Inilah gambaran yang sempat diambil hari jumaat hari tu, hari khamis tu hantar pergi sekolah macam biasa .. tetiba adik ipar wassup cikgu tadika hantar amir balik.. amir sakit mata. Dah sudah... pagi tadi masa bangun memang susah sikit mata tu nak bukak .. banyak taik matanya,cian amir.. tapi tidaklah merah sangat .. cuma bila saya tanya amir okk ke?? dia kata okk.. x sakit .. lagipun hari khamiskan pakai baju sukan.. dia kalau bersukan ni sakit pun terus jadi baik huhuhuhu ... ;p
Wassup hubby tanya camne ni, saya nak balik ke?? ayah nak balik.. hubby kata tak payah.. nanti tengahari dia balik dia hantar pergi klinik, sebab adik ipar cakap amir tak ngadu sakit pun.. dia okk jer siap boleh main² kat rumah...
Jadi jumaat tu nak tak kenelah saya cuti, sebab amir tak boleh ke tadika, adik ipar pulak demam .. takkanlah saya nak pergi kerja dalam keadaan amir takda sapa yang nak menjaganyakan.. hari khamis tau cikgu tadika hantar amir balik pun saya rasa macam nak balik jam jam tu jugak .. inikan pulak .. kalau takda sapa nak menjaganya huhuhuhuhu ....
Alhamdulillah .. 2 hari ni dah makan ubat dia pun maik sembuh .. sebab tu lah cuti kami tak kemana.. takut sakit mata dia berjankit ke orang lain.. sebab jumaat tu .. anak adik saya pun tetiba berjankit macam nak kena sakit mata jugak huhuhu ...
Ni gambar sempat hubby wasuup tenghari tu masa bawak pergi klinik, lega hati ibu.. yang sakit mata ibu.. kaki dengan tangan .. mulut semua ok huhuhuhu.. saboo je lah kan... anak².
Ini kali kedua amir kena, kalau tak silap tahun lepas ada kene sekali jugak huhuhuhu .. masa kat sekolah lama... cuti lama jugaklah baru mula sekolah balik.
Bicara Hati : Tips orang kata kalau nak cepat baik bagi air susu ibu yang menyusukan anak .. titik kat mata anak yang kene sakit mata tu.. insyaallah cepat baik, amir tak sempat buat pun.. sebab adik saya dah kurang susu nya .. anak adik pun dah mula minum susu formula dah usia sembilan bulan ni.