♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 4 Oktober 2013

Silaturahim Seibu Sebapa



Patutnya entry ni saya publish pada 01 Oktober hari tu .. atas sebab² tertentu ... tak sempat nak publish kikikikiki ... bizi lah kunun.. kunun kan... tak sempat nak mengarang.

Alhamdulillah rasa bersyukur sangat² bila dikurniakan ahli keluarga yang ramai baik sebelah mak mahu pun sebelah abah .. walaupun hakikat sebenarnya adik beradik mak seibu sebapa cuma 3 orang .. begitu jugak abah yang seibu sebapa pun 3 orang sahaja. Tapi mak dengan abah punya adik beradik tiri yang sangat² baik dan erat.. sampaikan.. rasa kadang² tak macam adik beradik tiri pun hihihihi....



Inilah satu² adik mak yang tinggal seibu sebapa .... ni gambar raya hari tu ... eh² tak nampak mak macam kakak pun.. macam sebaya hihihihihi ..;p mak ada 3 beradik .. mak nombor 2.. akak mak meninggaldunia 5 tahun yang lepas .. masalah kesihatan .. al-fatihah buat arwah moga rohnya tenang disana.



Selamat hari lahir buat adik mak saya .. kami panggil bik atin hihihihihihi ... semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki ... diberi kesihatan yang baik.. dan cepat² dapat menantu.. untung² jadi nenek awal boleh main dengan cucu (^___^)v 
Gambar kredit fb adik sepupu hihihihihi ...




Bicara Hati : Baru seminggu tak balik kampung dah rasa macam lama .... tak tahulah minggu ni dapat balik tak. huhuhuhuhu ...;p








Khamis, 3 Oktober 2013

Prestasi Amir 5 Tahun Di Tadika Al- Hufaz




Tak mengharap yang terlalu besar cemerlangnya .. tapi bila ada perubahan itu satu bonus jugak, belajar di sekolah, belajar dirumah, belajar dengan kawan², belajar dengan cikgu dan belajar di rumah dengan ibu sendiri .. lain suasananya .. lain jugak emosinya ... lagi² bila ibu ni macam rimau kikikiki .. lagi² bila ibu ni kene pandai bahagikan masa .. nak mengemas, nak memasak dan beri perhatian yang lebih pada amir kan... sudahnya ... periksa akhir tahun amir banyak merosot sikit.



Laporan kemajuan dan prestasi amir .. semua ada rekod baik daripada sikap dan kelakuannya di tadika termasuklah ujian hafazan dan pembacaan.



Untuk peperiksaan akhir tahun ni cikgu banyak bagi peluang pada pelajar yang dah boleh membaca menjawab soalan sendiri, maksudnya cikgu tak bacakan soalan kat kertas periksa macam periksa awal tahun hari tu.. cikgu suruh baca sendiri dan jawab ... jadi amir ni salah soranglah jugak kan... kalau dah suruh baca soalan tu .. jangan diharaplah anak saya yang bertuah lagi bijak pandai tu nak baca soalan .. dia main tengok soalan jer.. lepas tu jawab .. tu yang ada merosot tu. 




Keputusan periksa masih sama nombor 4, tapi banyak markah yang merosot .. boleh dikatakan.. semua lah.. part kreativiti tu dapat rendah sebab tak sempat warnakan semua gambar ... 2 gambar besar² helaian akhir amir tak warna langsung .. tak cukup masa ... padahal periksa 1 jam 45 minit ... yang ibu musykil tu.. ibu dah bawakkan pensil warna.. tapi saya perasan amir bab mewarna dia memang lambat sikit .. kalau nak cepat habis satu warna semua untuk gambar tu.. dia buat hahahahaha.. 




Inilah cikgu amir, cikgu ain .. tahun ni tahun last cikgu mengajar amir .. cikgu nak pindah seklah kemas tahun depan ... tu yang saya pun berbelah bagi nak sekolahkan amir kat mana ... alahai.. terima kasih sangat² kat cikgu ain sebab banyak membantu amir kenal huruf dan membaca .... alhamdulillah amir dah pandai membaca sikit²... eh² napa dalam gambar ni pipi saya kuyussss (perasan²).. gambar xde edit².. yer.. ni minggu lepas.. masa balik kerja terus amik amir jumpa cikgu ain sekali ... 



Alhamdulillah .. ermakbul niat saya amir 5 tahun dah boleh membaca, harap tahun depan boleh membaca bahasa owangg putihh pulak .. dengan bahasa arab, walaupun bahasa jawi sikit² amir dah boleh membaca.

Saya paling terharu tumbesaran amir 5 tahun ni dia dah pandai solat ikut rakaat .. walapun tak semua solat dia tahu niat (yang ni nampaknya saya perlu lebih bagi penekanan), dah mula ajar iqamat.. (sebab kat sekolah memang ada belajarkan) .. cuma tulah azan dengan iqamat dah sama bunyi.. mana boleh .. azan kene lagi kuat.. bab ni payah sikit ... dia kalau menjerit soh menyanyi tak payah pulak nak ibu ajar yer..... manalah ibu ni tak geyammmm nak bagi sedas kat peha tu huhuhuhuhu .... menyanyi lagi kuat daripada mengaji. insyaallah usaha yang berteursan tanpa jemu .. tanpa alasan.. akan tercapai jugak .. saya pun tak suka paksa² anak atau terlalu menekan .. tapi saya akan tegas demi masa depan dia.. sebab amir anak lelaki kan.





Bicara Hati : Sekolah mana pun sama jer, bayar mahal.. bayar murah .. janji anak² nak belajar .. balik rumah kene pantau jugak pembelanjaran dia...























