♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 11 April 2013

FM Langkawi Dari Ayue


Pertama kali singgah di blog, banyak betul resepi² yang ditayangkan.. maklumlah tuan tanah kedaung ayu suri rumah sepenuh masa.... dan resepi² yang dikongsikan juga kebanyakkannya mudah² belaka... sesuailah buat saya ni.. yang tak berapa nak pandai memasak guna penimbangkan kikikiki ...;p


Alpa selalu kerumahnya.. lama² tuan tanah kedaung bertukar tajuk blog kepada Cerita Hati , bermulalah episod dan kisah anaknya adam yang sangatlah comel, bijak pulak tu... dari situ mulalah rajin komen dan selalu bertandang.. biasalah bila kisah² dan ragam anak ni.. memang cepat jerlah nak komennya.. lagi² kalau yang mencuit hatikan.. Sudahnya tak sangka pulak menjadi pengomen tegar di blog ayue hihihihihi....


Ayue bermurah hati beri FM daripada langkawi kebetulan suami ayue baru balik outstation kerja kat sana.. suka².. macam nak lompat rasanya... sebab fm ni lain daripada koleksi yang saya ada... yang ini gambar helang.


 Terima kasih ayue, terharu dibuatnya.. sebab tak sangka dapat hadiah daripada ayue.. gara² selalu komen kat sana.... semoga perkenalan ini akan diberkati dan berkekalan selamanya....





Cantiknya kan...warna biru.. feberat kaler tu hihihihihi ...
Hubby senyum jer.. bila saya tunjuk fm ni.. sebab sejak rajin berblog ni makin bertambah koleksi.


Paling saya suka singgah blog ayue ni bila ayue buat entry dan bercerita mengenai homeschool untuk anaknya... ayue kan suri rumah jadi bila masa dengan anaknya banyak.. dia gunakan aktiviti macam ni dengan anaknya untuk berlajar.. teruja saya baca tau... iyerlah saya ni malam jer.. dapat join amir buat kerja² sekolah atau main² dengan anak, kalau diberi peluang macam ni mestilah banyak lagi masa dan aktiviti kita boleh buat dengan anak²kan.. masa di isi dengan lebih berfaedah sesuai untuk tumbesaran minda anak.


Pada sapa² yang belum kenal dengan ayue, bloglah pergi ke blog ayue http://ayueazruladam.blogspot.com selain menambah kenalan.. bolehlah kongsikan pengalaman mendidik anak kan.


Bicara Hati : Tekak makin perit, balik ni mahu cari buah kembang semangkuk.







Emosi




Salam pagi Khamis.. Cepatnya masa berlalu sekarang ni...








Rabu, 10 April 2013

Mood Tak Sihat



Tiga hari ni hubby yang akan hantar saya ke tempat kerja, dan kemudian hantar amir ketaska pula ... Jadual macam biasalah haruslah di susun sebaik mungkin supaya tidak menganggu perjalanan.

Mood hari pertama hubby hantar ketadika amir agak muncung kerana tak dapat nak singgah kedai mamak beli horlicks suam bungkus dulu .. sebelum ketadika. Bukannya banyak pun amir akan minum .. tapi cukuplah mengalas perutnya... anak² begitulah kerenah kadangkala.. bila ibu mahu bancuhkan yang 3 in 1 sahaja tak mahu pula.

Sejak malam tadi lagi amir dah mengadu sakit kaki kanan, kepenatan agaknya sejak akhir² ni dah kerap buat latihan sukan, kebetulan badannya pun suam² macam mahu demam... dan mengadu sakit tekak. Pagi ni pun amir mengadu sakit perut dan tekak... hubby kata dia muntah tadi.. turun kereta huhuhuhu.... Dah sms cikgu suruh pantaukan keadaan amir, call pengetua tanyakan keadaan dia dalam pukul 9.00 pagi, pengetua bagi tahu amir dah okk.. sedang makan.. hari ni amir cuti ketadika hanya duduk ditaska sahaja. Harap tak melarat.

Nampaknya malam ni pun macam masih tak selera sahaja amir nak makan .... jangan kata amir.. tekak saya pun dah mula semacam ni... kering, nak selsema dengan batuk jugak agaknya.



Bicara Hati : Patutlah berat hati nak pergi persidangan di Penang, Patutlah berat hati nak pergi kursus di Johor ... (isu johor ni jadi bualan hangat di pejabat) rupanya amir tak sihat.. naluri ibu kan.. bila berat sahaja hati.. pasti ada sebabnya.

 


Hari Ditunggu² PRU13














Fakta atau Auta Ni



Wanita Nampak Tua Setiap Rabu 
gegegegege .. gigit jari...








