Tajuk tak nak kalah hihihihihi ... bukanlah ajaib mana pun resepinya biasa² sahaja, cuma di panggang dengan pemangang ajaib yang baru saya beli daripada langkawi tu sahaja hihihihi... kira merasmikanlah gitu.
Ini Kisah cuti hujung minggu baru² ni.... lepas siap mengemas rumah, tak tahu nak masak apa... jemulah asyik makan nasi sahaja.. lagipun pagi² sarapan hubby dah beli nasi lemak, mujur ada lebih.. makanya amir makan bersuap nasi lemak yang berlebih 3 bungkus ayah beli kunun makan untuk sorang satu... tapi saya kongsi dengan amir sahaja...
Sekadar menghabiskan stok yang mak beri sebenarnya, walaupun saya tahu kepak ayam ni tak elok di amalkan ... sesekali bolehlah kot kan.. kan... lebihan masa buat kenduri hari tu.. boleh tahan banyak jugaklah stok tu bagi kami 3 beranak ni... ;p jenuh jugak nak menghabiskan. Kali pertama masak ayam lada hitam itu pun selepas hampir seminggu ayam dalam peti sejuk, kalau dibiarkan lama takut tak sedaplah pulak rasa ayam tu.
Kepak ayam yang telah siap di pangang sedapp lagi ajaibb oooooo .. sekejap jer masaknya... nyum²
Resepi biasalah koboi jer.. apa yang ada di dapur
Bawang merah
Bawang putih
saya tumbuk sahaja kedua dan campurkan kiub ayam bersama sedikit garam, halia habis.. jadi tak letak
Sos tiram
Sos lada hitam
Madu
Lad hitam tumbuk kasar
Saya gaul semuanya sampai sebati dan perapkan... Lepas 2 Jam baru saya panggang
Sos pulak saya guna yang ini sahaja, tapi sup krim cendawan jenama maggie ni agak masin berbanding cambells yang pernah saya cuba, tapi layan jugaklah dah itu sahaja yang ada.. saya panaskan dan campur sikit sos lada hitam.
Hasilnya super duper....
seperti gambar dibawah ....
pada yang tak sanggup tengok cepat² klik X kat atas sebelah kanan
kikikikiki ... (^___^)v
v
v
v
v
v
v
v
Ada banyak jugaklah saya masak.. siap pulangkan pinggan mek kikikikiki ...
Bicara Hati : Sesekali hujung minggu dapat masak.. semua nak dicubanya, sekadar menghabiskan stok jer pun...