♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 17 Julai 2013

8 Ramadhan Buat Kami Suami isteri



Alhamdulillah dah 8 ramadhan hari ini dan 8 tahun juga ramadhan sebagai seorang isteri ....
Kami masih betiga .. ini tema tahun lepas .. tahun ni raya pun amir dah pilih tema .. ibu pasrah jerlah, tapi ibu suka.. ibu suka tema pilihan amir tahun ni.... nanti korang tengok jerlah baju raya kami yer... 



Anggota Yang Wajib Berpuasa Juga






Semua anggota wajib berpuasa:

1) perut
2) mata
3) telinga
4) mulut
5) tangan dan kaki
6) kemaluan

Jangan sampai terbatal pahala puasa
(^_____^)














Selasa, 16 Julai 2013

Dah Seminggu Berlalu Ramadhan



Mula² ramadhan kali ni kesihatan amir terganggu sikit sekarang alhamdulillah dah semakin pulih ... cuma masih belum mula puasa lagi .. saya pun tak mahu memaksa sangat ... walaupun gelihati saya bila cikgu tadika bagi tahu .. dia tanya amir puasa tak?? amir kata puasa.... tapi tak lama tu mintak buatkan susu .. makan tengahari pun dia join ... amir².. dia tak paham sangat apa maksud puasa tu lagi ....

Dua hari ni tetiba diserang sakit badan kat bahagian belakang ... tak tahulah dah kenapa pulak ni kan .... tetiba jer, selalu makan kurma okk jer... (sakit belakang sampai pinggang ni memang dah lama lepas bersalin.. kesan bius dulu) hukhukhuk .. malam tadi hubby tolong urutkan dah okk sikit .. sebab orang yang selalu kita orang pergi berurut tu takda pergi terawih.

Dalam entry berjaya mengawal diri pagi tadi tu .. yang berjaya mengawal diri ke PARAM tu saya jer ... hubby kemain lagi .. gatal jer jari kaki tu nak melangkah kesana .. takda buat apa kat rumah .. bawak amir pusing² naik motor dia singgahlah pergi PARAM tu .. kadang dia tak beli pun ... saja bawak amir tengok gelagat orang .. buat sesak² jer kat PARAM depan rumah tu ... tapi semalam dia beli mertabak itu pun sekeping ... besar dan nipisnya lebih kurang roti canai telur jer ... sebab saya tak reti buat mertabakkan.. tapikan.. tapikan.. teringin nak buat mertabak biskut hup seng tu .. macam sedapp jer.... dan nasib baiklah hubby tak beli air ... yang tu mahu saya bebel sebab kat rumah dah sedia satu jug air nanas.

Orang lain dah pakat² nak mengisi orang cuti berapa lama, saya jer tak amik pusing sebab tahu hubby cuti sekolah seminggu jadi tak risau pun kalau tadika amir tutup .. jadi hubby boleh jagakan kat rumah .. jadinya kalau saya cuti pun .. cuti sebelum nak raya jer. (^___^)




Bicara Hati : Puasa ni malas nak upload gambar, sorry yer.. kalau entry asyik membebl² jer ....





Berjaya Mengawal Diri


Bulan puasa ni memang besar cabarannya, terutamaaaanya nak mengawal nafsu .. nafsu pulak nafsu naga kan .. semua berkehendak kikikikikiki .... tang bersahur takpa sangat kot, tapi .. tang nak buka tuh ... kalau boleh nak penuh semeja .. padahal yang betul² puasanya cuma 2 orang sahaja pun.

Alhamdulillah masih lagi berjaya mengawal diri belum lagi pergi ke PARAM .. walaupun baazaaarr bukak betul² kat laluan nak masuk rumah ketaman, dan setiap kali lalu jugaklah amir akan tanya.. kenapalah pasar ni asyik ada setiap hari ibu .. jemlah kan.. kan.. ibu kan... hihihihihi... walhal ibu ni dah banyak kali cakap bukan pasar sayang .. tapi baazar... tapi biasalah budak²kan.. kita kena cakap berulang kali .. 


