♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Syawal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syawal. Papar semua catatan

Selasa, 5 Ogos 2014

Rutin 1 Syawal


Assalamualaikum .... rutin 1 syawal yang sama setiap tahun, kalau orang lain rasa membosankan ... pada aku tak pernah langsung.. malah memudahkan kami ziarah menziarahi sanak saudara.. maklumlah kalau ikut belah mak memang semua duduk sekampung .. rumah pun tak jauh mana .. tapi .. tapi .. adik beradik mak memang ramai termasuk yang tiri² sampaikan hubby memula kawin dulu pun pening nak paham .. jenuh jugaklah terangkan .. sebab kami sepupu² semua jenis yang rapat, walaupun atuk lain².. orang dedulu kan kawin banyak kali ... oleh kerana kami dah duduk rumah sendiri tahun ni pagi² kami sepakat ke rumah mertua tua dulu .. rumah bapak hubby dan kebetulan adik beradik pun dah berkumpul... pesen aku takda hallah rumah sapa dulu pun.. kamikan sekampung, lepas rumah mertua baru kerumah mak abah pulak (^___^)v takda nak gaduh².




Sesi bermaafan dipagi raya, memasing tunggu giliran masa ni ... tema kami pepel pink .. tapi hubby kata maroon (adehhhh takmoo gaduh² ni baju recycle je pun) tahun ni kan dah sepakat .. hubby takmoo buat baju  baru.. jimat bajet katanya.. jadi pasrahlah pakai baju apa yang ada jer... seluar pakai jeans jer pun dah tak selesa katanya seluar tu.. iyelah baju ni dah 7@6 tahun kot masa memula kawin dulu .. tema tahun kedua kami beraya kalau tak silap.. amir pun takda lagi .. masih dalam perut kewujudannya .. itu pun ibu koo tak sedoo nak kikiki .. mujur takda pape.. air gas dengan pulut lemang di tibainya masa raya, yang penting tema ni belum pernah guna lagi dengan amir sepanjang 6 tahun beraya ni ... hihihihi ... jenuh nak cari baju amir tu tau.. sudahnya jumpa kat GM Klang itu pun harga kemahin mahal .. pejam mata ibu nak bayoo tau....


Awal² amir dah bagi tau.. amir tak suka pink macam perempuan, amboi kemahin sepakat 2 beranak tu tau... ayahnya pun tak suka pink awal² kawin dulu lagi dah cakap.. saya tak kisah warna apa baju raya.. tapi jangan ada unsur pink huhuhuhu .. sape nak geng dengan ibu ni .. anak dah geng dengan ayah .... 






Punya panas sepanjang ramadhan tu, pagi² syawal hujan selebatnya lepas sesi bermaafan di rumah mertua.... terpaksalah lambat sikit pergi rumah mak dengan abah dan join baraan keluarga. Hujan rahmat pagi syawal agaknya kan .... amir dah teruja kemahin tak saboo nak pergi beraya.. seronok layan kerenah dia sekarang ni.. dah besar agaknya dah paham .. dah jenis pandai berkawan.. takda dah edisi merenggek² panas atau penat.. energi berganda² sampaikan aku yang risooo kot dia penat... tidur malam ngigau, 





Raya 1 syawal kali ni meriah sikit.. amir dah ada sepupu.. kepochi kooo iqy dah pandai jalan.. memang meriah layan kerenah dia... hebat mengemas budak ni... dengan mulutnya yang becok... suka amir layan gelagat dia.. elok pulak takda gaduh² jeles... sampaikan sibuk nak naik kereta sama dengan adik ipar sebab ada iqy masa baraan keluarga raya pertama tu. Ramai puji amir dah kuyus..kemahin kembanglah anak bujang aku tu.. pulak tu dah pandai melaram.. sampai ayahnya kata ni ikut perangai sapalah ni.... songkok tu elok jer lekat kat kepala.. dah berpeluh² petang baru dia bukak.





Raya tahun ni yang tak bestnya mak tak buat lontong daun pisang huhuhuhu .. mak rebus nasi himpit jer, tapi mak mertua masak lontong daun pisang.. tapi macam tak menyempat nak menikmati sangat .... pagi raya tu... huhuhuhu .. mak kata takda sapa tolong kita pun dah beraya rumah sendiri .... iyelah dah duduk kampung ni amir pulak takmoo tidur rumah mak .. dia nak tidur rumah sendiri ermmmm ... camne nak buat.. pasrah je lah.. ingat jumaat ni nak ajak mak buat jugak.. tak kisahlah dah raya 12 hari sedappnya dapat makan lontong daun pisang dengan ayam masak kicap. Sudahlah kempunan nak makan ketupat daun palas tahun ni.. salunya ada jer mak sedara buat, tahun ni adehh satu rumah pun takda.. memasing dok hidang lemang pulak... :((

Gambar ni masa baraan orang² kampung, orang lelaki sempatlah buat bihun sup, masa baraan family raya pertama tu tak sempat nak snap gambar.. lagipun tak rancang nak naikkan baraan tapi ramai pulak sedara mara nak datang jadinya kita orang goreng nuget jer, bebola dengan puding roti 2 bekas tupperware.. itu jer yang sempat masak .. balik tengahari tu masa rehat.

