♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Ahad, 14 Oktober 2012

Tuan Putera mahu berendam sepuasnya

  


Sila jangan ganggu ... kalau boleh itulah yang digantungnya kat kawasan dia main air tu... tak moo bagi sape-sape kacoo dia berendam depan rumah tu huhuhuhuhu.....

Dah lame di idam-idamkan... baru sekarang dapat main sendiri kat rumah hihihihihi.... sebelum ni tak pernah beli pun selalu dok numpang sepupu punyer.. tak pun main dengan anak-anak jiran lain (yang dekat sebelah menyebelah jer.. yang jauh ibu tak bagi)


 Kebtulan ade promosi dekat tesco 2 minggu sudah kot...
ibu belikanlah untuk amir RM 16.00 rasanya .. tak hinggatlh bape....
Oklah tengok size sedang elok letak kat depan rumah tu...


 
Memula jer mandi sorang .... anak jiran dengar amir jerit-jerit dok buat kuat lentang,  segala kuak.. jalan itik bagai... dia orang pun joinlah amir sekali .... dah berendam takmoo naiklah pulak....


Berendamlah puas-puas yer.... dah merasa juga bawak balik kg minggu lepas, berendam kat kampung dengan anak-anak akak sepupu .... nak harap per waterpark mase ayah bz ni jangan diharaplah... tunggu ayah free kite pg goaldcost morib lah yer... (itu jer yang dekat dengan rumah.. tu pun tak pergi-pergi hihihihihihi)



Bicara Hati : yeahhhh dapat baucer TAWAS, nak pergi shopping.. (belanja berhemah yerrr..)



Sabtu, 13 Oktober 2012

Sarapan Berkhasiat

     


Hari hujung minggu hari yang ditunggu-tunggu, ayah ade kelas, ibu cuti ... cuti kerja opis jer.. kerja rumah haruslah banyak yang hendak disiapkan hihihihihi ... (^___^)v


Sejak dah sekolah ni selera sarapan amir banyak yang berubah, mungkin dari segi peringkat umur pun iyer juga.... dia tak suke yang nasi atau makan berat lagipun sekolah akan bagi makan dalam pukul 9 lebih, kalau nak ketadika memang ibu belikan donut siap-siap 2 ketul, air pulak air teh amir siap pesan nak masukkan dalam botol ( kalau tak tadika dulu tak pernah lah ibu masukkan air teh dalam botol memang minum kat cawan jer....)


Minggu lepas masa balik kampung mak suap anak akak sepupu dengan nestum baby.. sibuklah amir dok menebeng nak jugak.... sudahnya mak bagilah baby besoooo tu sesudu.. haihhh dah rasa nak lagi.. siap pesan soh belikan lah pulak, ape halnya dah besar-besar nak makan nestum baby saboo jerlahh.....


2 3 hari ni dok pesanlah kat ibu soh belikan nestum tu.. tapi.. takkan lah saya nak belikan pulakkan... sudahnya saya belikan lah nestum macam ni.. jeng-jeng.... lihat gambar di bawahhhhhhh ....


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


v


  
Inilah sarapan berkhasiat tu ....
tengok tanda harga pun tak buang lagi ..
beli pek ekonomi jer... RM 2.75
pek percubaan, rasanya ni makan 3 beranak seminggu .. sebulan pun belum tentu habis.


Pertama kali ibu bancuh dalam mangkuk tau....
selalu nestum gini bancuh dalam cawan jer kat opis ...
Bancuh gaya gini .. amir kata.. amir nak yang macam baby makan dalam mangkuk (^___^)v
Bicara Hati : Lepas kenyang makan tuan putera pergi berendam kat depan rumah dalam kolam hihihihihi ....
 

Jumaat, 12 Oktober 2012

Fenomena hujan lebat luar biasa bakal berlaku di Klang

 
 
 
 Gambar daripada FB
 
 
 
KLANG: Penduduk Klang dan Pelabuhan Klang dinasihatkan bersedia berikutan kedatangan fenomena ‘Astronomical Tide’ yang membawa hujan lebat luar biasa yang dijangka melanda kawasan berkenaan dalam masa terdekat.

Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ehsan Mukri berkata, fenomena yang menyebabkan perubahan cuaca itu dijangka berlaku bermula 15 hingga 18 Oktober ini.

