♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 2 Disember 2013

Home » , , , , » Pengalaman Kali Kedua Buat Rawatan Di Darusyifa

Pengalaman Kali Kedua Buat Rawatan Di Darusyifa


Teragak² sebenarnya nak kongsikan pengalaman kali kedua ni, kang korangg yang baca rasa macam masya ni meraih simpati pulak.. bukan.. bukan macam tu.. jangan salah paham okkkk ... ni cuma nak ceritakan pengalaman jer, manalah tahu ada yang tak pernah pergikan.. nak tahu pengalaman orang yang pernah pergi.. atau nak tanya apa² ker?? jangan koranggg tanya .. korang sakit itu ini .. masya kooo tau tak ape ubatnya.. memang masya piat² korang kang.... ini cerita pengalaman jer.. bukannya masya pandai berubatkan orang huhuhuhu ... ;p

Oklah.. sebenarnya kalau kali pertama dulu pergi sebab amir yang tak sihat, kali ni kami pergi sebab saya pulak yang tak sihat... baru² ni dekat 2 minggu jugak saya demam, batuk dan selsema pakej semua sekali .. lepas amir baik demam tu hari.. saya pulak menyambung...

Saya jarang demam² ni, dah tu pulak demam kategori seram sejuk... semacam tau.. sampaikan nak tengok nombor pun takmoo pusing².. pening apatah lagi nak mengadap pc.. memang kerjanya asyik nak mentidooo saja mengalahkan mak yong huhuhuhu ....





Kali pertama pergi tak tahu ada jual air ni.. kali kedua pergi tak bawak air dah.. beli air ni kat sana jer.. yang kecik rm 2.50 yang besar rm 7.00 kalau tak silap.. kami pergi Darusyifa bt 9, sijangkang.





Kali ni saya pergi hari selasa, sebelum ni hari khamis.. hari selasa ni ada seorang ustazah... kali ni pun boleh tahan ramai jugak.. mujur lepas solat isyak terus pergi.. sebab dah ada pengalaman sebelum ni kan.. takut ramai orang nanti, jadi kami pergi awal....alhamdulillah saya nombor 7. Ingat tau kalau nak pergi pastikan pakaian menutup aurat. Waktu rawatan bermula pukul 8.30 malam hingga pukul 11.00 malam, tapi kebiasaannya mereka akan mula pukul 9 hingga pelanggan habis bergantung berapa ramai ustaz yang ada .. kalau ramai dan tiada masalah kronik rawatan cepat.


Bila nak berubat ustaz tanyalah itu ini.. apa yang kamu rasa... situasi kat rumah macam mana... sakit kat mana... bila waktu sakit.. semuanya pun saya bagi tahu... ustaz pun mulelah baca surah² sambil pegang kepala saya dan jari dia .. dia tuju kat bahagian belakang badan saya.. dia cucuk² bahagian² tertentu... cucuk dengan jari jer.. bukan dengan jarum.. jangan salah paham pulak.


Masa saya tengah berubat tu dah bilik sebelah bising meraung²... menangis... orang kene rasuk agaknya.. amir terus duduk riba hubby.. saya risaukan amir jugak.. dia kan baru baik... badan saya masa ni dah meremang²... dok dengar ustaz bacakan ayat² al-quran... 


Habis rawatan ustaz bagi air yang ustaz dah bacakan doa.. ustaz kata gangguan biasa ni.. dan dia suruh minum air serta kalau pening basahkan tuala gunakan air tu letak kat dahi.. alhamdulillah saya dah makin pulih sekarang ... saya berusaha sahaja... moga sentiasa dilindungi diri dan keluarga daripada anasir jahat...


Pukul 10.15 kami dah balik rumah, tak singgah mana pun.. yang pasti kepala saya ringgan jer malam tu.. dah boleh tidur awal, kalau tak mata mengantuk.. badan penat dokk baring sahaja.. terkulat² nak tidooo.. malam.. kadang tau² dah tertidur... 


Sebelum kedarussyifa saya ada pergi rumah nenek kat kg saya, mintak tengok² saya ni dah kenapa.. baik demam semacam jer badan.. memang dia kata ada yang ganggu.. dan dia suruh cari pokok garuda.. nanti saya kongsikan pasal pokok garuda tu yer... 






