♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 10 September 2013

Vacum Buat Hal



Raya baru² ni, eh² nak cerita pasal raya lagi ker?? hahahaha.. gasaklah masya .. nak cerita jugak .... walaupun raya dah habiskan, ni kira beberapa hari nak raya lah macam tu, hubby kemain rajin kalau nak raya tau .. daripada menyapu .. buang sawang kipas, sawang siling, pasang langsir dan vacum² ni hubby memang rajin.. alhamdulillah .. sejukk hati isteri tak payah cakap hubby memang akan buat... dan hasilnya selalu hubby kemas rumah memang jarang mengecewakan hati mesti bersih punya. hihihihihihi .....

Dah 6 tahun duduk kat rumah sekarang, dah 6 tahun jugaklah usia vakum kami kat rumah tu .. tup² raya tahun ni dia buat hal lah pulak .. mujurlah hubby dah habis vakum, dan mujurlah jugak kat rumah takda karpet mulu² geliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii tu kan hihihihihihihi .... haihh sadis betullah.

Tak amik pot sangat kot vakum tu rosak, dia rosak kat bahagian sambungan tu terputus, jangan tanya macam mana jadi .. jangan tanya.. saya tak tahuuuuuuuuuuuuuuuu .. tapi muka hubby macam sedih sikitlah .. sebab vakum tu banyak berjasakan, balik kampung pun kadang kami bawak.. ada yang nak guna.. dan masa raya tu sempatlah jugak mata ni dok usha² vakum... usha jerlah ... belinya tak tahulah bile kan kikikikiki ...;p siap cakap kat hubby nanti kalau ada rezeki nak beli vakum macam yang kat tempat basuh kereta tu lah ... (melampau tak .. selera naga betulkan)

Sekali kan.. sekali kan... tak sempat pun nak cerita pasal vakum yang rosak kat blog, hubby buat supriseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ... balik² kerja tup² kemain besar ada kotak kat sebelah pintu hahahahahahaha ... reaksi aku?? ntah terkesima kot ... apa yang besar sangat kotak ni .. nak senyum pun macam iyer² nak senyum tak jadi hahahahaha ...


Hubby dah beli vakum baru hihihihihihihihi ....... 3 dalam 1 katanya, ntah apa yang 3 dalam 1 pun saya tak tahu.. tak cuba pun guna lagi, beria hubby bukak kotak tu ...



 Hubby dah terjebak beli online .... beli online vakum ni tau gegegegege ... tu yang tak sangka tu.. hubby kata ade offfer kat Lazada tu dia beli, offer² pun rege masih 100 lebih jugak .. tapi masih berbaloilah termasuk harga pos tak sampai 180.00 pun wiwiwiwiwi ..... berbanding kami nak cari serve dari satu kedai ke satu kedaikan .... wawawawahhhhh hubby dah terjebak membeli barang online ... ni barang yang ke - 3 @ 4 kalau tak silap sebelum² ni dia ada jugak beli yang lain .. ;p semuanya pun kat Lazada jer hubby beli.



Dan anakku yang bertuah ini dengan sesuka hatinya .. dengan berjayanya telah memasukkan diri kedalam kotak vakum itu tanpa rasa bersalah huhuhuhuhu .. dan mendeko² kreativiti di situ .. alahai .. anak²... kotak ni ibu nak letak vakum sayang ... lama nak gunakan kotak ni yang, nasib baiklah kamu conteng jer... kalau gunting kotak ... nampaknya vakum tak berisi dalam kotaklah jawabnya.



Ok.. cukuplah tu edisi vakum punyal hal, dan dapat vakum baru .. hubby kata ada orang tu.. dia tak belikan hadiah .. jadi dia beli hadiah sendiri hahahahaha .. ayah ni ada² jerlahkan... bukan vakum ni .. dia ada beli barang lain jugak selain vakum ni kat lazada tu.... dia kata beli hadiah hari lahir sendiri.. alahai ... sebak jap dengar walaupun saya tahu hubby bergurau jer.



Bicara Hati : Ala... lupa nak amik gambar vakum lama, ade jer kat rumah tu.. duduk dediam atas almari hihihihihi....










Isnin, 9 September 2013

Nasi Goreng Makan Hati





Dah tengahari rupanya, cepatnya masa... cepatnya ½ hari berlalu .... naik kerooo (juling) mata melihatkan nombor² menyemak gaji ni huhuhuhuhu ..... 

