Teknik Psikologi Didik Anak Bersolat....
Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat.
Al - kisah. Ceritanya bermula begini.
Ibarat Batang Mancis
Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.
Caranya seperti gambar dibawah :
1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.
2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.
3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada.
4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.
5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.
Kesimpulannya :
Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.
*********************************************************************************
Okkk sejujurnya daripada kecik saya nak didik amir supaya jangan tinggal solat, moga dipermudahkan niat saya ni .. amin ... kerana solat tiang agama.. jadi biarlah dia pandai solat.. pendedahan awal daripada umur 3 tahun dia dah ikut kami solat berjemaah... sebelum tu pun ikut tapi dia jenis tak istiqamah.. maksudnya sukati dia jer.. kadang dia baring, kadang dia dok toleh² main² pandai saya dengan hubby lepas tu gelak²... sampaikan kita orang pulak nak gelak tau..
Alhamdulillah bila dah 3 tahun tu dia macam dah matang sikit... elok jer ikut kami solat sama² ... dah tak kacau.. dah pandai hormat orang solat, dah tak duduk belakang kami bila kami sujud, akhir umur dia 3 tahun saya dah mula bagi pendedahan baca muqadam lepas solat berjemaah.. harap sangat amir menjadi anak yang soleh, dan sentiasa mengingati kami dalam apa jua yang dilakukan.
Yupss.. lain orang lain cara didikkan nya, lain permulaannya ... lain pendedahannya tumbesarannya terpulang pada masing² punya cara... sekarang ni dah 5 tahun amir dah mula saya dedahkan sebelum solat jemaah mesti dia kene iqamat dulu .. mula² dia malu... tapi lama kelamaan ni dah okk sikit bila saya cakap.. napa nak malu.. bukan ada orang pun.. kita sekeluarga jerkan.. kalau menyanyi boleh kuat... okk dia terpana buat muka .. lepas tu alhamdulillah dia okk.. cuma azan sampai sekarang masih tak berapa nak okk lagi suara dia.
Kata² psikologi batang mancis tu nanti saya nak bagi pendedahan dekat amir pulak, bukan apa.. waktu solat berjemaah kami ni bukan selalu pun dapat peluang.. biasalah anak baya amir ni kadang masa maghrib tu lah dia nak makan, nak mandi.. tu belum lagi tetiba alasan dia penat sakit kaki .. saya mesti saikoo dia sikit.. kalau sakitlah kene solat doa dengan allah nanti allah bagi sembuh, tak semstinya berdiri.. solat pun boleh duduk jugak, dah dia kata.. duduk pun susah ni ibu .. nak baring boleh.. anak².. ade jer menjawabnya, jadi saya kenelah tegas sikit bab ni... melainkan dia demam barulah saya tak galakkan dia berdiri lama.
Bicara Hati : Moga usaha saya ini mendapat sokongan hubby, diberkati dunia akhirat.. kerana ini adalah ilmu dunia akhirat.. sya manusia yang tidak sempurna