Kisah ku yang sangat panjang pada tarikh ini 7 tahun yang lalu, sila klik X kalau boring nak baca.. maklumlah panjangkan.....
Pagi yang mendamaikan.. bangun seawal pagi diluar daripada hari kebiasaan... seawal pukul 6.30 pagi sudah menunggu bas... yups.. mujurlah bas tak lama lalu terus naikk....
Perjalanan diteruskan sampai stesen bas, naik bas lagi.. untuk menuju kedestinasi yang sepatutnya.... haiihh demi sesuatu kerja ku gagahkan diri ini... 2 bas kene naik turun... ingatkan nak naik moto jer.. abah pulak tak bagi huhuhuhu....
Turun bas yang kedua.. ku gagahkan diri memanjat tangga pula (panjat ker?? naik... ke.. daki...) gagal bm betul nak menulis hihihihihi..... (^___^)v sambil berjalan berselisih dengan orang² yang tak kukenali.. hanya senyuman yang kuberi....
Akhirnya aku sampai juga ke tempat yang kutuju... bertemu dengan seorang pegawai perempuan, melihatkan gaya yang berumur ku andaikan seusia² mak cik² ku dikampung.... ramai menyapanya... ada juga yang memanggilnya kakak... alamak!!! kakak??? errkkkkk.... ok.. terima hakikat.. itulah dunia baru yang kulalui....
Jenuh jugak aku mendengarkan syarahannya pagi tu, amaran² biasa bagi orang² yang baru melaporkan diri seperti diriku hihihihi.... paling tak dapat ku lupakan bile surat tawaranku kuhulurkan dengan senyuman sinis dilemparkan pada ku.. kenapa mereka ni hantar kamu yer.. kami perlukan jawatan lain.. errrkkkkk aku terkedu?? kepala mula ting tong.... ape yang diperkatakan jua dah tak boleh nak kudengari sangat.. hanya tersenyum.. dah sudahh.. nak hantar aku pg mane pulak ni.... pegawai perempuan tu sambung lagi... takde peruntukkan ni nak bayar gaji kamu.. alamak!!!!! hati aku yang sangat² seronok dan happy bertukar menjadi gundah gulana kala itu..... (dalam hati habis aku kene balik ke?????)
Ting tong sane.. ting tong sini... tepon sane.. tepon sini...
Akhirnya... owhh patutlah awak dihantar kesini.... rupanya aku kene mengantikan pegawai yang akan bertukar ke johor.. aiyakkk takkan pegawai perempuan tu tak tahu.. mane nak tahu.. kebetulan pegawai yang kene bertukar tu cuti bersalin daa...... korang bayangkan aku kene mengantikan tugas dan mengambilalih kerja yang dah 2 bulan ditinggalkan.... seriussss..... aku terus demam sepanjang sebulan mula kerja korang tau.... tapi aku gagahkan diri juga datang kerja.... dengan selsema... badan kejap panas.. seram sejuk huhuhu..... aku banyak belajar semua² yang baru.. tak pernah buat sebelum ni.. fail meja menjadi rujukkan... dokumen² lama menjadi rujukkan... nak menggis woooooooooooooo bile ingat²kan semua tu.. dah macam takmooo kerja dahh....
Aku rasa bersyukur akhirnya kini aku mampu melakukan kesemua² kerja yang diamanahkan.... penat lelahku dihargai... tahun pertama bekerja akhir tahun kene balik malam semata² untuk menyiapkan kerja² dipejabat, maklumlah masa u baru terkial² nak belajarkan buatkerjakan... kalau orang lain dapat bercuti sakan ... habiskan cuti² yang ada.. tapi aku kene duduk opis siapkan kerja.... mendapat bos² yang sangat baikhati dan memahami..... tunang juga amat memahami (masa tu masih lagi bertunang sekarang dah jadi suami hihihihi.....) dia lah yang amik kalau balik malam.. mane ade bas nak balik ke rumah huhuhuhu....
Dan sekarang masih lagi di pejabat yang sama cuma di bangunan yang berlainan.... ramai kawan² dah mula beralih arah.. aku masih lagi di sini.. pegawai yang memberi syarahan padaku dulu pun dah takde... tapi aku masih di sini.. seperti mahu berpindah.. mahu merasakan dunia baru.. persekitaran baru.. tapi memikirkan disini mungkin yang terbaik buatku.... aku pendamkan sahaja.... bile rasa bosan bukak jerlah blog ni kan.. kan... terapi minda.. baca kisah kawan².... akan membuatkan aku tesenyum.. kerana di sini tiada sekatan internet setakat nak bukak fb atau blog, tapi you tube tak bolehlah.... janji gunakan dengan sebaiknya....
Alhamdulillah 7 tahun berlalu ini kali kedua saya dapat APC,
jauh disudut hati sentiasa bersyukur terpilih.. walaupun rasanya ramai lagi yang lebih layak.... berbanding saya
krateria yang dipilih pun saya sendiri tak tahu.. sebab saya pun bukan jenis kaki bodek, jauh sekali nak mengampu.. datang kerja siapkan kerja, duduk tempat buat hal sendiri.... habis kerja balik hihihihihi.... saya bukannya rapat dengan bos atas saya pun... kami memang tak pernah sefahaman dari dulu tp dengan big² bos lain saya tak pernah ade masalah.... dari mula kerja sampailah sekarang.... semua pun mudah bekerjasama dan saling hormat menghormati.. (^___^)v.
Terima kasih kerana tekun membaca kisah ku... kisahku yang biaser².. aku tak hebat dalam menulis huhuhuhu... banyak yang perlu diperbaiki.... eh² tibe² entry ni guna gelaran 'aku' pulak.. selalu saya hihihihihi...
Bicara Hati : APC memang sentiasa menjadi isu tahunan yg paling hangat ditempatku... sebagai insan yang kali kedua dapat mestilah aku terasa tempiasnya kan, hakikatnya aku sentiasa ikhlas didalam melakukan kerja. jauh sekali mengharapkan balasan... ini rezeki buat amir sebenarnya dan motivasi buat diri sendiri juga untuk melakukan kerja lebih baik....