♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 10 Januari 2013

Alamak!!!! Banyak Toksin Dalam Badan

  

Kejap² rasa mengantuk, kejap² menguap.. kejap² sakit badan ... haihh manja betul badan ni kan.. mana tak manja dah jarang bersenam... asyikk duduk jer... kikikikikiki .....

Rasanya saya pernah kongsikan gambar ni rahsia sihat dan awet muda , yupss.. walaupun saya tahu muka ni tidaklah awet muda mana pun hihihihihihihi..... yang penting mencegah lebih baikkan daripada dah dapat penyakit.

Salah satu sebab kenapa badan mudah lemah dan mengantuk ialah sebab toksin. betul ker??? manelah toksin tak banyak.. dah kalau makan pun semua jenis yang bergoreng mestilah berminyakkan...

Jomlah kita buang toksin sama² dalam badan, cara yang kami selalu lakukan mudah jer.. pakai pelekat toksin sebelum waku tidur... nanti masa bangun tidur barulah buka memang cergas jer.. masa tau.... (^____^)


HERBAL DETOX
Baru² ni saya cuba jenama yang ni.. ok juga tau.. berbaloilah dengan harganya RM 35.00 ada 10 pelekat dalam tu.... 10 pelekat = 5 pasang (iyerlah kaki kitakan ada 2)




HERBAL DETOX sesuai untuk:



1. Menurunkan berat badan
2. Sembelit,nafas dan badan serta kaki berbau
3. Mempunyai tekanan kerja yang tinggi, selalu terkena radiasi
4. Berdiri dan berjalan dalam waktu yang lama
5. Leher,bahu,pinggang dan kaki berasa sengal dan sakit
6. Kedua kaki penat dan lenguh



Fungsi-fungsi HERBAL DETOX
1. Membuang toksin dlm badan, air berlebihan & cegah bau kaki
2. Membuatkan badan menjadi lebih bertenaga
3. Mengurangkan sakit kepala, migrain atau tekanan kerja
4. Menormalkan tekanan dan aliran darah
5. Menguatkan sistem imun badan
6. Melegakan sakit tumit & tapak kaki
7. Mengurangkan sembelit, kembung perut
8. Membantu masalah jerawat/resdung
9. Mengurangkan diebetes, kegemukan
10. Mengatasi masalah sukar tidur
11. Penggunaan ubat yang berpanjangan
12. Bekerja dgn bahan kimia seperti cat, larutan pembersih dll
13. Menyegarkan badan ketika bangun dari tidur
14. Mengurangkan sakit gout, sendi dan sesuai untuk perokok



AMARAN:
1. Untuk Kegunaan luaran sahaja
2. Jangan tampal pada kulit yang alergi,luka dan mata
3. Jauhkan dari kanak-kanak





Saya pakai sekali jer... tu pun dah rasa ok, yang lain hubby habiskan.. jadi stok dah habis huhuhuhuhu...



Hubby kan bekerja banyak berdiri dan berjalan, jadi kaki dia memang mudah lenguh waktu malam... tu yang dia pakai lebih banyak daripada saya, Alhamdulillah lepas gunakan produk ni dah ok sikit.. walaupun tak guna setiap malam.. tapi hubby akan guna seminggu sekali sekurang²nya... jimat tenaga isteri ni tak payah mengurut sangat hahahahaha....





Bicara Hati : Saya beli online jer kat Ayu Beauty Health jom beli amalkan gaya hidup sihat.








Rabu, 9 Januari 2013

Menu Kegemaran Makan Di Luar

  

Sepingan memang akan order untuk dia seorang sahaja.. jangan nak kongsi²....
Kebiasaanya akan habis... pelawa makan lain memang tak nak ini jerlah yang dimintaknya selalu ....

Bicara Hati : Mula menerapkan dan mendidik amir tak mahu makan KFC, McD dan adik beradiknya.. harap ibu pun kuat iman dari tergoda.... tibe² peru lapar .. tadi luch tak makan pun..

Minggu Akhir Episod Adam Hawa






Akhirnya cerita ni akan sampai juga ke penghujungnya... dan sepanjang tempoh tu jugak.. tak sempat nak melayan sangat hihihihi...... kejap layan .. kejap tak.. kejap tertidur.. tu belum amir pakat dia jer nak tengok kartun kegemaran dia, pakat dengan hubby layan bola lagi .. sudahnya.. mak ni tidur hihihihihi ....

