♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Sabtu, 15 Disember 2012

iSTiMEWANYA 1 Safar 1434H

   


Ramai Yang Bangga Melahirkan Anak Pada 12/12/12. Liputan Meluas Diberikan Di Dada-Dada Akhbar. Sampaikan Ada Yang Sanggup Melakukan "Operation" Mengeluarkan Baby Pada Tarikh Yang Terjadi 100 Tahun Sekali Itu Mengikut Kalendar Barat. Namun Ramai Yang Lupa Pada Tarikh Dalam Kalendar Islam Pada Hari Ini Iaitu 1/2/34 Hijrah 1 Safar 1434H


BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.


Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.


Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.




Bicara Hati : Moga hati kita sentiasa dilindungi agar tidak mudah kurafat, dalam keadaan yang serba maju ... pelbagai cara juga boleh digunakan untuk menyesatkan hati kita tanpa kita sedar (^___^)v





Jumaat, 14 Disember 2012

Jangan Mudah Membuat Penilaian

  




InsyaAllah .. biasanya ape jua perubahan yang ingin di lakukan pastinya akan ade cabaran dan dugaan, semoga kuat menghadapinya ......


Bicara Hati : (^___^)v

Khamis, 13 Disember 2012

Mewarna guna TABLET

  
   
  
Anak bertuah.. haiii anak betuah ..... bile disuruh mewarna, dah ade hobi baru dah.. mewarna pakai tablet jer lah ibu senang... jom lah buat ibu.. amir ajar ...(haru ibu dibuatnya tau.. anak lai celik gadjet)

Tak boleh nak salahkan sape pun.. memang perkembangan dan peredaran masa macam tu.. kalau saya larang lagi kuatlah memberontaknya.. sepupu mupu semua pun dah memang main kan....


Mewarna lembu katanya....


Tekun ... dah siap.. mesti tunjukk bagi tahu cantik tak...
Kadang ibu suke menyakat .. tak cantik pun.....
Cantik lagi yang amir warna kat buku hahahahaha... saje saikoo dia...


Gambar ni memang buat bergaduh.. amir kata ketam ...
saya dengan hubby dok kata udang ...
sudahnya diwarnakan kuning sebab dia tak boleh nak bayangkan warne sebenar ketam....
Iyerlah ketam sebelum masakkan warna ade oren².. ade hitam² sikit... tapi dah di masak warna lain.... u yang jadi kuning sudahnya tu...
 
 

Amir dah jemu dah layan game kat tab tu.... tu yang dia layan mewarna ni pulak.. percayalah.. tak lama lagi tu jemulah .. kang tak pasal keluar ayat.. 'Amir bosanlah ibu sorang² kat rumah' huhuhuhuhu ... tu saje nak suruh bawak berjalan lah tu...





Bicara Hati : Rindunya zaman kecik² main buaian kat pokok nangka mak depan umah, bukan sebarang buaian tau.. satu tali jer... ikat dengan pelepah kelapa.. sekarang kalau soh main.. mau patah dahan pokok tu hihihihihihi... ;p





Bertapa

  


Bersyukur .....
Hari ini 29 Muharram ...
Semalam 12.12.2012 
Masa berlalu terlalu pantas .....
Tanpa disedari .....
 
08.12.2012
Hari sabtu .... 
Dipaksa bekerja ....
Gigih menyiapkan segalanya ......
Kerana akan berlibur lara bermula isnin .....
(^____^)v
 
09.12.2012
Menghadiri jemputan kenduri sanak saudara ....
Hubby?? Final exam ...
Good Luck For Hubby ....
 
10.12.2012
Bangun seawal pagi ....
Menyiapkan segala mala bekalan untuk desinasi percutian ...
Pertama kali bercuti bersama mak dan abah .... 
Kami kesatu destinasi yang tinggi gitu ....
Perjalanan yang dipermudahkan ....
Alhamdulillah sampai jua dengan selamat ..... 
Sangat² seronok .... Ditambah hujan renyai² seperti merestui kehadiran kami ....
Nanti sambung Entry ... Entry tarikh ini adalah autopublish ....