“Fenomena ini dijangka mengakibatkan kejadian ribut dan berkemungkinan air sungai akan mencecah hingga 5.6 meter serta menyebabkan banjir kilat di kawasan ini kelak.

“Sehubungan itu, penduduk diingatkan supaya berwaspada dan membuat persiapan awal. Pada masa sama mereka juga dinasihatkan memberi kerjasama kepada MPK dalam menghadapi banjir yang bakal berlaku itu,” katanya.

Beliau berkata, kawasan bandar Klang berada di kawasan rendah dan berisiko kepada banjir. Katanya, MPK akan melakukan pemantauan dan persiapan rapi bagi menghadapi fenomena berkenaan.

Beliau berkata, setiap jabatan yang bertanggungjawab juga sudah bersiap sedia dengan kepakaran masing-masing bagi menghadapi kemungkinan yang bakal berlaku nanti.

“Penduduk juga perlu memberi kerjasama dengan menjaga kebersihan di tempat masing-masing termasuk menyelenggara longkang secara sistematik supaya bebas daripada masalah longkang tersumbat akibat 
sampah,” katanya. 

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1 800 88 23626 atau 03-33716044, 03-33714404 jika berlaku sebarang kejadian kecemasan berhubung fenomena ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/10
Sumber : myMetro.com.my



Bicara Hati : Minggu depanlah yer .... Ya Allah lindungilah kami ...



 


 

Khamis, 11 Oktober 2012

Harapan seorang ibu

     

Sesuatu yang menyeronokkan untuk kite buat dalam hidup ialah bile kite buat bende tu dengan ikhlas dan penuh dengan sikap semangat dan teruja bersama insan² yang kite sayang.....

Buat sesuatu untuk anak, nampak anak senyum dan mule bijak berkata² dan menjawab setiap pertanyaan memang menyeronokkan (skema dak??? ayat x menahan) tapi itulah perkara yang paling saya suke buat bile dengan amir.... ade jer ceritanya.. tapi kalau dengan orang yang dia tak kenal dia tak berapa nak bercakap sangat (haihhh pemalu tak sudah² ikut peragai sapelah tu)

Sejak amir sekolah ni pagi² dan balik kerja ibu dah tak boring sebab ade jerlah cerita amir kat dalam kereta tu .. hari ni ustazah ajar ni lah.. teacher marah lah.. teacher garanglah... cikgu ujie baikk... (merujuk pada cikgu taska dia...) mestilah cikgu ujie baik... kalau amir baik.. itulah kata² saya.... cikgu lain pun baik.. kalau nak pandai mesti kene dengar cakap cikgu .. jangan melawan... itulah yang selalu saya sematkan dalam diri dia...

Lebih mudah menguruskan amir sekarang sebab dia dah nak pakai uniform tadika tanpa banyak tanya dan soal, pergi tadika pun dengan semangat sebab dah ramai kawan.. ade jerlah nama kawan baru dia akan sebut syakir, daniel kembar wadi wafi .... kadang² saje saya sakat.. takde kawan perempuan ker mir?? asyik lelaki jer nama yang amir sebut.... perempuan main dengan perempuanlah ibu .. kikikikikiki ..... 

Baru jer melewati minggu peperiksaan.. tak harap sangat pun dapat keputusan cemerlang, amir boleh menulis dan mewarna dengan baik pun ibu dah ok sebab baru 2 bulan sekolahkan, amirkan special kes.. orang lain sekolah awal tahun amir bulan 9 baru masuk tadika .... minggu ni ujian lisan/hafazan ... tapi amir mane tau menghafaz sangat stakat al-fatihah, doa makan, doa tidur tau lah dia... tahun depan barulah ibu akan bertegas kalau dia masih lagi tak pandai menulis dan membaca (^____^)v

Senggih tak sudah dah dapat bende ni.. sebab dah lame dia dok mintak ayah belikan tak tahulah kategori ape ipad, note atau tab 
semua² pun boleh panggil kot sebab touch screen ... tapi bukanlah jenama samsung, jenama ape ntah 
Ayah belikan masa melayan kerenah amir demam klik sini
Kebetulan ade offer .. hubby kata murah bolehlah buat main² amir jer.. bukan untuk hs pun... offer pun tapi  rm300.00 lebih juga tau .... ngee~~~ 
(sorry kalau dengan ibu nangis pun belum tentu ibu belikan)


Dah macam lappy jer saya tengok, tapi tu lah asyik dok layankan lori sampah jer.. saboo jerlah.. tv sekarang dia dah tak heran dah.... ibu nak layan korea sampai lebam mata pun takpe ....


psstt.. anje a.k.a mamy damia balqis jual lagi murah tau ... klik kat pc tablet for kids cheaper kalau nak tahu lebih lanjut.


