Gambar kebakaran makin teruklah jerebu di tempat saya .....
Pagi ni amir dah moody takmoo pergi tadika, dia tak sihat .. dia ngadu nak duduk kat taska sahaja sakit tekak.... pujuk².. alhamdulillah ok.. jangan kata amir, ibu sendiri pun tak selesa sekarang ni .. iyerlah keluar rumah awal pagi ditambah cuaca macam ni badan pun lesu dibuatnya.. kalau boleh macam nak baring sahaja.
Sedikit Tips masa Jerebu ni .. harap membantu sangat :-
- Kurangkan aktiviti luar
- Jangan Merokok/ Jangan membakar sampah sesukahati
- Banyakkan minum air masak
- Membasuh tangan dan muka lepas keluar dari rumah
- Pergi klinik kalau demam teruk
- Pastikan persekitaran rumah bersih
- Pakai penutup hidung keluar rumah, itu langkah selamat juga.
Bicara Hati : Bila nak ada hujan tiruan ni...