Cara Pengundian





Keterujaan dibuatnya, maklumlah kali pertama akan mengundi, tapi.. tak pastilah bila pulak tarikhnya tu kan... maklumlah masih lagi berteka teki ...

Undi adalah rahsia.. yupss.. sapa yang kita pilih tu yang rahsia.. tapi pergi mengundi ke tidak.. itu tak bolehlah rahsia sekarang sebab dah ada cara baru kan.. kene calitkan dakwat kat jari .. hihihihihi .....
(^_____^)V










Selasa, 9 April 2013

Majalah Kegemaran



Koleksi Majalah Harmoni 2013 yang saya berjaya beli setakat ni.. tak semua pun berjaya beli.. 
ini sahaja yang ada......


Lain orang lain kegemaran bacaannya, lain orang lain juga citarasa atau majalah kesukaannya .. terpulanglah pada masing² punya citarasa... yang penting biarlah bahan bacaan itu yang memberi faedah dan manfaat buat dirikan...

Sejujurnya lepas kahwin selalu tercari² majalah apalah yang sesuai untuk dibaca, takkan nak beli majalah remaja owhh tak sesuai dah rasanya... saya ni pulak kategori dari muda (eh² macam dah tua nooo yer..) memang akan berubah² citarasa bacaan.

Masa sekolah menengah saya memang suka beli majalah remaja, walaupun bukan setiap keluaran tapi kalau ada keluaran yang bagus mesti saya beli buat koleksi, lepas tu beralih arah pada nur dah meningkat dewasa sikit.. tu pun sekejap jer kot... sebab lepas bertunang saya lebih suka beli buku pengantin hihihihi.. kunun² cari idea nak buat hantaran dan konsep kahwin.. sudahnya konsep kampung jua yang di dambakan campuran jawa perak (belah abah) jawa selangor (belah mak) korang bayangkan jerlah tema apa yang jadi kikikikikiki ..... ops... cerita pasal kawin pulak.

Akhirnya lepas kawin majalah harmoni adalah majalah inspirasi saya lepas kawin .... pada saya info² dan tips² dalam ini banyak membantu saya .. cara penyampaian pun mudah difahami dan kurang iklan masa mula² saya beli dulu.. berbanding sekarang macam dah banyak iklan pula.. dan harganya rm 4.50 kira mampu milik lah.. walaupun sebulan 2 kali keluaran.... 

Masa mengandung skip sekejap beli majalah harmoni saya beli majalah pa & ma hihihihihi .... kunun² nak mencari info dan tips² bakal ibu lah masa tu.. sambil baca kisah orang lain dan pengalaman mereka bersalin.

Korang ada majalah kegemaran tak?? ke.. korang tak minat baca majalah .... minat baca novel eh.. ke buku² ilmiah.. saya ni semua pun baca.. janji bukan yang majlah prono huhuhuhuhu ..;p



Bicara Hati : Lamanya tak baca novel baru.. eh²kan.. hubby bila nak bagi elaun tambahan ni nak beli novel baru kikikikiki .... 




Join Ahli Dapat Voucher



Dah lama sebenarnya join jadi ahli bulan 2 kalau tak silap, masa tu jalan² dengan hubby dengan amir sekali kat jusco sekali singgah watsons ni kebetulan bila nak bayar mereka bagi tahu ada promosi hari tu join jadi ahli bayar rm 12.00 jadi ahli seumur hidup dan dapat baucer.... kalau tak silap... kalau silap ampun yer.. sebab tak bapa nak hinggat sangat ni ... 

Mula² malas nak masuk sebab bukan selalu beli barang pun.. tapi selalu singgah jer hihihi... tapi bila dia bagi tahu dapat baucer olay macam teruja pulak.. sebab saya ada pakai produk olay.


 Kad ni dapat terus masa join jadi ahli hari tu... kad seumur hidup katanya, tapi sebab dapat masa tu takdalah nama.. ke .. memang takda nama.. sebab saya baru join jadi tak tahulah kad ahli yang lain macam mana...


Join jadi ahli dapatlah baucer rm 10.00 dan barang olay ni.. macam krim muka, tapi saya tak pakailah pulak barang olay yang ini.. sudahnya voucher tamat tempoh gitu jer... mac baru ni huhuhuhuhu....



Bicara Hati : Korang suka tak kalau pergi pasaraya mana² tetiba ada jer sibuk nak promot produk dema lagi² ruang produk kecantikkan, saya kalau boleh mmg nak lari jer.. tapi.. kalau promosi produk makan.. sukalah.. dapat makan percuma hihihihi ...;p





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...