♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Rombongan Ke Petrosains. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rombongan Ke Petrosains. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Mac 2014

Rombongan Pertama Kali Amir Ke Petrosains


Atuk tetiba tak sihat, kebetulan hubby ada rombongan sekolah hari selasa ... risau amir bosan kalau pagi pergi tadika adik ipar hantar .. petang nanti majuk² pulak kalau ayah lambat balik.. jadinya hubby amik keputusan bawak amir join sekali pergi rombongan sekolah.

Ini pertama kali amir pergi rombongan sekolah ayah, satu pengalaman baru buat amir... keterujaan dibuatnya tau ... sebelum ni hubby pernah pergi kidzania tapi tak bawak amir lagi pun takda kosong .. risau amir kecik lagi, bila dah masuk tadika ni amir lebih senang di pantau... dan berdikari ... tu yang hubby confiden nak bawak tu.





Antara gambar² yang hubby wassup berasap kat tab hahahaha .. kemain teruja amir masuk sini.. hubby kata kena tiket rm 3.50 sahaja, tapi kalau korang berminat nak pergi rujuk jadual tiket masuk ke petrosains ni yer .. maklumlah minggu depan dah cuti sekolahkan.. mesti nak bawak anak² ke tempat² yang menarik.










Hubby kata kat sini lah amir paling lama, korang pun tahu dia paling minat benda² macam ni .. dapa peluang buat sendiri .. memang sakanlah dia main kat dalam tu .. hubby kata sampaikan budak² dah pergi tempat lain pun.. dia masih nak main area situ.










Cenderahati kat dalam tu boleh tahan harga dia.. hubby belikan amir baju kuning ni .. hubby pun beli jugak ... sehelai rm 39.90 baju biasa jer.. tapi sebab nak buat kenangan hubby belilah .. ni pun size besar kiranya sampai amir sekolah rendah pun boleh pakai .. ibu?? ibu nak ole² jugak.. dapat FM petrosains jer.. itu pun amir yang cakap.. ibu saja² majuk, amir tak belikan ibu baju pun.. ayah kata ibu kan suka ni.. nanti boleh lekat kat peti sejuk kikikiki .. kemain amir nak pujuk saya ... saya acah² majuk je pun ... hubby tengah mandi masa ni ... lepas mandi korang jangan tak tau.. amir terus rasmikan baju ni.









Dan lagi satu amir beli ni, amir kata nak teropong ibu, nak teropong magic katanya... apa yang magic pun saya tak tahu .. kalau teropong tu magic boleh tahu kat mana mh370 bagus jugak kikikiki ..;p





Hubby kata pergi 2 tempat sebenarnya petrosains dengan pusat sains, pergi 3 bas ... setiap bas ada 4 cikgu yang kawal .. korang tahu je lah bebudak ni.. hubby sudahnya kawal amir .. tak sempa nak kawal anak murid mereka lagi meligat tau... lagi² masa beli barang cenderahati dalam petrosains tu .. sampaikan ada yang tak amik baki, ada yang dah bayar.. datang lagi.. beli barang lagi.. macam² gelagat.. belum lagi yang bawak duit lagi banyak daripada cikgu mereka sendiri.. sebab hubby kata ada yang beli barang sampai 100 lebih.... macam² kerenah .. jadi tak banyak gambar kat pusat sains boleh amik sebab nak kawal dia orang takut jadi macam kat petrosains. 


Amir??? sepatah saya tanya .. berpatah² ceritanya.. kemain memang pengalaman yang menyeronokkan buat dia.. siap cakap.. nanti nak pergi lagi... hihihihihi .... bawaklah ayah, ibu nak ikut.. ibu pun tak pernah masuk petrosains tau.. tapi klcc tu memang banyak memori zaman² muda mudi dulu hik hik hik hik ... memorinya naik train, naik putra nak sampai sana. sekarang???? mau sesat barat seyes dah lupa huhuhuhu ...






Bicara Hati : Agaknya kalau ibu yang pergi mesti amir pulak jadi pemandu pelancong ajar ibu itu ini pulak kikikiki ..;p











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...