Sesi baraan 1 syawal tamat pukul 6 petang, penat jangan cakaplah.. malam tu sambung lagi berkumpul rumah mertua dengan adik beradik hubby pulak sebab pagi ada yang tak sempat jumpa... inilah kelebihan sekampung, sana sini bahagi masa... amir elokkk je energi dia.. pukul 10 dah tidur kikikiki esoknya sambung ikut baraan orang lelaki kat kampung pulak dengan hubby dan sepupu² (anak buah hubby).

Cukuplah entry ni dulu, ni baru 1 syawal hihihihi .. ni pun dah cukup panjang, cuba di pendekkkan kot... banyak dah tapis ni.. yang penting ada entry kenangan ... gambar kami sedondon memang takda... tak sempat tahun ni... dengan amir yang sibuk kehulu kehilir.. memang takda gamboo sama².. huhuhu...




Bicara Hati : Dalam kita bergembira .. dalam kita meraihkan kemenangan, sentiasa ingat orang yang tiada .. sentiasa ingat orang yang dalam kesusahan .. jauh disudut hati ini .. mendoakan agar mereka² di gaza sentiasa dilindungi oleh Allah dan tabah menghadapi dugaan hidup.

Rabu, 23 Julai 2014

Ramadhan Kali Ini Dan Persiapan Raya 2014


Assalamualaikummm ... Banyak yang berlaku sejak akhir² ni ... fuh.. fuh.. blog pun dah lama berkulat, maaflah kalau ada yang ternanti² entry (perasan) ada yang dok lalu lalang entry sama jer kikikiki .. mesti jemukan.. meh orang lain hari ni ww saya nak bercerita.

Mood ramadhan kali ni biasa² sahaja, persiapan raya??? ermmmm tak tahulah orang lain beraya rumah baru sakan kot itu nak deko ini nak buat itu nak cat ini nak letak.. aku??? tak tahulah mana hilangnya mood ni .. mood biasa² sahaja .. tidak teruja jauh sekali beria².... mungkin kesibukkan kat opis membataskan sikitlah mood beria² tu kot... Balik rumah tu pun dah penat, hujung minggu memang takda kat rumah semedang sana sini hubby ajak berjalan ... kunun²nya cari barang nak deko.. kunun jerlah .... sudahnya baju amir yang dibeli kikikiki ..;p dan jangan tak percaya baju amir lagi banyak daripada tahun² sebelum ni.. tak caya baca entry ni sampai habis.




Sebelum tu nak mintak maaf pada kawan² yang menang giveaway hari baru sempat pos minggu ni.. jadinya lepas raya baru sampai ... maaf sangat² selain tunggu alamat minggu lepas masa pulak terhad memang tak dapat keluar huhuhu .. tu yang lambat pos.



Orang lain sibukk shopping baju raya, masya???? ko beli pasu buat apa hahahaha .. kena bantai gelak dengan mak tau ... habis dah rumah tu rasa macam kosong jer.. naklah tanam pokok bunga sikit.. alah kita pun tak pandai benarnya jaga pokok bunga, macam biasalah pilihan pertama mestilah pokok berdaun sahaja.. senang nak jaga .. ini pun pokok² bunga mak kita mintak kikikiki ...;p

Sebenarnya kan kepala ni ligat dok pikir nak buat itu .. nak buat ini .. tapi berangannn je lebih tau ... kuih raya ntah kemana, baju raya ntah kemana ... rumah berdeko ntah kemana hahahaha ... masya² ko dah kenapa sebenarnya ni ....




Dan ramadhan kali ni korang jangan tak tahu sahur memang takda nafsu nak makan, tapi masa buka ya allah nikmatnya semua nak dimakan yang ada depan mata ... paling suka kalau dapat makan roti bom cicah rendang daging seyes.. sedappnya... masak?? tidaklah beli bazar dekat opis jer... lagi satu suka makan popia goreng ... dengan popia basah.. yang ni dah macam wajib beli.. hubby mesti belikan setiap hari kat bazar kat kampung .... sedapp sangat pada tekak ni. Heran sungguh.. nasi??? tak jamah pun takpa.. lewat² sikit. Mood masak pun suam² rasa rajin masak, rasa tak sempat.. rasa penat lebih memang singgah bazar .. mujurlah hubby bukan kategori cerewet saya beli soto.. balik tanak nasi makan soto dengan nasi tu hihihihi .. apa de hal janji buka dengan kenyang.




