♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 10 Januari 2014

Jatuh Kalah Dan Gagal




Satu saatnya nanti .. satu harinya nanti kita jua akan kembali .. jadi hargailah mereka² disekeliling kita yang masih menyayangi kita .. hargailah mereka ... moga suatu hari nanti kita tidak menyesal bila dia telah tiada.....

Jatuh bangunnya sesorang itu atas kekuatan dirinya .. atas kekuatannya pada yang esa .. susah senangnya mengadulah pada yang esa ... mengalirkan lah air matamu dihadapannya .. kerana kekuatan itu akan datang dengan semangat darinya .. atas keredhaan diri ... 

Jika kita meratapi kegagalan hari ini .. pastinya ada hikmah yang akan menanti suatu hari nanti .. hikmah yang hanya yang esa sahaja yang maha mengetahui .. yaki dan percayalah kuasa yang esa tiada tandingannya .. jangan sesekali kita ingkari.

Kata² semangat di hari jumaat ini buat diri ... buat hati .. moga tidak mudah melupakan diri atas apa jua yang di kecapi .. atau apa jua yang belum dikecapi .. kerana yakin .. kegagalan itu lebih manis .... setelah kita memperolehi kejayaan nanti ...

Amin ...

Bicara Hati : Sebak tengok ustaz ridhuan tee abdullah buat persembahan malam td.




Khamis, 9 Januari 2014

Pencetus Ummah Episod Akhir



Akhirnya sampai jugak ke penghujung, tak sabar nak tengok kesudahannya siapa yang menang ..... yang pasti semuanya hebat² belaka bila bercakap.

Sebab daripada episod pertama saya dah tengok, jujurnya ramai dah banyak peningkatan baik dari segi persempahan .. dan cara penyampaian .. harap sangat malam ni tak mengecewakan... semua buat yang terbaikkk  ...

Korang sokong sape?? hihihihi ... 




Cara dan pedekatan dakwah semakin meluas .. jadi mereka gunakan mimbar pencetus ummah tak salah untuk melahirkan lebih ramai pendakwah ... yang boleh menyampaikan dakwah secara medium tv jadi mereka mudah dikenali ... sebelum ni fenomena imam muda dan ustazah pilihan kalau tak silap ... 

Jadi kita tidaklah menonton rancangan yang sama jer setiap tahun .. bosan jugakkan ... kalau macam ni adelah kreativitinya sikit .. maksudnya objektif pertandingan tu berbeza².. pendekatan berbeza ... jadi tidaklah tertumpu satu jer ... tapi matlamat tetap sama .. berbentuk islamik ... sekadar pendapat peribadi jer.














Sekadar Alas Perut



Antara stok yang akan saya beli dan simpan di dalam laci opis selain daripada biskut, 3 in 1, maggie .. saya akan simpan dalam laci ialah roti jagung .. kenapa roti jagung ... sedapp saya suke rasa manisnya, saya juga bau jagung yang wangiii hihihihi .... (^___^)

2 bungkus ni kalau tanpa sedar dua² saya ngap hahahaha ... tapi kalau tak berapa lapar pagi hari makan 1 jer, yang penting alas perut dulu semntara menunggu tengahari .. sebab sarapan itu pentingkan... barulah boleh on kerja dengan baik.

Jarang rasanya pagi² hari saya nak makan nasi lemak, bukan apa takut mengantuk huhuhuhu ... seyes memang kalau boleh elakkan.. yang herannya kalau nasi goreng okk jer... kalau bihun goreng jangan cakaplah memang kegemaran hihihihi ....

Jadi buatlah pilihan yang terbaik untuk alas perut yer ... sebab sesuatu yang baik itu bermula daripada mood awal pagi .. kalau awal pagi dah takda mood camne nak jadi aura positif.


























Rabu, 8 Januari 2014

Makan Buah Campur Asam




Seyes .. tengok pun dah mengiurkan .. apatah pertama kali makan .. hahaha.. teruja kemain kooo .. tak pernah saya makan buah jambu, epal, pelam, jambu air letak asam macam ni ...

Orang buat kita bedal jerlah .. selalunya paling² pun saya taburkan serbuk asam jer .. ni gaul dengan asam yang putih² macam ni sedapp jugak ....

Korang patut cuba .. lepas tu bawak bekal ke opis, yang ni?? kawan saya buat .. saya tolong habiskan...
kikikikiki ....

Tapi kan.. tapikan.. tak bolehlah makan selalu masam² macam ni .. kang perut meragam huhuhu.. sejak² nak meningkat umur ni perut pun kemain manja .. petai tak boleh makan, nanas tak boleh makan, pelam pun ade yang macam tu jugak .. tak tahulah boleh makan.. tapi kalau makan banyak sikit mesti dia meragam sebuuuuu jer semacam. 