11.12.2012
Sambung lagi kesatu destinasi ....
Destinasi yang memang telah lama dihajati ....
Sesuai sebagai destinasi riadah bersama keluarga ....
Tempat yang semakin ramai diketahui ....
Mandilah sepuas hati ( eh² terbocor rahsia)
Pergi tempat mandi-manda ....

12.12.2012
Pulang kerumah sendiri ....
Berbakul² baju bajan perlu dibasuhi ...
Mata sempat lagi jeling² FB & dan Blog 
hihihihihihi ....

13.12.2012
Masuk opis ...
Blurr .... Macam² atas meja ...
Segala fail² ... Tak tahu mane mau mulekan dulu ...
Sudahnya Bukak Blog (Yeahhh pc dah okk .. tak mabuk dah)
Gegegegege ... Mau sambung cuti lagi boleh???? huhuhuhuhu ....
Badan mule terasa sakit² ...



Bicara Hati: Setelah beberapa hari meninggalkan opis, hasilnya .. bertapalah dimeja ini hari ni, haruslah menyiapkan segala kerja yang ditinggalkan .....




Rabu, 12 Disember 2012

Mengidam Durian Crepe 121212

  

Tiada kata mampu dilafazkan bile tekak dah lama teringin dan mengidam nak merasa..... Akhirnya dapat jugaklah merasa.. nak buat sendiri memang tak terbuat hihihihihi...


 
Gebu nya dalam gambar .....
Realitinya besar lagi tangan Amir


   
Sedappppp...... krimimimimi yumiiii....


Bicara Hati : Dulu sebelum kawin tak suke sangat durian pun, dah kawin ni hubby suke sangat beli dan makan... nak tak nak lame-lame pun jadi suke jugak hihihihihihi..... suke yang bukan kategori keterlaluan... ade makan jer.. takde tak kisah pun .....




Isnin, 10 Disember 2012

Kegemaran Bermusim

  
Bile dah ade anak ni.. banyak selera kami suami isteri mengikut seelra anak, tak kiralah sama ada nak makan di kedai atau pun menu yang nak di masak kat rumah. Sejujurnya bile nak masak mesti ikut citarasa amir.. hihihihihi... jadi takdlah pedas² sangat... kadang² 2 batang cili jer tau .... tu pun maulah amir makan bercawan² air huhuhuhuhuhu....

Eh² ade yang bosan ke.. asyik cerita pasal amir jer ni??? saya tak berniat pun nak menyinggung sape².. janganlah ade yang terasa pulak... ni kan blog kisah hati .. jadi saya tulis kisah hati saya bersama insan² di sekeliling saya yang saya sayang.... kalau takmmooo baca takpe.. bolehlah klik X kat kanan sebelah atas tu....

Kegemaran bermusim... tajuk yang sesuai kot.. kalau ade yang follow saya daripada awal mesti dah tau.. amir ni dulu sukelah makan ayam masak kicap.. sampai kan ade jiran jauhhhhhhhhhhhhh saya perli hihihihihihi... sentap kejaplah masa tu... masa tu jer.. tak amik pusing sangat pun.... yang penting ibu suke tengok amir makan dengan selera ape jua yang ibu masak.



Pau hijau inti kaya pandan ni kegemaran terbaru ...
Penangan tengok masterchef musim kedua baru ni.. ade tengok chef buat pau...



Lepas suke makan ayam masak kicap, amir suke ayam masak lemak kuning lah pulak.. memang jenuhlah masak menu tu setiap hari ...... Sebelum pau ni dia suke makan dobut coklat (pernah saya buat entry tu..).. hampir setiap hari kami beli tau.. sampai dia kata takmoo barulah saya tak belikan.. anak².. hadoilah....

Hari ni.. percayalah amir dah suke laukkk sardin... yeahhhhhhhhhhhhhh suka ibu sebab amir dah mule nak makn pedas².. ikan pun dia suke jugak.. alhamdulillah.... tapi heran.. sejak sekolah ni takmoo makan sayur pulak gegegegegege.. ape sudah jadi huhuhuhuhuhu .....



Bicara Hati : Dalam peti sejuk penuhlah hubby belikan stok pau ni tau.. pagi² mesti kukus untuk bawak bekal dia ke taska...






