♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 12 April 2013

Kerenah Anak Dalam Kereta



Mendengarkan suaranya pagi hari menyanyi² sambil mendengarkan radio itu sudah membuatkan senang dihati ibu dan tanda amir sudah sihat, berbanding 2 hari berlalu.. pagi yang suram.. tanpa suaranya. Pagi yang sepi tanpa bebelannya....

Ibu kona kiri ibu.. kiri... sudah pandai menunjuk arah mana laluan untuk mengelak jem, gelihati aku kadang²... itu belum lagi kalau tiba² buat muka sayu.. ibu amir laparlah... amir nak makan nasi lemak pagi ni.. dengan telur mata lembu (hahaha.. masa dulu² pertama kali dengar macam nak tergelak bila amir sebut mata lembu, sebab selalu saya panggil telur mata jer).... okk kalau jam menunjukkan masih awal, memang lepas pergi opis ibu thumprint terus pergi beli nasi lemak dulu.. dan air horlikcs suam bungkus menjadi kegemaran. Tapi kalau dah lambat... roti krim sahaja.. itu pun amir dah cukup gembira, alhamdulillah.. dipermudahkan dan tidak cerewet.

Mood pagi tadi... rajin pulak siap suruh bawak buku bacaan, tapi dalam kereta memang dah mula bekalkan buku bacaan ni.. sementara jalan jem layanlah amir membaca giu².. takdalah dia bosan sangat.... kalau tak mulut amir asyik becok dok bercerita lori itu lah, kontenalah, kereta powerlah... emmm.. macam²lah... kadang saya naik jenuh menjawab soalan yang sama.


Ni mood pagi tadi sempat amik gambar masa dia membaca... walaupun tak lancar lagi.. tapi dah boleh membunyikan itu sudah cukup buat gembira hati ibu ni ....



Bebas kedepan, kebelakang itulah kerja amir... kalau dalam kereta... kalau mood baik pagi hari.. mahu juga dia pakai tali pinggang, kalau mood dia tak baik... baring jerlah kat kerusi belakang tu.... cium ayah cium ibu.... sambil bagi tahu.. sayang ibu buat muka manja lepas tu dia sambung tidur huhuhuhuhu ....



Bicara Hati : Malam nak tidur tak sudah² berulang kali baca kisah nabi yusuf, dah hafal dah nama nabi² siap menyanyi² lagi...


Khamis, 11 April 2013

Giveaway Perfume by maszmadi.blogspot.com



Mood kelaparan dipetang hari, haihh peliklah sejak akhir² ni asal petang jer mudah lapar... kenapa pulak yer... tekanan darah rendah ker??? 

Nak mengadap blog pun tak larat, tapi singgah jugaklah rumah kawan² dikasihi.... dan tertarik dgn GA kat bawah ni.. macam menarik jer... jomlah join.. klik pada gambar yer...










FM Langkawi Dari Ayue


Pertama kali singgah di blog, banyak betul resepi² yang ditayangkan.. maklumlah tuan tanah kedaung ayu suri rumah sepenuh masa.... dan resepi² yang dikongsikan juga kebanyakkannya mudah² belaka... sesuailah buat saya ni.. yang tak berapa nak pandai memasak guna penimbangkan kikikiki ...;p


Alpa selalu kerumahnya.. lama² tuan tanah kedaung bertukar tajuk blog kepada Cerita Hati , bermulalah episod dan kisah anaknya adam yang sangatlah comel, bijak pulak tu... dari situ mulalah rajin komen dan selalu bertandang.. biasalah bila kisah² dan ragam anak ni.. memang cepat jerlah nak komennya.. lagi² kalau yang mencuit hatikan.. Sudahnya tak sangka pulak menjadi pengomen tegar di blog ayue hihihihihi....


Ayue bermurah hati beri FM daripada langkawi kebetulan suami ayue baru balik outstation kerja kat sana.. suka².. macam nak lompat rasanya... sebab fm ni lain daripada koleksi yang saya ada... yang ini gambar helang.