Spontan Khamis

Permintaan seorang sahabat blogger, alahai malu nak letak muka sengsorang besar² kat blog ni... dah macam retis pulak kang ... walaupun hakikatnya ni blog peribadikan.. abadikan gambar sendiri.. tak salah.. sebagai kenangan.

Ni susulan daripada kesan saya minum ephyra ni, dan saya amalkan minum sebelum tidur ada blogger yang bertanya keberkesanannya .... kebetulan hari ni pulak tak sempat nak berdandan .. memang spontan khamis lah pagi ni koboi jer... sempat capai lipstik jer.. muka memang tak sapu bedak langsung... langsung tak berpelembab.. nampak neutral sangat².. walaupun takda rupa babyface kohkohkohkoh...... ;p sila jangan muntah depan pc lepas baca huhuhuhu ...



Korang google sendirilah kelebihannya .. ada kesempatan saya kongsikan lagi perubahan yang saya alami yer ... alhamdulillah sebulan guna memang sangat² berpuashati .. saya tak di bayar ok.. nak promote ephyra ni .. korang jangan salah paham pulak ... saya bercerita melalui pengalaman saya sahaja.. orang lain.. lain perubahannya. 



Ada jugak kawan² yang perasan perubahan ni, lagi² kawan² yang jarang jumpe.. huhuhu.. nampak nooooo muka sebelum ni kusamkan .... tak sekata.






























Rabu, 2 Oktober 2013

Percuma ... Tapi Sukar Diterima

















Cara Baik Menasihati Seseorang









Rahsia Kecantikkan Tok Ti


Mood pepagi dah cerita pasal kecantikkan .... aura pagi itu penting, mulakan dengan senyuman .. mulakan dengan bismillah .. mulakan dengan aura positif dalam diri ...

Wahh simplysiti pun adalah kat sini ......

AEON

AEON BIG

GUARDIAN

SOGO

TESCO

WATSONS

suka pakai mask Dermagic .. memang magiclah.. lepas bukak mask tu mesti rasa sejuk, rasa kulit lembap, putih .. gebu gitu .. perasan kejap macam kulit tok ti hihihihihi ...;p inilah rahsia tok ti kelihatan cantik... tak nampak macam umo 34 tahun pun kan.... (^___^)v


Sumber : FB Simplysiti


Selasa, 1 Oktober 2013

Aura Positif Dalam Diri



Bila datang kerja, apa yang korang pikirkan .. nak bekerja sebab nak cari rezeki?? sebab ada hutang, kene bayar.. kene selesaikan?? sebab nak tolong suami (kalau yang dah berkahwin) ... atau sebab duduk rumah bosan .. jadi kenelah kerja??? atau suka ada bila bekerja ada kawan ... boleh borak²... ada kelulusan .. haruslah bekerjaya ....

Okkk.. terpulanglah pada niat masing².. cuma yang penting bila dah niat tu kenalah betul dan ikhlas.. bila bekerja jugak kita perlu ada aura positif .. aura positif tu maksudnya.. sentiasa bersemangat .. semangat nak buat kerja .... sejak minum EPHYRA ni aura positif tu lain macam sikit kikikikiki .... bangun pagi sentiasa bersemangat, malam tidur pun lena jer... bagun pagi jarang lesu lagi hihihihihi ... (^__^)v suka.. suka sangat²...
Sarapan pagi tadi .... ni bukan sarapan... sampai petang makan karipap tak habis² kikikikiki ... jarang dah minum air red guard di pagi hari ... ni jer ada dalam stok laci .. minum jerlah... sebab ephyra saya minum malam sebelum tidur (^___^)v



Jangan mara.. dah petang baru tayang gambar sarapan ape kes hahahahaha ... aura positif.. aura positif .. takmoo emo²... teruskan dengan senyuman.




Bicara Hati : Dah mula minum kotak kedua ephyra ... (^___^)v






Rutin Bulanan






Ni bukan rutin bulanan cek hospital tau , jangan salah paham pulak .. ni kira macam utin kerja .. kerja ... awal bulan bizi sikit .. tapi dah jadi blogger tegar ni kenelah bijak bahagikan masa.. buat entry autopublish siap²...

Kata - kata big bos yang tak berapa nak big semalam .. macam terngiang² kat telinga ni ... ishhhlaaa... tak sukanya kalau jadi macam ni ... okkk .. mood takmau sedih² .. mari kita happy² sahaja di bulan baru... tarik nafas.. pepagi jangan nak emosi².. nanti muka umo yang dah 30 tu .. nampak macam 50 pulak kan... kikikikikiki ..;p

Rutin awal bulan buat semua laporan seawal mungkin, siapkan dengan sekadar segera yang boleh ... dan kurangkan kesilapan .. itu yang penting, jangan nak cepat sangat langsung semuaaaa tak betul... dah menyusahkan diri sendiri nak betulkan.. kan...

Apa bestnya bulan oktober ni, tak banyak yang menarik dalam hidup saya .. tapi .. ramai kawan² lahir bulan ni hihihihihihi ..... baik kawan sekolah, kawan daripada kecik, kawan belajar dan kawan opis.. kawan kat rumah dah lepas dah hihihihihi ...;p

Bulan ni amir pun bizi .. bizi latihan nak konvo nanti 9padahal ibu tengah pikir nak pergi keeee tidak ni) ... eh² bulan ni raya haji... cepatnya masa berlalu.. kuih raya pun tak habis lagi kikikikiki .. baru perasan ada rempeyek dalam peti sejuk, serunding ikan pun ada tak jadi buat popia simpul ishhla.. haru² ramai dah sahabat² pergi ketanah suci moga semuanya sihat walafiat.

Oklah tuan tanah sambung kerja dulu .. nanti ... kita sambung bw okkk.... (^____^)v











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...