. semalam balik kerja rasa sunyiii sangat² tau.. sampaikan baru saya terperasan tak on radio dalam kereta rupenya hihihi.. selalunya amirlah yang rajin on kan radio tu lepas amik dia.. sebab dia suka pasang CD, kadang tu mengajuk² lagu² dalam radio.... alahai sayang takda kamu dalam kereta sunyi ibu di buatnya sepanjang pergi dan balik kerja sekarang.

Dan semalam balik rumah lambat pulak.. jalan jem teruk hujan seharian... hubby dengan amir pun tak keluar rumah.. mujurlah saya dah siapkan mereka lauk untuk makan.. kalau tak mau makan maggie goreng sedap jer 2 beranak tu...



Bicara Hati : Hujung tahun dah mula bizi dah.. tak cukup masa rasanya 8 jam bekerja... apaetah lagi nak mengarang entry.. satu hari satu entry jerlah jawabnya gigih mengarang...










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...