Bicara Hati : Allah adalah Kekuatan, Untuk Mencari Kekuatan Carilah Allah ... Kita hanya mampu berusaha.. yang selebihnya Allah yang Menentukan.

  




19 ulasan:

IntaNBerliaN berkata...

alahaiiiiii seriau plak saya main gangguan2 camgini.. nasib yana dah berubat..

PERMATABIRU berkata...

setuju sgt rawatan tradisional nie salah satu iktiar kita sebagai manusia..klu sekadar duduk dn merenung nasib tanpa mencari iktiar pun xguna juga..semoga cepat sembuh

msredcheesecake berkata...

semuga sihat ... nak halang gangguan ni kita sendiri amalkan pendinding diri.... untuk anaks sekali...

tomato oren berkata...

huhuu..kena gangguan kat mana kak..seram plakk

Fazita Ismail berkata...

xpe misya sekadar berkongsi kan..
ita pun penah jugak pegi tp yg kat gombak punya..
masa tu anak sulong asyik nangis je masa bby..ustaz pun penah dtg tgok2kan umah..alhamdulillah memang elok sgt..iktihar kata org kan..hehe

Kakzakie Purvit berkata...

Harap-harap terus sembuhlah ye. Kakak tahu pokok garuda tu Masya. Yg daunya macam pokok ulam raja sikit tapi agak kelabu dan baunya mak ai busuk tak terkata. Kalau keluarga kakak ada anak kecik biasa kami campurkan daun itu dgn bawang kecik lecek dgn minyak makan... sapu kat ubun-ubun...

eita berkata...

in shaa allah..moga di permudahkan segala urusan

Unknown berkata...

kita kdg2 tanpa sedar kena gangguan tu kan.. nasib dah sembuh.. guna ayat1 alquran bagus la.. dr bomoh2 mengarut tu

Ujie Othman berkata...

Sama mcm mak akak kena skrg ni..mula demam,pastu resah tak sdp bdn. Asalnya tido hotel utk konvo adik baru ni. Balik tu terus tak sihat, mimpi org lelaki..mimpi yg sama masa tido hotel. Doc homopati kata ada gangguan..

Pokok tu utk apa ya?

Moga yana cpt sembuh.

Puan Kutu berkata...

awk pulak ye yg menyambung sakit yana..betul tu kita sekadar usaha,yg menyembuhkan Allah jua.

semoga cpt sembuh yana

mamaarifakeemaisy berkata...

Betul... mana yg boleh kita usaha kita usaha, moga cepat baik sepenuhnya...

Macam pengasuh anak2 akak dl, tiba2 je boleh drh tinggi, sakit2 smpai tak boleh jaga anak2 akak, last2 berubat, mmg ada gangguan...santau angin ke apa ntah.. Alhamdulillah dpt pulih lps berubat cara islam ni..dan boleh jaga anak2 akak balik.. :-)

Bnda mcm ni, bukan kita nak, tp klu ujian tu Allah nak bagi, siapa kita utk mnolaknya kan, janji ada usaha dr kita utk kembali pulih..

Moga kita sentiasa dalam lindunganNya.. amin...

Unknown berkata...

hope cepat sembuh masya..harap takde yang ganggu lepas ni..biler denagr macam ni memang seriau..kita yang kena lagi la..

Ratu Hatiku berkata...

Ya Allah takut plak dengarnya....apapun saya doakan semoga cpt smebuh ya.. Amin

nazayiena berkata...

semoga semakin sihat slps dah pegi berubat.

maszull berkata...

assalamualaikum masya....mudah2an cpt sembuh yer...;)

Fiza Rahman berkata...

Smoga gangguan tu tak datang lagi yer masya. Seram plak dengar.

Permata Malap berkata...

al-hamdulillah,dah elok...memang kita kena usaha kalau dah sakit..tak boleh dok diam..nnt makin melarat..

Unknown berkata...

dah 2x yer ke sana.. deqla baru sekali..

QasehnyaRania berkata...

alhamdulillah.
tak pernah tgk la pokok garuda tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...