Alhamdulillah.. sehingga semalam berjaya .. moga sehingga 30 Ramadhan



Ok itu satu bab, ni lagi satu bab .... sana sini dokk lah tayang gambar dalam fb, dalam intagram (saya takda instagram pun), dok lah tayang kat blog menu sahur dan menu buka .. tapi alhamdulillah .. saya berjaya mengawal diri jugak .. belum tayang gambar² makanan lagi sepanjang ramadhan ni .... sebabnya mengambil pengajaran entry² tahun lepas ... bila saya buat entry dah ada yang terliur, dah ada yang rasa macam nak buka (tak pasal rasa macam berdosa pulak) .. ada yang mintak resepi (yang ini ok lagi) .. ada yang kata macam² lagilah terutama cik annon .. jadi saya publish esok² lusa malam hari jerlah kalau saya rajin yer.. waktu siang insyaallah saya cuba tak publishkan entry makanan... 

Berjaya jugak mengawal jari daripada membeli barangan online untuk hari raya setakat ni hoyeeehhhhhhhh ..... setakat 7 ramadhan ni belum lagi saya membeli barangan online .. order² kuih kat opis pun saya tak jugak .. kunun² nak buat sendiri .. korang tengoklah kang .. ntah jadi .. ntah tidak².. takut² beli jugak kat aeon big hahahahaha ..... (sebab setiap tahun pun memang akan bagi ipar duai kuih0 ngelat nak masak munjung² ni.




Bicara Hati : Memang susah tapi kene jugak kawalkan ... harap berjaya, ni kira azam ramadhan kali ni lah ni (^____^)v







 

Isnin, 15 Julai 2013

Tempat Pilihan Untuk Berbuka Puasa Dihujung Minggu



Entry ni bukan nak bagi tahu tempat² menarik untuk dikunjungi berbuka puasa dihujung minggu .. jangan salah paham pulak .. tapi ini cara kami bila hujung minggu tak kosaaaaa nak buka bertiga kat rumah hahahaha ...

Daripada awal perkahwinan dan sejak kami berpindah rumah sendiri kami suami isteri sepakat .. walaupun tidak duduk bersidang .. tapi kami amik kata kesepakatan bila hujung minggu kami jarang akan berbuka dirumah biasanya minggu yang pertama selalu akan berbuka di rumah mak saya, kemudian rumah mak hubby dan kalau ada kelapang hujung minggu seterusnya kami akan berbuka di rumah ipar duai atau besama rakan² diluar hihihihihi ... (^___^)

Sebab hari² biasa saya akan masak jadi hujung minggu walaupun saya masak, saya lebih suka balik kampung untuk berbuka dengan ahli keluarga ramai² .. lagi meriah, maknanya kalau saya masak pun saya akan balik kampung jugak hihihihihi .... ataupun saya beli bahan siap² dan masak dikampung lebih berselera nak makan.

Tahun ni kebetulan ramadhan pertama saya dah terbuka puasa dirumah mak secara tak sengaja masa amir tak sihat hari tu, jadi hujung minggu baru ni saya berbuka dirumah mertua lah pulak, patutnya kami pulang sabtu petang .. dan nak tidur semalam dirumah mertua .. tapi dah tiba² hujan selebatnya petang sabtu tu, masing² pakat tak kosaaaa nak keluar hujan² takut jalan jem jadinya kami buka puasa jerlah dirumah jugak ermmmmm ....

