Mengambil keberkatan dipagi jumaat.. mood haruslah ceria² sahaja.. walau ape jua berlaku... (^___^)v ... ape jua yang berlaku dalam kehidupan kita adalah hitam putih warna kehidupan, asam garam dan lumrah yang harus ditempuhi bagi mematangkan diri ....
Edisi khas hari jumaat ini saya dedikasikan gambar pernikahan saya 6 tahun lalu.. majlis serba ringkas dihadiri sanak saudara kedua belah pihak, beberapa kawan² rapat dan secara langsung dipancarkan dari teratak rumah ayahanda & bonda (mengalahkan artis majlis kunun² tertutup yer.. hahahahaha... ) sebab secara langsung dari rumahlah hubby ketaq sampai 3 kali lafaz hahahahaha.. padehal takde mikropon punnn.....
Pada kawan² yang tak mahu tengok cepat²lah klik X sebelum muntah hijau di sini .... hihihihihi.....
Alhamdulillah 3 kali lafaz baru sah menjadi isteri.....
berdebar² saya dibuatnya.. mule² takdelah rasa ape² sangat pun....
saksi tok kadi lah buat hal boleh pulak terlelap masa yg kali pertama hubby lafaz, yang kali kedua pulak hubby dah ketaq kut baca tergagap² tak lancar.. so tok kadi soh ulanglah.... tu yang sampai 3 kali kikikikiki ...
(punyerlah ramai orang kat keliling kami masa nak akad nikah tu.. sampai kene sakat² kami.... )
Alhamdulilllah syukur.....
(suke tengok muka hubby masa ni macam tak percaya.. umur kami jauh beza)
Doa selepas akad nikah.. moga diberkati dan kekal kehujung nyawa.....
Tak dapat menahan sebak selepas di ijab kabulkan..... air mata berjujuran kerana kini telah bergelar seorang isteri.... (peluk makkk ketat² masa ni... )
Ciuman daripada seorang isteri selepas sah dinikahi.....
(amboi kemain lebar senyuman hubby yer.. masa nak serahkan mas kawin dan acara batalkan air sembahyang)
aaauuuuuummmmmm...... jeling² manje
Bilelah pipi ni nak kurus macam ni balik kikikikiki... (^___^)v
(teknik mekap semata².. hahahaha... xmoo mengalah tu...)
Gambar ni tak pernah disiarkan dimana² pun.. kali pertama di blog ni.. terima kasih pada yang sudi baca kisah hati kami.. dan memberi komen² yang membina di blog ini.. pada yang tak suke bolehlah klik X huhuhuhuhu.... saya tak berniat menunjuk².. sekadar berkongsi kegembiraan.. doakan moga kami kekal kehujung nyawa.... Amin..
Bicara Hati :-
Terima kasih sangat² pada kawan² yang sudi datang pada majlis akad nikah saya 06.06.06... dan sudi datang ke majlis bersanding hujung minggunya pulak....