♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Pokok Herba. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pokok Herba. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Disember 2013

Pokok Garuda , Pokok Herba Berubat


Boleh ker.. tajuk entry camtu, ini pokok garuda yer.. bukan burung garuda hahahaha .... sebenarnya ini cuma alternatif janganlah terlalu percaya atau taksub sangat².. untuk elak gangguan makhluk halus ni .. mereka pun nak duduk jugak.. nak bermain jugak.. dah kita terlanggar dia .. nak buat camne kan... ingat jangan taksub sangat percaya dia tak wujud atau pokok ni membantu elak .. dia membantu sahaja.. tapi semuanya kuasa Allah s.w.t.

Ok .. susulan saya beli pokok kunun² penyeri rumah tu.. saya nak beli pokok garuda ni, tapi dah sampai kedai bunga tu.. saya jadi rambanggggg hahahahaha ... tak dapek nak nolong... bukan beli pokok garuda jer.. pokok bunga lain pun saya beli... dengan pasu² baru lagi.. sudahnya pokok garuda ni tak berpasu.. dalam beg plastik hitam jer.. hadoilah ... lupe beli 3 pokok, ingakan pasu kat rumah ade kosong lagi.





Inilah pokok garuda tu.. saya beli rm 6.00 sahaja...  (fokus pada pokok abaikan pemandangan sekeliling) dulu pernah beli, dululah yer.. masa tu amir umur bapa bulan tak hinggat dah... masa tu dia selalu demam panas tengah malam, merenggek.. tapi.. belum tahap menangis meraung... nenek yang kami berubat tu .. soh cari pokok ni .. lepas tu ramas²kan dengan beras segenggam dan dengan air yang dia dah bacakan doa katanya... saya buat selalu petang nak maghrib.. sapukan ramasan beras, daun garuda dengan air tadi.. daun garuda tu amik setangkai... memang berkesan.... berkesan tu maksudnya demam amir tu sejuk .. takdalah kepala panas telinga dengan kaki sejuk.. maksudnya suhu badan dia kembali normal ... kalau tak dia demam kepala kemain panas... telinga dengan kaki sejuk... daun tu pulak saya letak dalam bantal yang amir baring... saya usaha .. yang sembuhkan allah semuanya... Sebelum tu dah bawak pergi klinik dan berurut jugak.. tapi demam masih tak baik.. tu yang cuba cara tradisional macam ni.... dan cara yang sama jugak nenek tu suruh saya buat baru² ni.. ALHAMDULILLAH...









Zommm skit.... pokok garuda ni bau dia kurang menyenangkan sikit.. nak kata macam bau bunga tahi ayam pun iye jugak.. tp dia .. tak berbunga.. dia daun sahaja.. sekali pandang macam ulam raja kan.. kan.. tak tahulah kot ada bunganya .. sepanjang yang saya tanam.. tak pernah nampak bunganya...




Saya tak pasti sama ada pokok ni ada nama lain selain daripada namanya pokok garuda, memula dulu macam pelik.. seyes.. dah macam telinga ni tak berapa nak dengar dok mintak nenek tu ulang cakap huhuhuhuhu .... Mujur tak kene piat telinga...


Pokok ni sensetif tau.. sensetif maksudnya tak boleh letak di tengah panas mudah mati, jadi kenelah letak tempat redup² sikit.... kalau nak petik pun pastikan dalam keadaan bersih bukan dalam keadanan period.. itu jerlah yang saya tahu.. info pasal pokok ni.. kalau korang ada info kongsikan kat komen tau... (^___^)v

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...