♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Raya aidiladha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya aidiladha. Papar semua catatan

Khamis, 17 Oktober 2013

Amir Teruja Pertama Kalinya Diaidiladha



Ade lagi cerita aidiladha ker??? orang lain cuti kemain lama.. kami yang cuti sehari jer pun cerita tak habis² kikikikiki ... apatah orang lain yang cuti berhari²kan... ;p

Oklah ceritanya macam ni raya haji kali ni raya rumah mertua sebab raya aidilfitri rumah mak saya ... walaupun raya di rumah mertua.. jauh disudut hati terkenang jugak kat mak.. (tak jauh mana pun.. tapi pasti terasa tau) kesian mak masak sendiri ... mujurlah mak kata tak masak juadah sangat ketupat dengan kari ayam sahaja.. abah jemu makan rendang katanya. Lagipun kat selangor ni aidiladha biasa² sahaja kemeriahannya.....

Apa yang penting aidiladha kali ni amir seronok sangat² tau... pertamanya amir teruja dapat pergi solat raya dengan ayah, atok dan sepupu² yang lain .. sebab adik beradik hubby pun tidur kat kampung. Selalunya memang saya tak bagi hubby bawak amir bukan apa.. takut dia buat perangai jer kat masjid masa hubby nak solat... ni ada sepupu² oklah .. hihihihihi... Tupun saya siap pesan awal² jangan main² kat masjid tu... anak² macam ni lah .. kene pesan selalu.


Ni gambar baru balik masjid, kemain seronok lagi dia pagi tu.. gerimis sikit ... semua pakat naik kereta senang sekali hangkut semua.




Pengalaman keduanya pertama kalinya amir berjaya tengok lembu dikorbankan.. daripada mula² nak sembelih.. sampailah lembu tumbang dan nak dibersihkan.. selalu amir sampai jer.. lembu dah sembelih.. kali ni lembu korban banyak pulak kat kampung dalam 5 ekor kat surau ada jugak yang qurban kat rumah masing²... alhamdulillah.. merasa jugaklah amir tengok daripada mula.. hubby siap rakam video.. paling sebak bila takbir dan nak sembelih.. amir cakap yaallah.. (macam syahdu sangat tau) sebab dia tak pernah tengok sebelum ni.. suasana macam tu.. ni pun gerimis².. hubby redah jer bawak anak² buah dengan amir.. kot tunggu reda.. melepaslah amir nak tengokkan.. kene tunggu lagi tahun depan. Saya tak ikut pun.. dok rumah.. bizi kat dapaur.. bizi.. mandi pun dah siang tau...



Bila dah ramai² sepupu amir takmoo pergi rumah embah dah.. hadoilah sudahnya petang baru pergi rumah mak .. mak bekalkan ketupat dengan kari ayam ... alhamdulillah... kali ni mertua pulak yang buat lontong kikikiki .. raya hari tu mak saya dah buat lontong daun pisang, raya haji ni mak buat keupat pulak.. kebetulan ada daunnya.. dapatlah 50 biji.




Bicara Hati : Dalam kita bergembira meraikkan hari raya qurban, moga jangan dilupakan sejarah bermulanya hari raya qurban.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...