♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 6 Januari 2016

Tahun Baru Kami


Dah plan dalam kepala 3 hari cuti tahun baru memang tak kemana sebab nak fokus kemas rumah dan persiapan sekolah amir isnin nanti.. jadi taknaklah cuti 3 hari yang tinggal masa tahun baru tu penuhkan aktiviti nanti takut amir kepenatan pulak nak ke sekolah. Korang jangan tak tau malam tahun baru tu amir dah tido sebelum habis berita lagi .. memang takda maknanyalah kami nak tengok bunga api.. jadi mari tonton tv sahaja mihmihmihmih.

Petang tahun baru tu adalah keluar jugak pergi taman alam impian main belon jer pun... sebab pagi tu aku kemas rumah je.. lagipun jumaatkan masa terhad kalau nak keluar kemana.

Esoknya lagi sakan aku kemas rumah segala langsir semua bukak ... karpet semua anto basuh kat dobi layan diri .. jimat masa.. wangi pun wangi ... karpet biasa je pun rumah tu.. bukan ada karpet turki pun ... kalau karpet turki memang tak bolehlah basuh kat dobi layan diri... puas rasanya hati dapat tukar langsir baru (opsss bukan langsir baru.. langsir sedia ada jugak cuma tukar² yang bilik pulak letak luar .. yang kat luar letak kat bilik kihkihkihkih) .. tu yang hutungnya rumah hubby buat tingkap bilik sama besar sama banyak dengan ruang tamu .. jadi pusing² langsir tu jugak.. bukan orang tau pun.


Tapi kan.. pada² seronok dan teruja mendobi tu... ada yang sedih jugak.. masa kami nak balik rumah tetiba kereta kena sondol dek motor aduhhhhhh .. masa² ni lah pun nak berkiyumnya huhuhuhu .. sedih sangatlah jugak... mujolah montot yang berkiyum kalau yang depan lagi haru wehhhhhh ..... pasrah ler aku bawak kereta macam tu.. mujo masa kejadian hubby yang bawak. balik tu hubby betulkan bonet belakang tu.. mujo boleh sambung .. tak kena cermin kereta.. kalau tak memang naya lahhhh .... (^___^)'





Hubby pujuk hati .... takpalah nanti tak yah bayar duit kereta.. betulkan kereta je.. akhir bulan ni.. kita orang memang bayar lebih duit kereta selama ni ... kita orang tak report pun .. tengah berkira² nak mintak ganti rugi ... kat kampung masa kena sondol ni.. aku dah le lapar masa tu.. siap beli lauk nak makan ... bila jadi camni .. terus tak lalu makan ... mengeletar terkejut huhuhu ...




Bicara Hati : Bukan hari ni hari tanpa kata ke?? alah.. aci bebel jelah ye.. dah lama tak meluahkan perasaan ni.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...