KUALA LUMPUR, Khamis, 7 Februari 2013 - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pemberian bonus jubli emas yang dibuat oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.
Pengumuman bonus jubli emas yang dinamakan sempena sambutan 50 tahun penubuhan TH ini memperlihatkan peningkatan kadar bonus sebanyak 0.5 peratus berbanding pemberian bonus sebanyak 6.0 peratus yang dibayar pada 2011. Sempena perayaan sambutan 50 tahun ini juga, para pendeposit turut menikmati agihan bonus khas sebanyak 1.5 peratus.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pengerusi TH, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Dato' Paduka Ismee Ismail, Ahli-ahli Lembaga Pengarah TH, Ahli-ahli Panel Pelaburan TH serta barisan pengurusan kanan TH.
Alhamdulillah ada rezeki lagi.... moga sentiasa dimurahkan rezeki... tapi.. bila nak daftar haji ni... hubby kata akhir tahun lepas nak daftar.. ni dah masuk tahun baru senyap jer.... (^____^)v
Hubby kata macam mana nak daftar duit dalam tu asyik keluar masuk.. duit amir jer cukup daftarkan umuk ibu dan ayah dia sekali.. hahaha.. saboo jerlah....
Tapi kalau tak tolak daripada slip gaji pun memang tak menabung lah kesitu... nak pergi pejabat dia jauh bercinta sikit nunn kat pekan tu...
Bicara Hati : Moga ada rezeki lagi ditahun hadapan.