Hujung minggu baru ni kami memang tak balik kampung, cuma memenuhi jemputan kenduri kawan² hubby sahaja.. sebab minggu ni amir dah periksa akhir tahun .. jadi saya bagi dia masa lebih untuk ulangkaji pelajaran .... dan ahad tu tetiba pulak dia demam ... sabtu pagi tu ada jugak muntah, tapi lepas makan ubat dah okk sikit .... elokk jer.. pergi kenduri pun elok.. berselera makan.
Siap tampal koyok hihihihihihi ..... kat badan pun.. sebab badan dia macam dedar sikit, ni dekat 2 bulan tak demam.. kali terakhir dia demam masa awal ramdhan.. lepas saya bagi minum meal shake alhamdulillah semakin ok... dah habis 2 bulan ni demam pulak .. alahai.. macam kene teruskan jer minum meal shake tu.
Ini buku yang kawan blogger bagi ina ibu alisha dan aqilah kalau tak silap.. saya ada buat entry boleh baca kat sini membantu sangat, buku² membaca macam ni sejak dah pandai baca ni .. dia suka jugak baca cerita .. cuma kadang amir masih confuse.. dia baca . dia tak paham kesimpulan cerita tu .. jadi saya kene terangkan .. dan bersiaplah dengan segala soalan² dia .. sampai tak terjangkau akal nak jawab.
Hari ni dah hari ke empat amir periksa, ibu sentiasa doakan moga amir diterangkan hati .. dimudahkan menjawab soalan² peperiksaan .. dan harap adalah perkembangan positif dah periksa akhir tahun ni kan...
Bicara Hati : Anak relaks jer.. nak periksa, siap cakap .. senang² jer ibu .. nanti cikgu baca soalan.. eh² boleh pulak macam tu yer....