Bicara Hati : Keputusan periksa pun tak keluar lagi .. amir dah dapat hadiah lagi ape kes.....




Rabu, 10 Oktober 2012

Kalau dah rezeki tak kemana

 



Jenama pilihan ramai ....



Bicara Hati : Beg jer kot, nak beli jenama ni tak mampu haihh.....


Selasa, 9 Oktober 2012

Jarang sekali berlaku

  


Hihihihihi .. tajuk post tak menahan, tapi memang itulah realitinya jarang sekali berlaku... ape tu?? ape lagi .. lunch berdua lah... maklumlah dah sorang kerja laluan kanan sorang laluan kiri mane nyerlah nak lunch same².... 

Tapi hari ni berpeluang lunch bersama² hihihihi.. sengih muka gatal depan hubby (tak tergoda pun dia huh)... abih dah kalau panas terik tengahari tadi  manenya nak tergoda hahahahaha....

Alah yang sebenarnya memang dah lame tak lunch same² pun kali terakhir makan lunch berdua sebelum puase kot.. yang kantoi dengan bekas anak murid hubby huhuhuhuhu .... ntah tak pasti ade buat tak entry tu.. macam nak terkeluar balik rasanya tengah dok sedapp ngadap mc d mase tu... ;p

Tekak ni teringin sangat nak makan asam pedas ikan pari yang sebenarnya, yang sedap lagi mableshh satu jer.. yang saya tau dan pernah makan kedai kat depan sekolah hubby tu yang lunch kat sane tadi same².. lagi pun dah niat kalau dapat rezeki lebih nak belanja hubby oklah tu (rezeki dapat bonus daripada MB hahahaha).. biarlah sikit same² merasakan... asam pedas ikan pari muara sedap².. masih terasa kepekatan kuah dia tu kat tekak ni.


Bicara Hati : Ade rezeki lebih lagi belanja kawan² blog pulak.. hahahaha.. amacam??? ade yang sudi ker???




Doa kakak buat adik bongsu

  


Seminggu mak berpuasa minggu lepas, niat moga adik dipermudahkan menghadapi periksa PSRA sebab adik sekolah hishamudin agama kan.. kalau sekolah menengah biasanya PMR.

Itulah mak ... 2 minggu adik dikuarantin tak boleh balik kampung kene duduk asrama, ahad semalam gigihlah masakkan nasi lemak sebab mak kata nak pergi sekolah adik.

Sebagai kakak yang sulung, akak sentiasa doakan kejayaan adik² akak, moga muhammad ba'ie berjaya dengan cemerlang.. kamu lah satu²nya yang belajar kat aliran agama .. kami ni semua sekolah menengah biaser jer... kamu luar biasa.. kamu anak yang bongsu.. pastinya ade harap dari abah buat kamu.. harap kamu tak mengecewakan kami. (^____^).

Kamu adik yang manje, tapi kamu sangat berdikari ... tak menahan setiap kejayaan kamu pasti perlu disusuli hadiah grrrrrr.... akak dulu tak merasa ape pun dari abah tau.... tapi kamu tak merasa dari abah kamu tuntut kat kami² kan.. hihihihihihi .. sambil muke sengih²....

Apepun akak doakan semoga kamu dipermudahkan menjawab exam dah berjaya nanti jangan lupekan kami pulak.. jangan lupekan mak abah.... 



Bicara Hati : Cepatnya masa tak sangke adik yang bongsu dah 15 tahun, dulu masa kecik dok pulas² jer peha dia takmoo dengar cakap. hihihihihihi....


Isnin, 8 Oktober 2012

Monday Blues .....

  
Ni jer yang larat masak tengahari ni untuk lunch huhuhuhuhuhu......
Bicara Hati : Alhamdulillah dah okk sikit ....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...