Akhirnya happy ending jugakan... salah satu sebab suka layan cerita ni kira dia tontonan umum lah juga, sebab part yang romantik tu takdalah keterlaluan .. jadi kalau ada anak² nak tengok pun kita tak rasa malu berbanding dengan Filem yang AA belakon sebelum ni adaptasi daripada novel juga tu...

Azie kawin dengan Johan oklah tu kan, dee pulak keguguran ... iyalah asyikk dok cabul cakap tak mau anak tu.. kan dah memang tak dibaginya betul (haihh itulah orang tua kata kata² tu satu doa), Akhirnya ain berjaya melahirkan baby.. so sweet.. baby ape eh??? tunggu jerlah malam esok episod akhirnya yer... tapi macam ada gaduh² sikit jer.. berebut nak tengok ain bersalin ke.. hapa tu eh... (maklum lah tak baca pun novelnya hihihihihihi).. harapkan melayan kat tv jer.. sebab mata ni asal bukak novel jer.. menguap mengalahkan hapa.. memang dah lama tak baca novel...



Bicara Hati : Dah habis ni ... Lepas ni cerita apa pulak yer???


Bertukar kepada TABLET

  


Jenuh nak melayan dia main.....

Lepaskan keinginan yang membuak².....

  Layankan bowling guna tablet sudahnya sekarang hihihihihihihi .....



Bicara Hati : Amir yang mudah jemu bila main sesuatu di tab, sudahnya ayah carikan game bowling bagi dia main....




Selasa, 8 Januari 2013

Takde iDEA


  
Stok lauk pauk penuh dalam peti sejuk, tapi... idea nak masak hilang huhuhuhuhuhu ..... hadoilah.. manelah hilangnya kamu... atau sebenarnya tekak ni dah jemu masak.. ataupun dah jemu makan.. eh² boleh pulak macam tu kan...

Sekilo stok udang hubby beli kat kawan dia .... besar pulak tu... tapi tu lah dah besar sangat ni liatlah kan.. bila dimasak.... 

Idea ... Idea... Nak buat apa ni???? Sambal amir tak makan, masak lemak.. hadoilah.. dah selalu sangat jemu.... Ada juga yang goreng tepung jer nanti sudahnya hihihihihihi.....




Bicara Hati : Kosong .. kosong .. kosong ....

Hidung untuk bernafas

  

Kisah hari pertama masa disekolah, ibu pun sajalah tanya kat amir belajar apa hari ni? masa dalam perjalanan balik dalam kereta tu ibu tanyalah amir.... sebab ibu tak dapat cuti (sebak kejap) boss bagi pelepas masuk lewat pun dah cukup bagus.. lagipun tadika amir dekat jer.. alhamdulillah amir pun okk dan tak meragammmm ....


Amir belajar apa hari ni???

Ntah... cikgu tunjuk gambar orang lelaki tak pakai baju ... 

ibu blur kejap.. erkk apa yang kamu belajar ni nak oiii... gambar orang tak pakai baju

Pastu cikgu tunjuk kepala , mata , hidung , telinga .......

owhhhh cikgu ajar mengenal tubuh badanlah tu....
okkk.. mata untuk apa sayang??

apa ibu ni panggil amir sayang.. amir kan abang .. mata untuk melihatlah ibu .....

Mulut...

Bercakap...

Okk... untuk bercakap .. perkara yang baik tau ... kita kene hormat orang tua.. kalau cakap dengan orang tua kenelah lemah lembut ....

Baikk ibu ... baikk bosss ..... (sambil sengih)

Hidung untuk apa???

Apa yer... amir buat muka blur???

Hidung untuk menghidu bau... cium bau busyuk atau wangi ...

Bukanlah ibu... bukan menghidulah... tadi cikgu ajar macam ni.. sedutt.. macam ni sedut.. sambil mengempiskan hidung...

Dah sudah.. apa pulak maknanya yer... owhhh hidung untuk bernafas....

haaaaaaaaaa.... betullah tu.. untuk bernafaslah ibu.. tadi cikgu tak cakap pun untuk cium bau busuk atau wangi 

erkkk????? !@#$%^^& 



Agak haru jugaklah ibu kalau jadi perselisihan pendapat macam ni.. sebab amir akan bagi tau yang cikgu ajar tu lah betul... jadi kenelah saya terangkan selain daripada bernafas hidung jugak untuk mencium bau²an wangi atau busuk.. barulah amir paham...


