Banyak Pilihan minyak wangi kat luar sana sama ada punya alkohol atau tidak sahaja, tapi.. pernah terdengar ceramah agama minyak wangi biasanya mempunyai kandungan alkohol yang boleh digunakan bukannya haram.. kerana alkohol untuk makanan dan bau² adalah satu perkara yang berbza.. itulah yang saya ingat ustzah tu bagi tahu.
Okk sekarang rasanya hati ni dah tertawan pada bauan minyak kasturi syifa ni, sejujurnya masa pergi kat kedai tu.. ada banyak pilihan warna.. tapi menurut budak yang jual tu.. ini yang terbaik untuk mengelakkan gangguan makhluk halus .. macam tu lah lebih kurangnya.
Jadi sekarang saya pergi kerja pun pakai minyak wangi ni sahaja, selalu pakaikan kat amir masa dia dah tidur... pernah pakaikan sebelum tidur.. banyak pulak pertanyaannya... saya pakaikan dekat dia sebab amir ni kalau tidur suka mengigau.. dah tu karang tetiba menangis.. takut saya dibuatnya... alhamdulillah pakaikan minyak ni sambil baca selawat dah kurang sikit, tapi tulah.. kadang² saya ni culas.. sedar² semua dah tertidur...
Bukan Sebarangan Minyak Dibacakan dengan 30 juzuk Al-Quran
- Ayat-ayat syifa’
- Ayat-ayat ruqyah
- Al-Muawizat
- As Maul Husna
- Doa-doa syifa’
- Selawat Tajrijiyyah
- Istighfar
- Solat Hajat
- Dan lain-lain
Khasiat dan kegunaan minyak wangi ini, InsyaAllah sama seperti Kasturi Syifa’. Perbezaannya hanya pada harumannya. Ianya dikeluarkan hasil daripada maklumbalas daripada pengguna-pengguna Kasturi Syifa’ yang menginginkan haruman berbeza mengikut keselesaan mereka.
InsyaAllah ianya boleh digunakan sebagai terapi wangian sunnah yang berfungsi sebagai:
- Perisai diri
- Perisai tempat kediaman, tempat kerja, tempat perniagaan dan sebagainya
- Memberi ketenangan jiwa
- Mercerdaskan akal dan mencetuskan aura positif
- Menangani masalah anak
- Menghilangkan sejuk tubuh
- Menghindarkan perasaan gemuruh dan gementar
- Menghindarkan gangguan makhluk-makhluk halus, jin, hantu dan sebagainya
- Doa perlindungan untuk ke tempat-tempat ‘keras’ seperti hutan, lautan yang luas, tasik-tasik, sungai-sungai, bangunan-bangunan tinggalan lama dan sebagainyaDoa perlindungan dari disihirkan orang, dicuba-cubakan orang, rasukan dan sebagainya
Berdiri menghadap kiblat, tarik nafas perlahan-lahan, santai dan tenang.
Beristigfarlah dan mulai membaca Ummul Kitab Al-Fatihah.
Berselawat 3x dan gemakan niat atau Doa ketika mulai menyapu kasturi
Gemakan niat seperti :Ya Allah jadikanlah usahaku yang sedikit ini asbab kepada penyembuhan ke atas rohani dan jasmani ku”.
Kemudian hidulah bau Kasturi itu sedalam-dalamnya.
Mudah-mudahan Allah memberi manfaat daripadanya.
Mulai menyapu kasturi pada kedua-dua belah kening dan di belakang telinga
Sapu di bahagian bahu kiri dan kanan
Tangan (urat nadi) di kiri dan kanan
Sapu juga pada leher serta hidulah bau Kasturi itu sedalam-dalamnya
Sekiranya terdapat kanak-kanak yang sering menangis di tengah malam, sapukan sedikit pada belakang telinga dan ubun-ubun kanak-kanak tersebut.
Sebaik-baiknya digunakan bersama air yang telah siap diruqyah dengan Ayat Al-Quran dan sebagainya.
Sediakan satu bekas yg telah diisi dengan air, sapu Kasturi Syifa’ pada jari telunjuk
Mulai dgn masukkan jari ke dalam air tersebut dan kemudian pusing air itu tadi dgn jari anda mengikut pusingan tawaf (Anti-Clockwise).
Gemakan niat ketika itu, seperti:Ya Allah jadikanlah usahaku yang sedikit ini asbab kepada terlindungnyadiriku daripada kejahatan manusia dan jin”.
Baca 3 qul pada air kemudian hembus perlahan-lahan.
Masukkan ke dalam botol spray kemudian semburkanlah didinding rumah atau di ruang pejabat atau di tempat-tempat perniagaan.