♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Spagetti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Spagetti. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Ogos 2013

Resepi Sos Carbonara Sedap Dan Mudah


Sorry pada kawan² yang tertunggu²kan entry ni .. yang sedang menantikan entry ni ... roti bakar mentega bersama sos carbonara yang sangat sedappp hahahahaa ... perasan .. pingsan kejap, tajukkk tak nak kalah ....

Sebenarnya bila dah publish gambar tu baru termalu pulak nak kongsikan resepi ni, tapi kalau malu kesian lah pulak pada yang teringin nak mencuba... sebab cara buat sos yang saya buat ni simple dan mudah dengan erti kata lain mudah, murah dan sedapp sebab bajet pun tak sampai RM 10.00 kalau di kira² tau ... lagi² kalau korang pakai sup cambells cendawan yang dalam peket tu ... yang dalam kotak tu lah.. dalam tu ada 3 paket selalunya.

Okkk.. jom kita tengok bahan² yang digunakan serta cara memasaknya.....


Bahan² :-

Sos Prego
Sos Campbells Ayam
Cendawan butang dalam tin
Serbuk Lada Hitam / Lada hitam Tumbuk Kasa pun boleh.


 Bahan² penting ... Sos Prego Carbonara (kalau nak jimat beli yang dalam tin selalunya RM 3.90 dan sos campbells ayam (kalau nak perisa lain boleh boleh ikut suka) (kalau nak jimat tak buat banyak beli dalam peket)


okkk sediakan periuk masukkan air dalam satu cawan kemudian masukkan ½ tin sos campbells .. panaskan sampai mendidih kemudian baru masukkan sos carbonara pregoo pulak dalam 3 sudu besar.





Cendawan dalam tin yang saya dah rendamkan dengan air panas dan dihiris ... selepas step yang kat atas .. bila dah masukkan sos prego .. barulah masukkan cendawan .. dan tunggu sampai mendidih dengan api perlahan ... masukkan 1 sudu besar serbuk lada hitam, tapi saya gunakan lada hitam yang dah tumbukk lagi umpphhhh .... saya agak² ikut kepedasan yang saya nak ... dah agak² mendidih lama .. barulah matikan api .. senang jerkan .. seyes saya tak masukkan gula atau garam sebab rasanya semua dah cukup lengkap herba dalam tu. Sos campbells tu dia dah masin.



Tara inilah hasilnya .... nampak sos tu macam cairkan.. tapi sebenarnya likat melekat okkk .. nyum².. sedapppppp di makan dengan roti prancis yang dibakar dengan mentega bawang putih .. tapi sebab takda kat rumah .. makan dengan roti bakar dengan mentega pun sedapppppppp (^___^) Sos ni boleh guna untuk dimakan dengan spagetti jugak. Selamat mencuba ... 





Bicara Hati : Penuhnya jemputan hujung minggu ni huhuhuhu .. bermula dari malam ini sampai esok, esok malam, ahad ... fuhhh pening² nak bahagi² ... ahad tu pulak jiran depan rumah .. bebetul depan rumah buat open house.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...