Sebelum jadi apa² baik beringat kalau nak makan sesuatu huhuhuhu ...;p



Isu Hangat Bila Dah Mula Sesi Persekolahan



Baca kartun ni rata² ramai kawan mengeluh .. baik kat opis mahupun kat fb, apatah lagi kat surat kabar .... nak buat macam mana kan.. barang² memanglah naik harga, jadi mereka pun naikkanlah harga ... tapi tak salah rasanya kalau jual harga murah dan kecikkan kuantitinya bersesuaian dengan sekolah .. contohnya sekolah rendah .. takdanya budak² ni nak membeli nasi lemak penuh sambal .. atau donut besar² harga rm 0.50 ... lagi² kalau jual keropok tu .. agak² saiznya .. tidaklah membazir budak² ni nak membeli ...

Hadoilah hai .. tak boleh bayang kalau anak saya sekolah tahun depan .. mampu ke dia beli makanan sendiri .. bukan saya pikir mampu ke saya bagi duit belanja.. tapi pikir boleh ke dia beli makanan sendiri .. duit pun dia tak berapa nak pandai kira lagi .. silap² bagi 5 hinggit pun tak berbaki duit tu huhuhuhu ....

Nampaknya azam ibu tahun depan kene gigihlah masak sarapan untuk bekal amir .. ish.. ish.. ibu ni amir baru tadika .. azam tahun ni pun baru nak mula .. ntah sampai ntah tidak .. dah pikir azam tahun depan yer... kemain awal lagi .. hihihihihi ...;p

Oicc termembebel pulak .. hari ni .. bukan hari tanpa kata ker?? kikikiki .. sorry .. masya ni kalau dah menaip mana boleh sikit².. ade jer nak membebelnya...















Selasa, 7 Januari 2014

Berus Gigi Idaman - Ayah Bagi Semangat Ke Tadika



Sebenarnya dah lama amir dok merenggekkkan nak berus gigi ni, kalau dengan ibu jangan harap nak dapat .. sebab mintak dengan ayah amir dapatlah .... kata ayah bagi semnagat ke tadika. Ibu bukan kedekut .. ibu lagi utamakan kebersihan gigi amir .. ibu lagi suke yang kodomo .. sebab lagi serasi dengan gigi amir ... selain perisanya yang tak oberrr manis ...

Masa taklimat kat tadika hari tu .. cikgu ada pesan ibu bapa kene bagi anak² bawak berus gigi ketadika, motippnya tak berapa nak pasti .. mungkin lepas makan ade kene berus gigi kot... selain tu .. cikgu akan bekalkan apron dan sapu tangan .. hahahahahaha .. tak hagak² apron cikgu nak bagi .. sebab bila waktu makan nanti budak² ni tak comot, saya tak pasti tadika kemas lain macam ni atau tidak .. tapi ini tadika amir memang cikgu ada bagi tahu .. tak sabar rasanya nak tengok apron tu ... hihihi.. kat rumah ibu masak pun tak pakai apron tau .. amir makan kat tadika pakai apron.. so sweeettttt... nanti dah dapat ibu update kat blog ... 

Moga amir lebih bersemangat dapat berus gigi baru superhero kan.. mestilah berus gigi pun superhero hihihihi .. jangan lebih herooo kat tadika sudah... no .. no .. no .... 

Colgate sekarang ni macam² pesenkan.. baik gambar²nya, atau baik macam² perisanya semua pun menarik minat kanak².. bagus jugak dia buat macam ni .. bagi semangat kat anak² supaya berus gigi daripada kecik ... janji anak² dah terdidik dengan kebersihan gigi daripada kecil.



Bicara Hati : Dulu² pakai colgate yang pedas tu jerlah mak gosok gigi tau.. dengan berusnya yang besar bagak... ko pasrah jerlah.. takdanya berus gigi khas untuk kanak².. beruntung anak² sekarang.






Isnin, 6 Januari 2014

Hari Pertama Orentasi Di Tadika Baru Amir Bagi Tahun 2014



Setelah dipikirkan sedalam²nya .. ini adalah pilihan yang terbaik buat kami dan amir, dan juga memudahkan pemantauan hihihihihi ....

Dalam bab² macam ni selalunya kami suami isteri bersidang, kalah pembentangan bajet .. lepas tu keputusan semua di amik kira ... dan yang mana terbaik itulah pilihannya, kalau tahun lepas amir belajar ditadika swasta dengan bayaran sebulan mencecah rm 300 seharian tinggal di tadika dan taska, tahun ni kami pilih tadika kemas... sebabnya .. kami dah duduk di kampung sekarang ni .. jadi ini adalah pilihan yang terbaik .. bukan soal pembayaran tapi soal keselamatan dan yang mana lebih memudahkan kami yang sebenarnya.

Amir pergi dan balik sekolah atuk yang akan amik ... harap sangat moga dipermudahkan dan amir akan lebih berdikari lepas ni .. anak sulungkan .. takmoolah manja² lagi .. manja² sesekali takpa huhuhuhu .... sementara takda adik lagi hihihihihi ...