Alhamdulillah semalam dah selamat berbuka dirumah mertua, tak boleh ibu nak masak special sebab menu pilihan dibuat oleh amir (budak bertuah yang tak posa² lagi tu kikikiki ) menu ayam masak kicap, ayam sup, kailan ikan masin itu jerlah... tempe goreng... takda rezeki ibu nak masak siakap 3 rasa tau.. apatah lagi ayam percik .. dah amir buat keputusan muktamad nak lauk pauk ayam masak kicap dan sup ... buka tu berselera dia makan.... dengan tempe goreng ... dah macam dia pusa seharian .. padahal sebelum bali kampung sempat lagi dia makan nasi dengan telur kicap, gambar² tak kosaaaa lah nak amik .. semua pun dah lapar kan.



Bicara Hati : Seronoknya hujung minggu tengok masjid² penuh semasa terawih, agaknya ramai buat pilihan ketempat terawih jauh sikit dari rumah mahukan kelainan dihujung minggu.







Sudah Ramdhan Yang Ke Enam




Sudah masuk hari yang ke enam, masih lagikah nampak lesu .. masih lagi kah perut meragam ... lagi² hari isnin macam ni kan.. dah 2 hari kita bercuti. Harap hargailah ramadhan ini, kerana tahun depan belum tentu kita berpeluang merasainya lagi .. jadi janganlah buat sepeti gambar² di atas yer... jangan rugikan masa, buatlah aktiviti yang berfaedah.










Ahad, 14 Julai 2013

Meriahnya Dengan Keletah Budak Peramah Ni



Ni kisah saya masa 1 ramadhan hari tu .. masa buka puasa kat rumah mak tu hari, sebab amir kat kampung kan .. malas nak meredah jem balik rumah .. jadi kami buka puasa siap² kat rumah mak, lepas tu barulah balik ....

Meriah dibuatnya bila amir melayankan keletah rizqi anak buah saya tu hihihihihi .. pada demam² dia tu .. masih jugak nak melayankan rizqi.. dah pandai borak, dah kenal orang ... tangan kaki siap bergerak² kikikikikiki ... dah macam mengayuh basikal gaya berceritanya.

mulut, tangan kaki semua bergerak seiring, geram toiii saya ...... dengan budak tembam ni 2 bulan dah 5kg lebih .. adehhh siaplah ibu koo nanti rizqi nak dukung masa raya...



Lepas kita orang buka puasa elokk jer dia tidur kikikikiki .. apa lagi, saya mekapkanlah dia .. pakaikan dia celak ... bulu kening halus kemain hihihihihi .... kan comel dah mekapkan kening tu  (^___^)



Semalam rizqi dah balik kampung, pergi rumah wan dia.. cepatnya masa berlalu dah nak 60 hari usianya ... seminggulah rizqi kat sana nanti.. barulah balik rumah mak balik.






Bicara Hati : Tak tahulah nak buka puasa ni, kat rumah sendiri ke.. kat rumah mertua....












Sabtu, 13 Julai 2013

Ciri - Ciri Pada Anak Dan Diri



Sajalah nak kongsikan malam hari ni .. korang anak nombor berapa??? 
Saya Anak sulung, tapi .. kalau jumpe sedara mara dulu masa arwah adik ada.. saya ni tak macam anak sulung pun.. orang kata macam anak kedua.. sebab badan saya ni tak besar dan gagah perkasa kikikikikiki ... dan takda ciri² pemimpin kot huhuhuhuhu .. tegas, tegas ada.. sampaikan kat opis pun orang gelarkan rimau kikikiki .. padahal tak garang pun sukati dia orang jer.. nak bagi gelaran.






Photo: Ramai tanya Pakar Diari Hati (PDH) tentang perwatakan anak, ini saya kongsikan. Yang baik kita ambil, setiap anak berupaya mengubah perwatakan menjadi lebih baik setiap hari :)

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

P/S: SIFAT-SIFAT yang dinyatakan ini bukannya RAMALAN NASIB. Tapi ianya diakui sebagai FAKTA SAINS yang membuktikan, perihal manusia. Tolong jangan sempitkan fikiran anda. Terima kasih! Silakan SHARE. :)

Oh yea, anda anak yang ke berapa? Nyatakan dalam komen. PDH anak ke-2!!! ♥








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...