♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Pelaburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelaburan. Papar semua catatan

Rabu, 2 Januari 2013

Rezeki 2012

    


Masti ramai yang bercuti hari ni kan, jalan pun dah mula jem gegegege... amir esok baru lah mula sekolah insyaallah ibu yang hantar, tapi... ibu tak dapat cuti.. nasib baiklah taska amir dekat jer.. tadika dan taska pun ditempat yang sama.... huhuhuhuhuhu....

Alhamdulillahh.. berbalik pada tajuk rezeki 2012, memang rezekilah namanya kan sapa yang ada buat pelaburan ASB ni, tapi kami tak join pun yang dengan bank tu.. buat pelaburan sendiri jer... ada lebih masukkan.. tak ada lebih tak adalah menyimpan hihihihihi.. mengorek lagi adalah ...;p

Hari ni dah boleh update ker??? macam banyak sangatlah menyimpannya hihihihihi... adalah sikit² rezeki anak² tekak kan... jadilah daripada takda langsung.


Agihan ASB 2012 ASB Dividen 2012 : Kadar Dividen + Bonus ASB Luar Biasa? UPDATE : Dividen (7.75 sen) + Bonus (1.15 sen)!
KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen ASB 2012 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun 2011. Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus ASB 2012 sebanyak 1.15 sen seunit.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.
“Malah, ia adalah pembayaran tertinggi sejak lima tahun lalu iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini.
Sehingga Rabu lalu, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion. [Sumber :  BERNAMA]


Bicara Hati : Mesti ramai orangkan nak update kan silap² offline kat ASB tu hihihihihi ....

Khamis, 7 Julai 2011

Hukum Pelaburan

saje kluakan pict ni dulu... amiikkk mood tgk pict duit mengunung mcm 2 best nyer....


Korang semua suke buat pelaburan x???? x kirelah pelaburan yang macam mana-mana pun.... maklum jerlah sekarang ni ade macam-macam pelaburan terutamanya pelaburan nak cepat kaya... kalau boleh semua orang berderuuuu nak masuk huhuhuhu.. tanpa mengira syarat & terma yang ditawarkan terlebih dahulu......

sajerlah nak syer dengan kawan-kawan semua mengenai satu pelaburan ni.. dan hukum nyer...

PINJAM DUIT DARI BANK UNTUK SERTAI ASB

Walaupun isu di atas masih diperdebatkan oleh mereka yang berkenaan, namun jika anda meminjam dari Bank Konvensional untuk tujuan menyertai pelaburan ASB, ia telah disepakati haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan semua mufti-mufti Malaysia. Ini kerana pinjaman wang dari bank konvensional tersebut adalah riba. Tatkala itu, isu ASB tidak perlu diambil kira lagi kerana asal cara dapat duit untuk melabur itu pun sudah haram.


untuk mengetahui lebih banyak maklumat bace dekat link ni yer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...