Jom jamu mata kejap, orang kata tak elok makan hati .. makan hati ayam ke.. lembu ke.. kerbau ke .. sesekali okkkk kot .. jangan selalu .. pagi tadi kemain laparnya .. inilah sarapan pagi tadi .. merangkap sampai dah tenghari ni tak habis².. memang kenyang sampai malam lah jawabnya hihihihihihihi .. makan nasi goreng makan hati ni.

Apa menu tenghari korang, tetiba terbayang sedappnya .. kalau dapat makan kotiaw goreng, sedapppnya kalau dapat tom yam seafood huhuhuhuhu ..... 



Bicara Hati : 2 hari cuti musim sejukk jer.. kikikikikiki .... hujan sana sini siang malam kat selangor ni.







Raya Dah habis ..



Raya dah habis dah .. tapi minggu ni jadual kami masih penuh lagi huhuhuhuhu .. kenduri kendara .. sana sini, baik majlis kawin, kenduri kesyukuran nak pergi haji dan aqiqah ... semua pun dah bermula .. minggu depan pulak sepupu bertunang .. kebetulan kan isnin 16 Sept cuti . Fuhhhh jadual penuhhh .. kalah menteri ... gegegegegege .. poyo jerkan. Lepas tu kengkawan tanya bila nak open house.. takda maknanya nak open² house.. kalau ada nak datang bagi tahu jer.. saya rogerrr jer.... ;p


Gambar takda kaitan, anak bertuah - haihhhhh anak bertuah ... ini kerjaannya pantang jumpe kotak yang dia muat masuk ... pingsan ibu........ kalau ada 5 orang macam ni.



Bicara Hati : Tiada istilah monday blues, audit nak masuk seminggu lagi gegegegegege ... 










Jumaat, 6 September 2013

Tuhan Sedang Menguji Kita





Takda lagi koleksi buku ni, tapi kata² semangat pada tajuk tu ... begitu mendalam maksudnya ... allah sentiasa menguji hambanya .. terpulanglah pada hambanya mampu atau tidak menghadapi .. tapi janganlah sampai mengeluh .. percayalah Allah takkan menguji hambanya .. jika hambanya tidak mampu menghadapi ujian itu.


Salam Akhir Syawal .. Salam Hari Jumaat .... Selamat Bercuti Di Hujung Minggu


(^______^)v










Cuak !!!



Korang pagi² nak cepat, tiba² jadi sesuatu yang tak di duga, korang rasa cuak tak?? cuak apa eh?? dia rasa macam nak kata panik .. nak kata blur .. macam tulah .. pastu buat muka macam elik eh².. napa ni .. napa ni... hah!! macam tu lah.

Cuak !!! berdebar² ... tetiba bila lepas hantar amir kereta tiba² tak boleh masukkan gear, jangan buat pasal pagi² wehhhh .... baru berusia 4 tahun ... takkan dah buat hal kot kan ... pingsan kang, jangan macam² hal.

Dua kali jugaklah matikan enjin dan start kereta balik .. masih sama gear tak boleh masuk .. tak boleh gerak² mengeras semacam kat tempat P, langsung tak boleh digerakkan huhuhuhuhu .... Amir pulak dah melambai² ... babai kat pintu masuk tadika, mesti dia pun pelik asl lah saya tak jalan² kereta lain pun nak masuk. Selawatttttttt panjang, istigfar jap dalam kereta sambil senyum dekat amir kat luar.



Akhirnya dia boleh jugak bergerak balik, tak tahulah kenapa yer jadi macam tu??? maklumlah tak tahu sangat pasal kereta ni .. main bawak jer.... jangan macam² hal kereta ni masa saya tengah bawak sudahlahkan...



Bicara Hati : Hari ni hari terakhir syawal .... 






Khamis, 5 September 2013

Cara Masak Mertabak Maggie



Pepagi dah bagi resepi, poyooo jerkan ..... yang sebenarnya cpu rosakkkkk huhuhuhuhu .. ni entry yang dah siap draft ... buat kerja pun tumpang meja sebelah.. sambil² tu bukak blog jap ... kata blogger tegar hihihihihihi.. sehari haruslah ada satu entry kan... takda entry macam tak bestt jer...

Resepi mertabak maggie , simple ikut citarasa tekak masing².. macam saya ni .. saya ikut bahan² yang ada kat rumah jer.. hihihihihihi .... 