Ishh tayang gambar makan lagi.. sorry kengkawan.. jangan marah ..... ni tak hinggat minggu kedua kot, sempatlah kami bertiga beranak buka kat luar ... kunun² saja carik kelainan dihujung minggu makan simple jer tom yam pok tek (langar pantang kejap makan tom yam), ikan bakar, kangkung goreng belacan, telur dadar kat betul² depan mardi jalan kebun ... ada restoren awanis ke hapa namanya ntah lupe... semua sedap kecuali tom yam kurang isi huhuhu .. nyesal order ...




Macam bisalah asal ramadhan jer kami mesti akan bergilir² buka rumah mak, mak mertua dan ipar duai .. ni minggu baru ni hari sabtu .. hubby nak cari barang, dah alang²keluar teruslah buka kat luar.. tapi buka kat rumah akak ipar .. kami beli soto, yong tau fu dan durian ... jadilah akak ipar masak nasi dan lauk pauk .. seyes.. amir makan berselera sangat.. dan jangan tak percaya budak tembam tu dapat puasa satu hari hari tu ... ralit berjalan agaknya .. masuk kereta tidur jer.. tu yang dia dapat tahan dahaga tak merenggek² nak buka .. chaiyok².. suka sangat sehari pun dah rasa syukur.. satu permulaan yang baik.




Ni menu buka semalam, alhamdulillah ada sedara bagi 'munjung' makanan nak raya biasalah tu ... nasi himpit dan kari ayam... aku pun apa lagi cepat²panaskan prata .. sahur pun makan prata .. hari² makan roti bom pun jemu .. makan prata kawan ni sedapp jugak hihihihi ... (^____^)v

Hubby dah bagi hint tahun ni tak munjung ker? ntahlah takda mood nak masak ... tengoklah .. ish pelik betul rasanya... tak tahulah kenapa sejak² akhir² ni asyik baca berita sedih jer.. tu yang agaknya mood nak beraya pun macam kurang, amir jangan cakaplah tak posa penuh tapi dia dah mula rasa seronoknya beraya.. memang layankan mood dia jer.. layankan dia borak... dialah banyak hiburkan hati ni.. dan soalan cepu emas dia.. ibu tak buat kuih raya untuk amir ker??? mak kawan amir dah buat dah .. ada takda tahun ni gigih buat kuih siput jer.. itu pun mak yang adun .. kita gentel² jer dengan adik. Yang lain semuanya kuih tunjuk.. itu pun kerepek.. kikikiki .....




Oleh kerana tahun ni amirrr kemahin teruja nak raya, penuh almari baju raya dia tau.. (baru dapat almarilah katanya) baju melayu jangan cakaplah.. sebab dia dah mintak awal².. amir nak semua baju yang ayah ada warna.. amir pun nak.. hohohoho pintammm makkk ko nak .... mujur sorang kalau kemboo naya ibu huhuhuhu ... tahun ni memang beli berlebih lah baju amir kata nak sama dengan warna yang ayah ada.. eh² merah lupe gantung ada kat bilik ibu ... lagipun amirkan dah mula ikut ayahnya pergi solat jumaat jadi ada baju banyak ni senanglah.. takdalah tercari² maklumlah baju amir tu merata .. kang rumah embah, kang rumah nenek ... yang kat rumah kang tinggal seluar jer... dalam banyak² ni ada warna tema baju raya kami tahun ni.. yang pasti tema ni dulu kami berdua jer.. amir masa tu dalam perut.. tak tau pun dia wujud hihihihi .. jadi pilihlah tema ni sebab hubby tak tempah baju.. jenuh jugaklah nak cari warna yang sama.. sudahnya jumpa kat GM klang, mahal ooooooo rm 52.00 pejam mata ibu bayar tau.. kalah harga baju ibu.

Lain² baju kemeja 1, t-shirt berkolar tahun ni banyak jugak saya belikan, kemeja tak berkolar satu dan baju tidur satu ... seluar macam biasa mestilah kiko 2 helai, sebab seluar beli masa nak raya jer.. tu pun kalau ada sale.. kalau takda sehelai jer kikikiki ..;p hahaha .. meriahkan baju amir.. hubby pun beli satu jer t-shirt, aku?? langsung tak beli.. ada takda blouse satu jer haha.... ;p




Oklah dah panjang sangat membebel lepas gian menulis hihihi .. meh belanja muka budak tembumm yang dah tak berapa nak tembam ni.. tulang bahu pun dah nampak sekarang tau... tu .. tu.. kemahin ngadap desrt puding roti.. siap puji melambung² kek ibu buat ni sedapp... padahal dah bagi tau puding bukan kek.

Itulah cerita ramadhan kali ni dan persiapan raya .. ni dah habis tapis dah .. pun panjang berjela .. kalau tak tapis.. mau lagi panjang korang nak scrolll ..... oklah mana tahu ni entry terakhir sebelum raya .. kang entry baru lepas raya baru ada kot.. jadi awal² saya menyusun 10 jari mohon kemaafan kalau ada salah silap sepanjang saya berkongsi cerita di blog ni ... yang kurang tu datangnya daripada silap saya sendiri ... maff yer.. kosong².. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN (^_____^)v















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...