♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 30 Oktober 2013

Home » , , , , , , » Rawatan Di Darussyifa Pilihan Sebelum Ke Hospital

Rawatan Di Darussyifa Pilihan Sebelum Ke Hospital



Fuhhh.. fuhhh... lap peluh jap, nak mengarang .. bebetul bizi ni... sehari dapat publish satu entry... itu pun terkial² nak mengarangnya... ke bizian melanda .. perlu masa yang cukup untuk bahagi² masa, selalunya akhir bulan dah tak bizi .. ni memang pecah rekod ni.. dah akhir bulan pun tak cukup kaki tangan nak bergerak... buat kerja hah!!! achaner tu masya ... achaner tu ... 

Susulan daripada entry semalam yang saya buat, hari ni saya nak bercerita pulak rawatan susulan kami ke darussyifa. Oleh kerana dah 2 kali pergi klinik demam amir masih tak kebah .. dan amik darah di klinik kesihatan darah normal.. kami sepakat bawak amir kedarussyifa pulak pada hari khamis malam jumaat. Ibu kalut .. langsung lupa nak amik gambar waktu rawatan kat situ .. sebab darussyifa ni ada hari² terentu sahaja dia bukak boleh rujuk laman web dia http://www.darussyifa.org kami pergi darussyifa sijangkang bt 9 betul² belakang petronas bt 9 tu ... waktu rawatan khamis malam jumaat 9.30 malam - 12 tengah malam.




Sempat snap masa menunggu giliran, amir nombor 9 .. masa dah menunjukkan pukul 10.15 malam amir dah mula mengantuk .. boring lama sangat menunggu.



Bila korang pergi kat sini, masuk jer terus nampak meja pendaftaran, mendaftar kat situ tulis nama siapa yang sakit, tempat tinggal, sakit apa dan catatan kalau sebelum ni pernah buat rawatan. Macam yang kat tempat saya pergi ni kebetulan ada 4 bilik dan.. mujulah jugak ramai staff dia .. amir kira cepatlah jugak tak lama kami menunggu adalah 1 jam, kalau ramai orang lagi berejam² tau huhuhuhu .... rasanya setiap bilik tu fungsi rawatan berbeza²... apapun bayarannya adalah seikhlas untuk memberi masukkan jer kat tabung, lagi satu datang sini tutup aurat yer.. kalau bleh pakai baju kurung, jubah pun okk kalau perempuan.. sebab dia dah pangkah awal² kalau pakai seluar .. masa kat pintu masuk.

Alhamdulillah lepas buat rawatan, amir macam biasalah memula dia malu² bila ustaz tanya sakit apa semua... tapi bila ustaz dah bacakan doa semua.. dia macam okk sikit ... dan alhamdulillah jugak malam tu amir tidur dengan lenanya alhamdulillah walaupun masih panas tapi tidaklah panas teruk sangat.. alhamdulillah jugak 3 x minum air yang ustaz bacakan dan renjis di tempat tidurnya badan amir makin ok.... syukur sangat².

Cumanya yang kami pelik bila ustaz tanya ada pergi mana² ke sebelum ni masuk hutan ker?? pergi melawat orang meninggal ke, pergi ziarah orang sakit ke.. kami suami isteri berpandangan.. rasanya macam takda pulak, ada takda amir tengok lembu korban baru ni .. dia macam terkejut sangat tengok lembu kene sembelih sampai cakap allah masa dalam rakam video tu .. itu jerlah.. tapi balik tu.. elok jer dia main dengan sepupu dia. Iyerlah bende² halus ni manalah saya nak tahu bila singgahnya kan...







Lepas buat rawatan kat darussyifa alhamdulillah amir dah ok, saya pun tidaklah ke hospital.. kalau berlarutan .. memang saya ke hospital terus, esok paginya .. pagi jumaat amir mengadu sakit perut pulak... saya pengang perut dia panas sangat.. dah pulak .. kenapa pulak perut yang panas ni.. saya tanya sakit macam mana .. kat pusat katanya.. saya risaulah jugak kot sakit kat bawah pusatkan... okk.. nanti saya sambung story eh pasal apa amir sakit perut tu (^___^)v tunggu ..... entry yang seterusnya... 











20 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Moga dgn perubatan ini dapat membuat Amir terus sembuh. Kesian kalau berpanjangan. Mujur juga Yana cepat sedar cari alternatif lain..

Ajar Amir berzikir selalu Yana. Bimbang juga sebab Amir masih mentah tak tahu lagi..

puanstoberi berkata...

tokleh pakai seluar ye.. tu ari akak selamba pergi pakai seluar.. hikhik.. mujo tak kena halau. ngeee =)

lia berkata...

bole try juga ni...

lizz berkata...

pernah gak pi darusyifa ni dulu..ramai sangat orang...
moga amir cepat sembuh yek...

Ibu Lala berkata...

Kesiannya dia. Tak sabar nak tau cerita selanjutnya.

fatema berkata...

risau jugak kan perkara2 mcm ni jadik kat anak ,

Unknown berkata...

bik yana mama ckp bawak amer pi urut..

Unknown berkata...

urrmmm.. menarik jugak citer demam Amir nih.. nanti share lagi yer. nanti boleh take note untuk zura jugak..:)

Moga Amir cepat sembuh.

Lynda Che Lah berkata...

masya..semoga tabah..anak-anak anugerah terindah..semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk menghadapi segalanya..cepat sembuh amir syg!

Fiza Rahman berkata...

Alhamdullillah...dah nampak perubahan. Take your time. Dahulukan mana yg penting.

http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/2013/10/tangan-yang-memberi-lebih-baik-dari.html

Unknown berkata...

deqla penah juga ke darussyifa nih.. kena beli air mineral berapa botol yg kita nak kan.. pas tu dibacakan ayat.. air tulah kita kena minum..

nad berkata...

Aritu kami penah pegi yg kt jenjarom

::EIDA:: berkata...

ida tak sampai lagi sini. dari dulu nak pergi. nak cari altenatif lain untuk kesuburan tapi tak pergi pergi lagi. .huhuhuhu

Ruse Sulaiman berkata...

Selalu ke sini.. Elok juga cuba alternatif lain. Mmg ada juga perbezaannya slps buat rawatan

eita berkata...

harap amir cepat sembuh...

benda kite tak nampak ni memang susah sikit kan...

mamaarifakeemaisy berkata...

Tak pernah lg ke sini..
Laaa nape pulak sakit perut tu, kasi suspen je, cerciter...

Nora Karim berkata...

kalau serasi dengan amir bagus la... ulang semula kalau ada yang tak kena...

Puan Kutu berkata...

Alhamdulillah Amir beranasur lega bila dpt rawatan kt sini.kita ikhtiar je apa yg ada ye la anak sakit berlarutan sape tak risau kan

QasehnyaRania berkata...

alhamdulillah.batu 9 kat mana ye?

Permata Malap berkata...

syukur,kak..MIL ari tu pun pernah berubat kat darussyifa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...