 Terima kasih ayue, terharu dibuatnya.. sebab tak sangka dapat hadiah daripada ayue.. gara² selalu komen kat sana.... semoga perkenalan ini akan diberkati dan berkekalan selamanya....





Cantiknya kan...warna biru.. feberat kaler tu hihihihihi ...
Hubby senyum jer.. bila saya tunjuk fm ni.. sebab sejak rajin berblog ni makin bertambah koleksi.


Paling saya suka singgah blog ayue ni bila ayue buat entry dan bercerita mengenai homeschool untuk anaknya... ayue kan suri rumah jadi bila masa dengan anaknya banyak.. dia gunakan aktiviti macam ni dengan anaknya untuk berlajar.. teruja saya baca tau... iyerlah saya ni malam jer.. dapat join amir buat kerja² sekolah atau main² dengan anak, kalau diberi peluang macam ni mestilah banyak lagi masa dan aktiviti kita boleh buat dengan anak²kan.. masa di isi dengan lebih berfaedah sesuai untuk tumbesaran minda anak.


Pada sapa² yang belum kenal dengan ayue, bloglah pergi ke blog ayue http://ayueazruladam.blogspot.com selain menambah kenalan.. bolehlah kongsikan pengalaman mendidik anak kan.


Bicara Hati : Tekak makin perit, balik ni mahu cari buah kembang semangkuk.







Emosi




Salam pagi Khamis.. Cepatnya masa berlalu sekarang ni...








Rabu, 10 April 2013

Mood Tak Sihat



Tiga hari ni hubby yang akan hantar saya ke tempat kerja, dan kemudian hantar amir ketaska pula ... Jadual macam biasalah haruslah di susun sebaik mungkin supaya tidak menganggu perjalanan.

Mood hari pertama hubby hantar ketadika amir agak muncung kerana tak dapat nak singgah kedai mamak beli horlicks suam bungkus dulu .. sebelum ketadika. Bukannya banyak pun amir akan minum .. tapi cukuplah mengalas perutnya... anak² begitulah kerenah kadangkala.. bila ibu mahu bancuhkan yang 3 in 1 sahaja tak mahu pula.

Sejak malam tadi lagi amir dah mengadu sakit kaki kanan, kepenatan agaknya sejak akhir² ni dah kerap buat latihan sukan, kebetulan badannya pun suam² macam mahu demam... dan mengadu sakit tekak. Pagi ni pun amir mengadu sakit perut dan tekak... hubby kata dia muntah tadi.. turun kereta huhuhuhu.... Dah sms cikgu suruh pantaukan keadaan amir, call pengetua tanyakan keadaan dia dalam pukul 9.00 pagi, pengetua bagi tahu amir dah okk.. sedang makan.. hari ni amir cuti ketadika hanya duduk ditaska sahaja. Harap tak melarat.

Nampaknya malam ni pun macam masih tak selera sahaja amir nak makan .... jangan kata amir.. tekak saya pun dah mula semacam ni... kering, nak selsema dengan batuk jugak agaknya.



Bicara Hati : Patutlah berat hati nak pergi persidangan di Penang, Patutlah berat hati nak pergi kursus di Johor ... (isu johor ni jadi bualan hangat di pejabat) rupanya amir tak sihat.. naluri ibu kan.. bila berat sahaja hati.. pasti ada sebabnya.

 


Hari Ditunggu² PRU13














Fakta atau Auta Ni



Wanita Nampak Tua Setiap Rabu 
gegegegege .. gigit jari...








Cara Pengundian





Keterujaan dibuatnya, maklumlah kali pertama akan mengundi, tapi.. tak pastilah bila pulak tarikhnya tu kan... maklumlah masih lagi berteka teki ...

Undi adalah rahsia.. yupss.. sapa yang kita pilih tu yang rahsia.. tapi pergi mengundi ke tidak.. itu tak bolehlah rahsia sekarang sebab dah ada cara baru kan.. kene calitkan dakwat kat jari .. hihihihihi .....
(^_____^)V










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...