Sebab tajuk dia cara-cara masak mertabak maggie .. jadi saya tunjukkan satu persatu eh, walaupun ada skipnya jugak .. tak sempat nak amik gambar hahahaha ... tak biasa buat haihh nak masak amik gambar gini.. tapi demi kawan² yang nak mencuba saya gigihkan diri tau .. jadi .. nanti jangan lupa cuba.. tau .. tau.... okkk fine ada yang tak makan maggie... jadi tak semestinya pakai maggie kari yang ni boleh pakai maggi tanpa perasa / yee mee jugak dan serbuk kari ikan. Senangkan ... jangan rumitkan sesuatu .. kalau teringin nak makan ikut citarasa tekak sendiri. wiwiwiwiwi (^__^)v

Bahan² yang saya gunakan :

Maggie kari
1 Keping Daging Burger
1 Bawang besar
1 Bawang Putih 
2 Batang Cili Padi
3 Biji Telur , Kalau nak kurang / Lebih pun boleh ikut sukati
Mayonis (takda dalam gambar, tak letak pun takpa)


Cincangkan daging burger, potong dadu bawang merah, bawang putih dan cili



Masukkan telur .. pukul gunakan sudu garpu bagi sebati



Akhir sekali masukkan maggie (pastikan maggie direndam dulu dengan air panas ... dan toskan dia bila dah kembang) dan akhir sekali masukkan serbuk perencanh maggie kari.. ikut citarasa nak banyak atau sikit.. saya masukkan semua.. kemudia tak letak garam atau gula pun.. sebab pada tekak saya perencah tu dah memadai. Akhir sekali masukkan mayonis sesudu .. supaya mertabak akan lebih gebuu dan sedapppp ....



Taraaaaaaaaaaaa inilah hasilnya saya buat besar dapatlah 2 keping. Potong siap².. senang nak makan ... masa ramadhan baru ni saya buat kat rumah, amir ingatkan ayah beli kat pasar .. dia kata tak sedappp (padahal tak makan lagi) sekali dah rasa.. barulah dia cakap sedap kikikikikiki .... sedapplah ibu buat, kan....  buat sendiri lagi puas hati.



Gebuuuuu bila di potong, sorry kamera tak berapa nak cantik gambarnya.. bila zoooommmm dah macam telur dadar pulak kikikikiki ...;p


SELAMAT MENCUBA, SEKALI CUBA .. MESTI NAK BUAT LAGI .. DAN LAGI .. DAN LAGI...



Bicara Hati : Senang Dimasak .. Sedapp dimakan hahahaha ....

Rabu, 4 September 2013

Kologen EPHYRA





1. Kolagen Ikan Laut Dalam
Kolagen tulen yang dihasilkan daripada spesis ikan putihlaut dalam dari PERANCIS
Mengembalikan keremajaan kulit anda
Mengandungi agen antioksida semulajadi yang melindungi sel-sel daripada radikal bebas.
Menyokong penambahan lapisan kolagen untuk mengekalkan keanjalan kulit yang sihat dan dan tegang.

2. Buah Acai
Buah Keajaiban dengan manfaat yang besar, seperti anti-penuaan, anti-bakteria, anti-kanser, anti-radang dan menguatkan sistem kardiovaskular
Kaya antioksida, mampu untuk mengurangkan risiko mempunyai kanser dan membantu melambatkan proses penuaan.
Kaya dengan sumber vitamin dan mineral, termasuk kandungan tinggi omega 6 dan omega 9
Kaya dengan serat pemakanan, membantu untuk meningkatkan kesihatan sistem kardio vaskular, saluran penghadaman dan membantu mengawal paras kolesterol.

3. Gam Akasia
Membantu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) dalam badan
Membantu menyingkirkan toksin berbahaya yang terkumpul dalam sistem pencernaan
Kaya dengan Serat yang menyerap toksin yang kemudiannya dikeluarkan melalui proses penghadaman

4. L-glutathione
Memperbaiki kulit untuk menjadi lebih lembut,halus dan dan lebih muda
Satu agen yang kaya antioksida yang melindungi kulit terhadap kerosakan sel hasil proses pengoksidaan sekaligus melambatkan proses penuaan.
Mengurangkan proses pembentukan pigmen , memberikan kulit anda penampilan yang lebih cerah dan berseri
Membuang toksin dari dalam badan untuk meningkatkan sistem imunisasi

5. Asthaxanthin
Memulihkan kesakitan sendi,sakit otot dan arthritis.
Sangat bagus untuk mengurangkan kedutan dan garis halus, meningkatkan tahap kelembapan dan keanjalan kulit, menjadikan kulit lebih halus dan cerah berseri
Meningkatkan daya tenaga dan stamina dalam badan

6. Serbuk tomato
Mengandungi banyak vitamin A dan C
Berkhasiat tinggi untuk meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dalam aliran darah
Membantu pesakit kencing manis untuk menjaga tahap gula darah mereka di bawah kawalan
Vitamin A dalam tomato akan membuat rambut anda kuat dan berkilat,juga bagus untuk mata, gigi dan tulang.