Kerenah bangun awal pagi di kampung ni naik pesen pulak, nak berdukung .. hadoilah anakku sayang dengan berat kamu 24kg memang ibu kendong daripada belakang sahaja .. tak mampu ibu nak dukung daripada depan sayang, mata macam biasalah kalau mandi tak tutup tak sah .. tapi lepas jirus air suam .. terus celik kikikiki .. melayankan dia bercerita pulak kat bilik air tu.



Alhamdulillah hari pertama orentasi 30.12.2013 lulus dengan cemerlang siap dapat kepujian (hahahaha .. dah macam keputusan U pulak yer) lulus cemerlang maksudnya amir suka dengan tadika yang baru ni.. walaupun dia masih tak kenal kawan² lagi, pandai menyesuaikan diri dan dah tak malu².. satu kepujian sikap positif dalam diri bab sosial yang ni .. ibu uji sangat, walaupun jauh disudut hatinya masih sukekan tadika lama ... tapi nak buat macam mana .. amir kene belajar dengan kawan² baru .. nanti senang darjah 1 dengan kawan² ni jugak.


Yang paling seronoknya kali ni orentasi pada 30 haribulan tu, hubby pun teruja hihihihi .. amboi kemain ayah oberrr tau .. nak join taklimat jugak ... sebab mungkin tahun depan belum tentu dapat join masa amir darjah 1, iyerlah hubby mestilah dah sekolahkan ... takpa .. ibu pasrah akan uruskan semuanya sendirian .. janji duit hubby bagi ... sambil kenyit mata .. bolehkan .. bolehkan .. hahahaha .... bagi lebih tau .. tau .. (bajet macam hubby baca blog ni)


Sesi persekolah kat tadika kemas ni 8.00 pagi - 12 tengahari, yuran sekarang sebulan rm 25.00 sahaja .. makan 2 kali sehari .. pagi sarapan kebiasaannya di tadika coco crunch atau roti bersapu jem dan tengahari sikit sebelum balik baru bagi makan berat .. macam hari pertama sekolah 02.01.2014 amir bagi tahu dia makan mee goreng .. sedapppp sangat cikgu masak .... habis amir makan ibu .. sedapp.. amboi kemain lagi dia dok memuji.


Bermula jumaat atuk dah mule hantar amir ke tadika, jadi saya cuma cuti sehari sahaja uruskan hal amir pada 02.01.2014 tak jadi nak cuti 03.01.2014 .. so jumaat tu ibu kerja macam biasa .. walaupun ade drama merenggek² .. tapi nenek kata amir okk jer lepas saya tinggalkan dia pergi kerja, dia pergi tadika ... pun ok.. mood ceria jer .. alhamdulillah.




Amir suka sekolah kat sini .. ramai kawan² baru, moga amir belajar rajin² yer .. takmoo main jer ... takmmoo nakal², bila belajar dengar cakap cikgu .. jangan dok berbual dengan kawan² kat belakang jer ... main dengan kawan² sama².. jangan gaduh² atau cakap besar, pergi toilet cakap dengan cikgu .. jangan bukak seluar depan kawan² pingsan kawan² kang .. saje saya melawak.. itu dah macam amanat .. mesti saya pesan bile amir nak pergi tadika dan sebelum saya ke tempat kerja, daripada dulu itulah jugak yang akan saya pesan.



Bicara Hati : ibu tak merasa pergi tadika kemas ni, tapi hubby merasa kot .. mujurlah cikgu yang mengajar hubby dah bersara .. kalau tak .. mau jadi cikgu turun temurun hihihihi ..;p















Khamis, 2 Januari 2014

Kisah Malam Jumaat



Tajuk tak menahan ... Kisah malam jumaat, rasanya ni memang fenomena terkini hihihihihi ..... Dah masuk separuh akhir pun. Jangan nak lucah2 yer .. Memalam jumaat ni .... Ni bukan entry 18sx... Ni entry biasa2 jer ... Cerita best malam jumaat.


Tak tahulah orang lain, tapi inilah rancangan pilihan kami seisi keluarga mimbar pencetus ummah, dulu .. Dulu lah yer selalu ternantikan Rancangan yang kat 132 astro warna tu, sekarang ni sebab dah banyak sangat kali ulangan rancangan hiburan ni ... Jadi dah tak kisah sangat kalau tengok ulangan.


Dalam pencetus ummah ni paling suke tengok pu yeop dengan pu rahmat sebab dia orang ni kalau bagi topik untuk dibentangkan mesti mantapppp... Jarang mengecewakan.. 


Soalan2 daripada penonton pun semuanya diluar jangkaan... Termasuklah artis jemputan, rosyam nor pun pernah datang tau .... 


Juri2 yang komen pun boleh tahan mantapppnya lagi2 ustaz kazim ... Memang suke dengar kalau dia bagi komen... Terbaik....


Persembahan hiburan yang diserlitkan selalunya pun berbentuk islamik hiburan... Jadi oklah .. Amir pun layan tau ... Walaupun memula dulu dia tak suke .. Sekarang ok jer ...


Itu jerlah kisah malam jumaat ni, rancangan yang kami suke tonton .... Fenomena di astro oasis bagus jugakkan .... 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...