Gambar tak kene mengena dengan entry ....
Sekarang dah musim balikkan buah ngaku.. bolehlah buat kerepek.. amir suka sangat...


Bicara Hati : Mata mengantuklah pulak.. huhuhuhuhu....

Minggu Kedua Ketadika

  
Dah masuk minggu kedua persekolahan... jalan.. jangan dikata.. makin hari .. makin parah jemnya.. hadoilah mahu duduk kemana ni yang sebenarnya baru tak lalu jalan yang jem sarat barat ni.... 

Bila rumah dah jauh ni, anak dah mula sekolah mestilah terkena tempiasnya.. lagi² bila amir ibu hantar di tadika yang berhampiran dengan opis, bangun pagi jangan dikata.. memang agak payahlah juga untuk dikejutkan... apatah lagi tak kala disuruh tidur ada sahaja alasannya.. mata belum mengantuk, mata tak nak tutup.. ibu.. janganlah tutup lampu amir tak boleh bernafas.... habis tu macam mana lagi gayanya nak bagi tidur awal ni...

Bila sesi persekolahan bermula menjadi hari yang paling bersemangat buat amir, keterujaan jelas sangat terpancar kat air mukanya.... tapi biasalah budak²kan... ragam nak ke tadika sesekali pastilah ada.. tak banyak sikit pun mesti adakan... agaknya saya pun dulu macam tu nak ke sekolahkan hihihihihihi .....
Hari kedua - Nyenyak tidur dalam kereta sementara nak sampai opis ibu...
Masa ni sempat mandi kat rumah sebab amir terkucil kat toto pagi tu... terus mandikan sekali, nasib baiklah dia tak moody pagi tu.. sebab dia tau salah dia... 


Alhamdulillah minggu kedua ke tadika ni... dia dah okk, gelihati setiap kali mendengarkan kisah lucu amir di tadika.. ada jer ceritanya.. sekarang dah ramai kawan perempuan dah.. amboi kemain lagi dia.. sikit² cerita pasala zara lah, qaira lah... ada jer.. ceritanya... sebab dulu saya pernah sakat dia... amir takda kawan perempuan ker?? asyik cerita pasal kawan lelaki jer.. hihihihihihi ....

Mula minggu kedua ni banyak aktiviti untuk minda dan fokus untuk keyakinan diri murid dan guru... Semalam amir bagi tahu ada main beku-beku... beku tu macam buat memek muka.. mula² bergoyang lepas tu bila cikgu bagi tahu berhenti dia orang pun kenelah berheni buat memek muka.. tapi tulah .. amir ni dia pandai cerita dan terangkan barulah ibu paham.. biasalah dia baru belajar kan.. tak pandai sangat nak terangkan... apa aktiviti yang dia buat....



Bicara Hati : Tak sabar rasanya nak dengar amir mula pandai membaca.... 





Isnin, 7 Januari 2013

Ribut Sonamu Di Pantai Timur Malaysia

  

Gambar ihsan daripada www.nasa.gov
Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 7.5 U dan Longitud 109.6 T, pada jam 5:00 petang 6 Januari 2013, kira-kira 748 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu dan bergerak ke arah Barat-Barat Laut dengan perlahan.



Amaran buat penduduk Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, serta Johor dan Sabah dan Sarawak mengenai Ribut Tropika SONAMU yang menuju ke kawasan tersebut.


SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) 

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Isnin, 7 Januari 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan & Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin,7 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.


SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Pahang, Johor Timur, Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat), Tioman & Reef South dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Pahang & Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin, 7 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.


SEKSYEN C: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Kuching), Sabah(Sandakan), Bunguran & Sulu dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN D: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH

i) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Condore & Palawan dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter, adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

ii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Sabah (Kudat dan Pantai Barat) dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter, adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

iii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Sandakan) & Sulu dijangka berterusan sehingga malam, Ahad, 6 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.


Dalam masa sama, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohamed Thajudden Abdul Wahab berkata Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat akan melanda tiga negeri itu disebabkan faktor angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan. Beliau turut mengingatkan penduduk di kawasan yang sentiasa dilanda banjir agar berwaspada dengan amaran hujan lebat dan dinasihat membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang kemungkinan banjir.


Doa Ketika Angin Kencang 
Sumber : FB


Bicara Hati : Sama²lah kita berdoa moga² sahabat² kita dipantai timur dilingungi Amin....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...