7. Acerolla ceri
Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan , menguatkan hati, memperbaiki keadaan kulit dan meningkatkan keupayaan badan untuk memulihkan dan memperbaharui tisu dengan cepat
kandungan vitamin C yang tinggi dapat meransangkan pembentukan kolagen dalam badan, yang dapat menggantikan sel kulit menjadi sihat, halus dan lebih anjal.
Membantu menguatkan sistem imunisasi dalam badan dan melindungi daripada penyakit kardiovaskular dan masalah mata

8. Marigold bunga ekstrak
Mengandungi pelbagai karotenoid antioksida membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, atau molekul berbahaya.
Berkesan dalam merawat pelbagai masalah kulit radang, kulit berjerawat dan eczema
Menstabilkan kelembapan pada kulit anda, sekali gus ini bermanfaat bagi mereka yang mempunyai kulit yang sangat kering dan sensitif

9. Superberry
Diketahui mengandungi kandungan antioksida yang sangat tinggi.
Melindungi sel dari pengoksidaan dan meneutralkan radikal bebas.
Sumber terbaik untuk Vitamin C, Zat Besi, dan Potassium.


Bicara Hati : Jatuh cinta dengan produk ni dah mula minum.. hari ni masuk 6 hari .. seyes nampak perubahannya.... nanti saya kongsikan yer, ada ke yang nak tahu .. ishhh malu pulak nak kongsikan sebab baru lagi cuba ... tapi seyes terbaikkkkkkkkkkkkkkkk (^______^)v







Selasa, 3 September 2013

Cara Menasihati Anak



Cara menasihati anak², sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa.. tapi suka baca kata² di fb ibubapa cemerlang ni .. sebenarnya ni kata² semangat dan inspirsai buat diri saya jugak .. jadi saya kongsikan di blog ... saya tahu ramai kawan² blog yang baca blog saya pun sudah punya anak²kan.. dan ramai buntu cara sesuai bila kita menghadapi situasi anak² seperti kata² di bawah.



Setuju sangat² dengan kata² kat atas ni, dalam zaman yang moden macam sekarang ni nak.. membesarkan anak² memang banyaklah peranan saikologi kita perlu terapkan... anak² perlukan penerangan daripada kita kalau sesuatu yang di mahukan kita tak boleh tunaikan. Tapi dulu ... kalau koooo orang mintak sesuatu dgn mak abah korang .. dia tak bagi .. jangan kata nak menangis .. nak hentak² kaki pun takut.. silap² air mata jer mengalir tau .. tak berani nak seduuu .. memang takutkan. Tapi kita pun paham ... dulu mak abah susah, tapi bila dengan anak² sekarang lain .. kita kene terangkan satu persatu .. alhamdulillah .. AMIR anak yang baik kalau saya dah bagi tahu awal².. dia jarang protes... kecuali kita tak bagi tahu awal².. atau bercakap marah dengan dia depan orang ramai .. dia memang akan protes .. sebab anak² pun ada maruah dan tahu malukan.




Tunjukkan sikap yang positif pada anak² .. saya akui, saya pun manusia biasa sahaja .. punya kelemahan, bukanlah nak hipokrik dengan anak².. tapi sejujurnya bila kita buat baik depan anak².. anak² pun akan ikut peragai yang baik jugak .. sebab anak² alah cermin diri ibu bapanya .. jangan sampai kita tersilap didik .. persekitaran sekeliling itu penting .... lagi² bila saya bekerja .. tumpuan pada anak hanya selepas waktu kerja dan waktu hujung minggu sedangkan 5 hari 8 jam sehari waktu amir banyak di tadika dan taska .. sebab tu saya pilih tadika dan taska amir yang ada ciri² islamik .. saya harap sangat persekitaran yang baik buat dia.. akan memberi tumbesaran yang baik juga buat dia.


Sumber : FB Ibubapa Cemerlang






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...