♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label lukisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lukisan. Papar semua catatan

Jumaat, 4 Oktober 2013

Cara Anak Meluahkan Perasaan



Anak-anak yang berusia 3-6 tahun, mereka masih dalam keadaan fantasi dan realiti yang hampir serupa. Di mana mereka melihat dunia sebenar sebagai dunia fantasi mereka. Ini menyebabkan mereka selalu meluahkan apa yang mereka fikir dan rasakan sehingga membawa kita penat mendengar celoteh si bibir kecil ini.


Mereka ingin meluahkan apa yang mereka rasa kepada kita kerana mereka meletakkan kita sebagai tempat utama untuk berkongsi rasa sama ada melalui lukisan atau pun perbualan.


Sumber : FB Liyana Malek

Sokong sangat² dengan kata² ni, tahu tak amir walaupun dia tak minat mewarna.. tapi dia minat melukis .. yang gelihatinya kadang² permintaan diluar jangkaan .. imaginasi diluar kawalan... mana tak nya dia akan melukis lori sampah, helikopter, kapal terbang ... kadang² kapal layar ... tapi cikgu pernah puji amir tau .. cikgu kata amir ni terlebih kreatif jugak.. contohnya cikgu suruh lukis pasu bunga .. dia akan lukis siap dengan pokok bunga sekali.. siap ada daun.. pokok tu memang akan ada bunga sekutum.. kadang cikgu gelak jer.. sebab imaginasi dia di luar jangkaan.... termasuklah lukis kapal layar .. siap ada orang dalam tu.. siap ada air laut .. ada awan.. ada burung .... cikgu senyum jer.. saya lagilah tersenyum.. sebab dah kat rumah pun dia memang buat macam tu.. lagi² kalau dia melukis lori sampah (anak korang ada terpikir nak lukis lori ni) siap lukis gambar orang bawak lori tu.. siap lukis sampah yang bertimbun.. macam² lagi imaginasi dia tau...

Selain tu amir dia jenis kalau nak luah perasaan ke apa ke semua dengan saya .. dia banyak bercerita .. kadang² mulut dia bercakap alahai sampai naik pening nak cari jawapan... baru² ni jer dia berani luah / bercerita dengan ayah dia ... (lumrah anak² memang akan lebih rapat dengan ibu) .. sampaikan cerita cikgu² dia pun dia nak cerita .. macam gosip² kepoci jer.. tau...



Bicara Hati : Tengah pikir nak buat aktiviti apa hujung minggu ni.. sebab mungkin tak balik kampung... (^___^)v






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...