Jumaat, 7 Disember 2012

Mabuk PC

    

 
Pantasnya masa berlalu... sedang elok datang kerja.. macam biaser haruslah on pc dulu, bukan nak bukak email cek kerja, tapi terus bukak blog hahahahaa... tak semengah betull.. sekali alamak!!!!!!! nape blogspot tak boleh bukak ni huarrrrggggghhhhhh banyak kali cuba pun same... ape ko no eh janggg ..... blurrrrrr jap .... (maklumlah rabun it) sekali member bagi tau ade problem kot PC ni .... sebab bukak kat PC lain boleh.... 


Mabuk lah pulakkk PC tu, majuk eh... asyikk digunakan aje.... segala mala .. ada kat situ mestilah dia mabukkan... cian dia... takpe² minggu depan akak cuti ... so PC bolehlah bagi rehat dan pergi bengkel eh hihihihihihi..... rehatlah kamu sepuasnya... seperti tuan kamu mahu merehatkan mintak juga. Lepas tu sama²lah tuan kamu... buat kerja sampai 6 petang baru balik.. jangan sampai 8 malam sudah gegegegege....


Nasib baiklah rehat panjang hari ni... so pinjam lah PC kawan BW puas² uhukk.. uhukkkk .... tak boleh nak jeling² kat meja sendiri. Kat PC sendiri cuma boleh bukak blog daripada link jer.. pagi tadi pun bukak melalui komen kat email.



Terima kasih pada yang sudi masukkan blog saya pada bloglist kalian.... 
Ni baru print screen .. watermark pun tak buat.. tumpang tempat orangkan hihihihihihi....




Bicara Hati : Ade hikmah jugak kot ... haruslah siapkan semua kerja sebelum bercuti panjang...






Sambut Ulang Tahun kelahiran Mak Mertua

   
Ni kesah jumaat lepas.. menantu bertuah ni bz lah katekan.. sampaikan ulang tahun kelahiran mak merua sendiri pun dia terlupa... huhuhuhuhuhu..... tak sengaja.... dan kebetulan bestday mertua sama dengan anak buah (anak akak ipar) jadi akak² ipar duai sepakat telefon hubby nak sambut sama².

Sudahlah balik kerja pena² hubby ajak pulak balik kampung, hadoilah pendek nafas kejap tau.. tak kemas barang.. tu belum lagi boleh pulak muka tak bersalah hubby tanya nak beli ape?? grrrrr ...... memang putus urat japlah pikir nak beli makanan ape.. sudahnya beli order satay jerlah ayah.. kang balik terus singgah amik.. ayah pergilah order dulu.. sempatlah orang tu bakar...
Yang baju hijau tu.. semua bestday orang pun dia dok menyelit nak potong kek dan tiup lilin hihihihihi.. layankan jer.... siap pakai topi lagi...



Bile dah kelangkabut, amir pun asyiklah meragam petang tu.... hangin tak menentu hala.. taufan badai... iyerlah agaknya kepenatan main kat taska lepas tu ibu sibuk mengemas nak balik kampung memang tak terlayan dia... malas nak amik pusing hubby bising² pun layankan jugak anak tu... saya tak suke nak marah anak depan orang, itulah yang sejujurnya... walaupun dia buat peragai... saya akan tegur bile bende tu dah reda dan tinggal kami berdua... barulah saya luahkan rasa tu... 

Secara psikologinya budak² pun akan malu dan rasa rendah diri bile dimarah depan orang ramai betul x?? lagi² depan sepupu² atau saudara mara..... jadi pedekatan saya kalau amir buat peragai masa tu memang saya terus pujuk dan akan bawak dia ke tempat lain.. tempat yang tak ramai tumpuan.. lagipun amir ni lembut hati mudah di pujuk walaupun dia nampak macam keras hati dan kadang² memberontak. 
 
Tak sempat nak beli hadiah apepun... memang terlupe.. tak hinggat langsung.. hubby pun ntah² terlupe jugak kalau akak² dia tak call sebab hubby nak exam.. dia sibuk ulangkaji.




Bicara Hati : Semoga dipanjangkan umur ibu mertua ku ... Alhamdulilah tahun ni dah 67 tahun (^___^)v masih sihat dan cergas lagi....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...