♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label madah Hai Jumaat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label madah Hai Jumaat. Papar semua catatan

Jumaat, 11 April 2014

Bahaya Mengumpat - Tafakur Di Pagi Jumaat



Merenung di pagi jumaat, indahnya .. sayunya .. sunyinya.. kemeriahannya semuanya bergabung .. penghulu segala hari katanya. Bagi anak² yang bersekolah inilah hari yang dinantikan ... kerana esok akan bercuti.

Bahaya mengumpat dan marilah kita bertafakur .. merenung diri .. muhasabah diri .. janganlah sesekali amalan yang kita lakukan hilang pahala hanya kerana tanpa sedar sikap kita yang suka mengumpat .. kerana mulut badan binasa.

Sejak akhir² ni amir selalu bercerita tentang hari akhirat (selit cerita amir sikit yer) baru belajar bab baru agaknya, andaian aku amir sekarang mula belajar erti² dan maksud rukun² iman .. kerana bila bab akhirat dia macam takutt sangat².. lagi² asyik bertanya... nanti amir boleh jumpa ibu tak?? boleh jumpa ayah tak?? macam mana dah mati nak berkumpul ... kenapa mesti mati??? kenapa mesti duduk dalam tanah .. banyak lagi persoalannya yang akan timbul .. perlahan² kami perjelaskan... hikmahnya.. amir sekarang mula ikut atuk solat walaupun kami takda (kami kerja) bila dengar azan cepat² nak ambil air sembahyang ... dan akan ikut atuk solat.. walaupun bacaannya masih banyak yang belum hafal .. muhasabah ayah dan ibu melihatnya.

Salam Jumaat Semua ... Mari tingkat Ibadah .. Elakkan Mengumpat.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...